Capítulo 25

4.6K 397 264
                                    

DARK AND MR KNIGHT
"Mi esposa es un angel"


          Aku melihat sahaja Isteriku yang menutupi kelopak matanya. Kaki berhenti di depan rumah besar kepunyaanku di San Francisco. Favian turut keluar dari keretanya, biarpun jejaka itu mempunyai rumah dimana-mana tapi tetap sahaja tidur di rumahku atau rumah Fraser.

Aku membuka pintu kereta sebelum menutupnya perlahan-lahan.

Mataku menatap ke arah Xavier yang turut keluar dari keretanya. Raykel pula masih di dalam kereta manakala anak buah Knight sudah kembali ke markas.

Perkarangan rumah sudah pun dibersihkan oleh anak buahku.

Pintu kereta di bahagian Ellyssia dibuka.

Aku menundukkan badanku.

"Ellyssia..." Panggilku perlahan namun gadis itu tidak menyahut. Matanya masih lagi tertutup erat.

Tanganku perlahan menarik bahunya dan meletakkan tapak tangan ku dibelakang kepalanya. Niat ingin mengangkatnya terbantut apabila Ellyssia merintih kesakitan.

Aku mencoba membangunkannya. Ellyssia membuka kelopak matanya. Kuyup sahaja mata bundar itu.

"Awaak... Jangan sentuh kepala Elly. Sakit." Ucap Ellyssia perlahan sebelum memegang tanganku erat. Aku terus menarik perlahan tanganku.

Mata biru kristal milikku membesar melihat sedikit darah beku melekat ditanganku.

"Ellyssia." Ucapku risau sebelum menyuruh Xavier untuk memanggil doktor pribadi Knight.

Mataku menatap tubuh badan Isteriku.

"Xavier." Ucapku menatap ke arah Xavier yang sedang mendail itu.

"Aku nak doktor perempuan." Tegasku. Xavier terus menganggukkan kepalanya.

Favian mula mendekati Dalvin.

Aku yang perasan akan itu menatap Favian sebelum menutup badan  Isteriku yang terdedah di bahagian bahu itu dengan baju kot hitam milikku.

"What?" Kening Favian terjongket sebelah apabila aku menyuruhnya untuk berhenti.

"Nothing."

Aku menatap kembali Ellyssia apabila terasa pengerakan.

Mataku bertembung dengan matanya. Ellyssia yang menyedari kereta sudah pun berhenti terus perlahan turun dari kereta namun di halang olehku.

"Put your arm on my neck. Biar aku dukung kau." Ucapku sebelum menyelit tanganku di bawah lututnya namun di tahan.

"It's okey. I'm fine." Balas Ellyssia dengan senyum manis.

Aku berdiam seketika.

Diriku berdiri memberikan ruang untuk Isteriku. Ellyssia memakai kot milikku sebelum mula melangkah ke depan. Aku yang sememangnya tahu yang isteriku mampu berjalan sendiri itu terus di dekati.

"Ellyssia."

Isteriku langsung menoleh ke arahku. Wajahnya kelihatan pucat sahaja.

The Dangerous Assassin |OGWhere stories live. Discover now