Capítulo 32

3.9K 421 251
                                    

DARK AND MR KNIGHT
Mi esposa es un angel


          Favian dan Xavier hanya memerhati saja wajah dingin Dalvin. Nampak sangat yang jejaka itu menyimpan banyak masalah. Namun mereka hanya mampu diam kerna Dalvin memang tak suka di tanya semasa emosi tak stabil. Makin teruk tambahnya nanti.

Dalvin hanya mendiamkan diri, memikirkan tingkah laku Ellyssia yang kelihatan berubah. Tidak seperti biasanya.

" Nampaknya musuh mula gerak. Dyson seperti rencanakan sesuatu. " ucap Xavier menatap Dalvin namun jejaka itu hanya mendiamkan diri. Memikirkan sesuatu. Jejaka itu seperti di dunia sendiri.

Xavier menoleh ke arah Favian. Berkerut dahi Xavier melihat Favian yang tiba-tiba saja mengambil gambar Dalvin tanpa diketahui oleh jejaka itu.

Xavier menyubuk sedikit ke arah telefon bimbit Favian.

Jejaka itu main selamba menghantar di status Instagram dan meletakkan caption di situ.

' lelaki yang tersakiti '

Favian menoleh apabila terasa satu pandangan mata. Mata grey light itu bertembung dengan mata kehijauan milik Xavier. Favian menguntumkan senyuman apabila ketahuan.

Xavier mengelengkan kepala sebelum memerhati Dalvin semula.

" Dalvin." seru Xavier. Namun jejaka itu hanya diam merenung telefon bimbit yang memaparkan wajah Ellyssia bersama Danish.

" Bukan macam tu. Meh, aku buat." ucap Favian sebelum menatap Dalvin.

" DALVIN, ELLYSSIA KENA CULIK !! " jeritan Favian bukan saja membuat Dalvin dan Xavier tersentak namun mampu mengejutkan anak buah Knight yang menjaga di luar Markas.

Membesar mata biru kristal itu mendengarnya.

" Kumpulkan anak buah, cepat !" ucap Dalvin, dingin. Wajah jejaka itu bertukar tegang. Dia langsung bergegas ingin keluar dari bilik ini namun terhenti ketika Favian bersuara.

" Bro ! Aku cuma main-main. Janganlah bawa serius sangat ." ucap Favian dengan nada tinggi. Xavier sudah pun menjauhi Favian.

Dalvin yang membelakangi mereka berdua itu tidak menunjukkan pergerakan. Nafas jejaka itu tidak keruan. Jantungnya yang begitu berdetak kuat itu mula menurun menjadi normal.

Dia mengenggam kedua tangannya sebelum menoleh.

Matanya begitu dingin menatap Favian.

' Ellyssia kena culik'

Kata-kata Favian itu tadi benar-benar menbuat dia begitu risau. Terasa seperti ingin luruh Jantungnya ketika itu.

" Damn ." carut Dalvin sebelum meraup rambutnya ke belakang. Kakinya melangkah dan berdiri semula di tempatnya tadi.

Wajah yang begitu dingin terlakar.

" Sorry, bro. Dah Xavier panggil kau tak menyahut pun ." beritahu Favian dengan sengihan dibibirnya.

Dalvin menghembuskan nafas panjang sebelum menatap Xavier.

The Dangerous Assassin |OGWhere stories live. Discover now