Capítulo 28

4.2K 397 188
                                    

DARK AND MR KNIGHT
"Mi esposa es un angel"


          Aeric hanya diam menatap senyuman senget Henry. Kelihatan mamat cina itu ingin bermain dengannya sebentar. Jika itu yang Henry mahukan, dengan senang hatinya akan bermain dengan serius.

"Rex, kau pergi depan." arah Henry. Wajahnya ditoleh ke arah Rex.

Rex lantas mengangkat tangannya sebelum jari menunjukan ke dirinya sendiri.

"Aku?"

Henry memutar matanya ke atas.

"R. E. X.... Kau tak dengar ke aku sebut REX. Huruf 'R' bukan 'V' . Buta huruf ke?" ucap Henry, geram. Sempat lagi dia eja satu persatu nama jejaka itu.

Vex menahan ketawa.

Rex sudah mencebik sebelum melangkah ke depan.

"Nak buat apa ni?" tanya Rex kepada Henry. Mata dia kembali melihat Headhunter itu.

"Kejap." ujar Henry sebelum melangkah. Matanya melihat sekeliling sebelum mata itu tertancap ke arah sebuah meja. Dia tersenyum lebar.

Henry langsung menarik meja itu hingga ke depan Rex.

Dahi Rex mengerut sahaja. Aeric pula hanya menatap Henry dan meja itu silir ganti tanpa bersuara. Dia memerhati sahaja.

Henry mengeluarkan dua pistol dari seluarnya sebelum meleraikan bahagian-bahagian pistol itu dengan pelurunya sekali. Dia langsung meletakkan di atas meja.

"Pasang balik benda ni. Siapa selesai duluan, aku nak dia tembak tepat di kepala yang lambat. Interesting isn't it?"

Henry tersenyum manis ke arah Aeric begitu juga Rex.

Dia begitu teruja saat ini.

"Wait, why did you choose me? Aku tak nak mati lagi kot." rungut Rex.

Henry yang mendengar rungutan Rex langsung menepuk-nepuk bahu jejaka itu.

"Kalau tak nak mati, buatlah betul-betul." ujar Henry selamba sebelum bergerak dan berdiri di sebelah Felix.

Rex ternganga.

Tajam pandangan Aeric menatap Henry seperti helang.

"Kalau aku tak nak, apa yang kau nak buat?" Dingin sahaja suara Aeric menutur ungkapannya itu. Senyuman Henry pudar mendengar kata-kata headhunter Knight itu.

"If you don't want to, it's okay. I can just tell them to kill you now." ucap Henry, dingin.

"Dengar sini. Kau tak akan dapat lawan kami sekaligus. So, aku sarankan, lagi baik kau ikut je permainan aku. Senang bukan?" sambung Henry.

Aeric hanya diam sahaja sebelum melangkah mendekati Rex. Jika dia tidak terima tantangan Henry, takutnya nanti nyawa isteri dan anaknya turut melayang. Dia tak nak perkara itu berlaku.

Suasana hanya diam sahaja tanpa suara.

Ketegangan dapat dirasakan apabila nyawa sedang dipertaruhkan antara dua jejaka itu.

Henry mula mengira apabila melihat Aeric dan Rex sudah pun bersedia.

"GO !!."

Mendengar sahaja isyarat Henry. Dengan tangkasnya, mereka berdua mencapai pistol di atas meja itu. Tangan mereka amat laju memasang satu persatu bahagian yang terlerai itu.

Dan....

Aeric langsung mengangkat pistol tepat ke arah Rex namun jarinya tidak menekan trigger pistol itu apabila Rex turut mengarahkan senjata glock 7 serentak dengan Aeric tadi.

The Dangerous Assassin |OGWhere stories live. Discover now