Petang~
"Mummy~~" panggil Jongho sambil memeluk peha Seonghwa yang sedang memasak untuk makan malam mereka.
"Kenapa jjong"
"Nak pergi taman dengan Eric boleh tak?" tanya Jongho. Seonghwa mengangguk.
"Ajak salah seorang abang kamu" balas Seonghwa.
"Okay"
Jongho memikir, abang mana yang layak ikutnya pergi taman. Dia memandang Mingi yang sedang tertidur sambil memeluk Racy. Yunho yang sedang mengacau Wooyoung. Nak ajak San dengan Yeosang, mereka berdua masih terikat.
"Ajak Mingi hyung lah" Jongho menghampiri Mingi yang masih tertidur.
"Mingi hyung" panggil Jongho sambil menggerakkan badannya tinggi Mingi. Mingi tersedar dari tidur.
"Nak apa Jongho"
"Jom pergi taman. Mummy suruh hyung teman Jongho"
"Malaslah, hyung nak tidur. Ajaklah Yunho ke Wooyoung ke" Jongho menyepetkan matanya sebelum menarik ekor Racy membuatkan racoon itu terkejut lalu mencakar muka Mingi.
"Yahh asal cakar muka aku. Aku tak tarik pun ekor buruk kau tu" rungut Mingi.
"Srsst ssrt srsst" Racy membuat bunyi seolah-olah sedang membebel kepada Mingi.
"Aku tak faham apa yang cakap baik kau diam sebelum kau makan rumput malam ni" ugut Mingi membuatkan haiwan berbulu warna kelabu itu menjeling lalu turun dari badan Mingi sebelum naik ke atas dan masuk ke dalam bilik Mingi.
"Gila cakap dengan haiwan" gumam Jongho sebelum menghampiri Yunho dan Wooyoung.
"Yunho dan Uyong hyung"
"Nak apa pendek" tanya Wooyoung. Jongho menjeling tajam ke arah Wooyoung. Sebaik beza sembilan tahun kalau tak dah lama dia split kepala hyungnya.
"Teman Jongho pergi taman. Mummy suruh"
"Malas"
"Eishhh sudahlah malas nak cakap dengan Hyung" bentak Jongho sebelum keluar dari rumah.
"Jongho lepaskan kami boleh?" pinta San. Jongho memandang hyungnya.
"Dengan syarat"
"Syarat apa?"
"Teman Jongho pergi taman. Mummy suruh walaupun Jongho tak nak pun"
San dan Yeosang mengangguk. Jongho tersenyum sebelum menghampiri pokok yang menjadi tempat pengikat anak anak degil namati ni kena ikat.
"Tapi kan.. tali ni berat lah. Badan Jjong kecik je" ujar Jongho. Muka San dan Yeosang mula datar.
"Kau belah buah apple guna tangan tu boleh pula" kata Yeosang datar. Sudahlah badan dia lenguh berdiri selama lima jam. Ini dah di kira penderaan kanak-kanak tahu tak.
Jongho tersengih sebelum membuka ikatan tali lembu tu. Yeosang dengan San merengangkan badannya, jelas kedengaran tulang meletup.
"Uishh sedap betul letup tulang tu bang" tegur satu suara. San, Yeosang dan Jongho memandang ke arah pemilik suara.
"Hey Eric" Jongho berlari ke arah kawannya. Ada beberapa orang lagi mengikutnya.
"Eh Kevin kau pun ada" kata San. Kevin mengangguk dan tersenyum dalam keterpaksaan.
"Kena teman adik-adik kau ke" tanya Yeosang.
"Yelah, yang lain semua pemalas nak mampus" balas Kevin tidak berpuas hati. Dia melihat Changmin, Chanhee, Sunwoo, Haknyeon dan Eric sedang berborak dengan Jongho.
"Nasib kau lah ada adik-adik masih budak" ujar San. Kevin menggulingkan anak matanya ke atas tanda menyampah.
"Kau orang kembar lima boleh lah. Seketul je Jongho yang masih budak"
"Tch, jaga Jongho pun serupa jaga anak gorila. Tambah lagi si Wooyoung tu, bala datang woii" cemuh San. Kevin ketawa kecil.
"Eleh, cemuh Wooyoung padahal rapat nak mati"
"Oii abang abang cepatlah pergi taman. Nanti dah nak maghrib!" teriak Changmin yang sudah melintasi jalan menuju ke arah taman.
"Jomlah, nanti diaorang menjerit tak tentu pasal" ajak Kevin. Mereka bertiga mengikut maknae mereka.
°^°
Hongjoong mengemas barang dan keluar dari pejabat miliknya. Al maklum lah, CEO lah katakan OHOK OHOK.
"Boss dah nak balik ke?" tanya Assistant iaitu Kwon Soonyoung. Seonghwa yang suruh Hongjoong ambil pekerja lelaki. Tiada perempuan-
"Yelah, nanti bini aku marah balik lambat. Aku tak nak daging aku jadi makanan malam ni" balas Hongjoong. Setiap kata Seonghwa jangan di buat main woo sekali dia kata itu juga dia buat.
"Takut dengan Puan Seonghwa ke" usik Soonyoung.
"Bukan takut aku cuma hormat dia"
"Cehh"Hongjoong ketawa kecil sebelum keluar dari pejabatnya.
Bukk
Hongjoong melanggar seseorang. Hongjoong memandang orang yang dia langgar. Seorang gadis.
"Sorry sebab langgar awak" kata Hongjoong seraya membantu gadis itu bangun.
"It's okay" balas gadis dengan nada lembut. Sifat buaya yang tertanam di dalam jiwa Hongjoong mula membara.
"Nak saya hantar awak tak" pelawa Hongjoong.
"Tak perlulah"
"Bb jaga diri, jaga mata kalau tak nak malam ni kita makan daging bb aww" suara Seonghwa bermain di fikirannya. Hongjoong tergamam.
"Ouh okay bye" Hongjoong meninggalkan perempuan itu keseorangan.
"Tch, tinggalkan aku macam tu je? Tak gentlemen langsung" rungut perempuan ini.
Hongjoong memandu keretanya menuju ke rumahnya yang terletak di sebuah taman yang agak terkenal. Terkenal dengan kehanatan mereka.
To be continue
YOU ARE READING
SWEET FAMILY |ATEEZ|
Fanfictionpernah dengar peribahasa "indah khabar dari rupa"? macam tu juga dengan family Kim. Kim Seonghwa, seorang ibu yang 'baik' Kim Hongjoong, seorang bapa yang 'Setia' Kim Yunho, abang pertama yang 'penyayang' Kim Yeosang, abang kedua bermulut agak 'suc...