29

253 37 21
                                    

Adik-beradik kembar duduk di pondok yang berada di taman dengan masing-masing termenung. Mingi meletakkan ubat di hujung bibir Yunho. Selepas je mereka berlima keluar dari hospital, mereka terus balik ke rumah.

Perkhemahan mereka pun terus batal. So anak-anak Lee Bang pun ada dekat rumah.

"Daddy dah teruk" ujar Wooyoung. Yunho membiarkan kata-kata adiknya.

"Tak pernah fikir pun perasaan anak. Apa yang dia tahu yang kita ni okay je 24/7. Bodoh" sambung Wooyoung.

"Nak macam mana, memang kita di takdirkan dapat keluarga macam ni" balas Yunho.

"Korang berlima okay ke ni? " tegur satu suara membuatkan kembar lima itu tersentak.

"Ada nampak kitaorang okay ke? Ada nampak kitaorang ni happy? " tanya Yeosang kepada Younghoon kasar. Younghoon tersengih kekok, Yeosang menjeling Younghoon.

"Jongho macam mana? Teruk ke? " tanya Juyeon.

"Koma" balas Mingi singkat.

"Apa koma!? Maknanya Jjong tak akan bermain dengan kitaorang ke? " soal Eric.

"Kalau Jongho akan sedar" balas San.

"Macam mana Jongho boleh terlibat dalam kemalangan, setahu aku Jongho takkan seberang jalan tanpa pegang tangan orang? " tanya Hyunjae. Kembar lima mula menceritakan apa yang terjadi.

"Haih sabarlah ye, mungkin Tuhan nak tunjuk sesuatu dekat keluarga korang" ujar Kevin.

"Siapa keluarga aku? Aku ada kembar je, ibu bapa aku dah lama hilang" kata Yeosang.

"Yeosang aku tahu kau marah dekat parent kau tapi kau kena ingat yang mereka lah wujudkan korang berlima ni. Kalau tak, kitaorang pun tiada kawan macam korang" pesan Hyunjin. Ya adik-beradik Bang pun ada sekali.

Yeosang mengangkat bahu.

"Kalau diaorang berdua tak bergaduh sebab perempuan sundal tu tak de makna Jongho kemalangan." ujar Yeosang.

Joonyoung, Sangyeon, Woojin dan Bangchan memandang ke arah adik-beradik kembar itu dengan pandangan sayu.

"Hongjoong tu kalau dah bodoh tak bertempat, sama juga dengan Seonghwa. Entah lah aku, tak faham aku ngan keluarga macam ni" ujar Joonyoung geram. Sangyeon mengusap bahu isterinya.

"Tak pepasal anak juga yang kena"

"Kita bincang dengan diaorang. Basuh otak diaorang" cadang Bangchan. Mereka bertiga mengangguk. Selagi Hongjoong dan Seonghwa tak kena basuh 100% selagi itu otak memasing masih bodoh.

​᭄࿐

Hongjoong dan Seonghwa melihat rakan-rakan mereka berada di hadapannya. Mereka berenam berada di satu tempat yang gelap.

"korang sedar tak apa yang korang dah buat? " tanya Joonyoung. Hongjoong dan Seonghwa mengangguk.

"Aku tak tahu lah mana perginya otak pandai korang sampai terguna otak bodoh korang tu, korang dah besar kan boleh berfikiran matang" ujar Woojin pula.

"Kitaorang tak tahu benda ni boleh terjadi" kata Seonghwa lemah. Joonyoung tertawa sinis.

"Tak tahu? Yahh Park Seonghwa! Anak-anak korang masih muda tau, belum tahu pasal kehidupan sebenar! Jangan sebab perangai tak matang korang, anak-anak kau boleh dapat penyakit mental lah bodoh! " marah Joonyoung. Hongjoong menundukkan kepalanya.

"Tahu tak korang berdua ni ego nak mampus, masing-masing tak nak mengalah bila nak sedar kesalahan sendiri. Bagus lah anak-anak kau tak ngaku korang parent diaorang, kalau aku pun macam tu. Dasar otak cetek" sambung Joonyoung.

"Nak kata anak korang ramai, anak keluarga Moon lagi ramai lah! Terkawal je aku tengok, tiada pun nak bergaduh bagai" Woojin cuba menggunakan taktik compare. Bangchan dengan Sangyeon mengundurkan diri dahulu apabila isteri memasing mengambil alih basuh otak itu.

"Dan kau Hongjoong! Kau tu mampu sangat ke nak pasang dua? Sekadar syarikat tu, bila-bila masa je boleh bankrup. Tak geti nak hargai isteri kau dengan anak-anak kau. Jangan sampai suatu hari, anak-anak kau buang kau dekat pusat warga emas. Memang layak pun korang ada dekat situ, hidup menyusahkan orang"

Joonyoung duduk di kerusi sambil mengibas diri sendiri. Panas weyh.

"A-aku"

"Sebab kau dah bosan dengan Seonghwa?" soal Sangyeon tiba-tiba. Hong joong terdiam.

"Senang cerita lah, kalau kau dah tak sayang keluarga kau dengan isteri kau. Better kau ceraikan Seonghwa dengan cara yang baik. Lagi lama korang macam ni, lagi teruk anak kau kena hadap" sambung Bangchan.

"Jongho masih kecil nak hadap apa semua, memang lah dia tak suka skinship tapi lumrah anak lah kan nak belaian kasih sayang. Dan Seonghwa aku selalu nampak kau tak beri kasih sayang dengan sekata dekat anak-anak kau. Lagi-lagi San, dia anak kau juga. Tapi kau layan dia macam mana, berbeza kau layan Jongho dengan kembar lain. Kau terlalu guna kekerasan setiap kali diaorang buat hal. Diaorang buat hal sebab nak perhatian korang bukan kekerasan bodoh" ujar Joonyoung.

Krekk

Semua memandang ke arah Yunho yang masuk ke dalam rumah milik keluarga Kim. Yunho hanya buat tak tahu dan terus naik atas. Malas nak ambil tahu .

"See kau dah nampak kan? Kau nak sangat diaorang berenggang dengan korang. Yunho anak sulung, kena handle adik-beradik dia. Kau nak tahu sesuatu, nak bandingkan ego korang dengan ego anak-anak kau. Anak kau lagi tinggi lah, Yeosang tu. Memang lah luaran dia macam tu tapi hati dia macam mana?  Sudah lah, kalau aku tahu korang berdua buat hal. Aku suh pusat kebajikan ambik je anak kau orang kalau kau tak geti nak jaga anak sendiri. Dah ah aku nak balik" ujar Joonyoung sebelum keluar dari rumah Hongjoong diikuti Woojin, Bangchan dan Sangyeon.

"Hwa, maafkan saya? "

"Kalau apa-apa terjadi dekat Jongho , kita bercerai"

Seonghwa bingkas bangun dari kerusi dan menuju ke biliknya lalu menguncinya. Hongjoong mengeluh.

"Hongjoong pabo"

To be continue

SWEET FAMILY |ATEEZ|Where stories live. Discover now