Chapter 28🖤

53 4 0
                                    

"Kau nak ke mana,Riel?"

Rayyan yang sedang menyiapkan sarapan itu memandang pelik ke arah Harraz.

"Aku ada hal nak kena selesaikan."

Jawab Harraz.

"Hal apa pagi-pagi buta macam ni?Ni mesti kau nak jumpa parents Mikayla kan?"

Celah Aryan yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Biar betul,Riel?"

Soal Rayyan sekali lagi.

"Nampak macam aku tengah main-main ke?"

Suara Harraz menjadi dingin.

"Kau nak aku teman tak?"

Soal Ayden.

"Tak payah.Aku boleh handle sendiri."

Bidas Harraz sambil mengambil kunci keretanya di atas meja.

"Kau tak nak bagitahu Mikayla?"

Hayden muncul di belakang Aryan.Harraz hanya tersenyum sinis ke arah Hayden.

"Tak perlu."

"Tak perlu,kau kata?Kau ingat,kau jumpa parents Mikayla tu,dorang akan senang-senang je restu hubungan korang berdua?Fikirlah,bro.Nak tak nak,kau kena bagitahu Mikayla."

Tegas Rayyan.

"Biar aku handle sendiri.Jangan ada sesiapa yang bagitahu Mikayla."

Harraz terus beredar pergi dan menghempas pintu dengan kuat.

Rayyan hanya mampu menggeleng kepala dan meneruskan semula kerjanya.

Skip times

Kereta Bugatti Chiron milik Harraz berhenti di hadapan sebuah rumah agam.

Pagar dibuka dan keretanya meluncur laju masuk ke perkarangan rumah tersebut.

Harraz menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melangkah keluar dari keretanya.

Ding!Dong!

Harraz menekan loceng rumah agam tersebut.Di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

"Ya,encik cari siapa?"

Seorang pembantu rumah muncul di hadapan pintu.

"Tan Sri Zakuan dan Datin Cyra Dareena ada?"

Soal Harraz dengan penuh sopan-santun.

"Ada,sebentar ya."

Pembantu rumah tersebut tersenyum manis lalu menutup semula pintu.

1 minit,
2 minit,
3 minit.

"Encik masuk lah dulu.Saya buatkan air."

Pembantu rumah tersebut muncul kembali.Harraz menarik nafas lega dan melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

.........

"Weh,aku tak sedap hati doee."

Aryan mengeluh.Sudah 1 jam sejak  Harraz keluar dari rumah.Fikirannya mulai serabut apabila memikirkan tentang hubungan antara keluarga Harraz dan Mikayla.

Harraz Hazriel || SLOW UPDATE Where stories live. Discover now