*Italy*
Di sebuah cafe yang agak terkenal di Italy, kelihatan lima orang pemuda sedang lepak di situ.
"So,we only have two more days before we return to Malaysia?"
Aryan mengacau minumannya menggunakan straw.Jelas terpancar riak serba salah di wajah Aryan.
"We have to,Aryan."
Hayden menepuk perlahan bahu rakannya itu.Dia tahu,rakannya kurang setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Harraz.Harraz tiba-tiba mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Malaysia setelah hampir 5 tahun mereka menetap di Italy.
"Kau dah fikir masak-masak ke,Harraz?"
Rayyan bertanya kepada Harraz yang sedang leka bermain telefon itu.
"Harraz.Stay focus.Are you sure with this? Return to Malaysia without him?Our group is incomplete without him."
Hayden merampas telefon dari tangan Harraz.Dia merenung tajam ke arah Harraz.
"Aku nak cari siapa dalang di sebalik semua ni."
Harraz merampas semula telefon dari Hayden.Dia berkata dengan nada yang serius.
"Fine.Tapi ingat,jangan tuduh melulu.Kumpul dulu bukti.Aku taknak kita tersilap langkah lagi."
Tegas Hayden.Dia tidak mahu kesilapan yang dilakukan oleh mereka dua tahun lepas terjadi lagi.Dia takkan biarkan itu terjadi lagi.
Skip times
Mereka tiba di lapangan terbang.Mereka akhirnya menjejakkan kaki di Malaysia setelah hampir lima tahun mereka menetap di negara asing.Mereka kembali dengan satu misi.
"Argh,Malaysia!I miss you so much."
Jerit Aryan sebaik sahaja mereka tiba di rumah agam milik mereka berlima.Dia melompat-lompat dengan penuh kegirangan.
"Perangai tu jaga sikit.Dah macam monyet aku tengok.Kang tak pasal-pasal monyet dekat hutan sana ingat kau member dia."Rayyan menyakat Aryan.Dia menepuk kuat kepala Aryan.
"Jangan ketuk kuat sangat,nanti dia mengadu dekat mama dia."
Hayden turut menyakat Aryan.
"Den!Kau ni,biasanya tak banyak mulut.Apesal harini kau join si Ray ni ejek aku?"
Aryan sudah mencebik.Muncungnya semakin panjang apabila Hayden turut menyakatnya.
"Why not kan,sekali-sekala join Ray bahan kau.Kelakar jugak bila dapat sakat kau."
Hayden mengangkat kedua bahunya lalu mengukir senyuman mengejek kepada Aryan.
"Tapi,tak lengkap tanpa dia."
YOU ARE READING
Harraz Hazriel || SLOW UPDATE
Romance[Slow update] "Benarkah cinta itu indah?Atau itu hanya sekadar khayalan?" -🥀- "Izinkan aku menjadi sebahagian dari hidupmu.Akan ku jadikan kau bidadari syurgaku buat kini dan selamanya." -Harraz Hazriel ...