Beberapa jam kemudian,
"Hi,Harraz.Awak apa khabar hari ni?"
Mikayla tersenyum tipis melihat keadaan Harraz.Seperti biasa,Harraz masih lagi belum sedar.Berdasarkan apa yang doktor telah beritahu kepada Mikayla,Harraz masih lagi belum melepasi tahap kritikal.Dalam bila-bila masa sahaja akan ada komplikasi yang berlaku pada Harraz.
"Sekarang tengah cuti mid sem.Jadi,saya boleh lah jaga awak hari-hari.Mesti awak suka kan?"
Mikayla berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaan sedihnya.Dia tidak mahu tampak lemah di hadapan jejaka ini.
"Harraz.Awak nak tahu,tak? Sepanjang awak tak ada,life saya boring sangat.Tak ada siapa yang nak ajak saya jalan-jalan,tak ada siapa yang nak ajak saya jog pagi-pagi buta,tak ada siapa yang nak buat kerja gila dengan saya.Hahaha,bila teringat semua tu,bunyi macam kelakar kan?Rasa macam baru je kita gelak sama-sama kan?Tahu-tahu,dah seminggu awak koma.Saya rindu awak,Harraz.Rindu sangat-sangat."
Mikayla mencium perlahan tangan Harraz.Tangan jejaka itu digenggam erat oleh Mikayla.
"Saya janji,lepas je awak sedar,saya akan ikut cakap awak.Saya akan terima lamaran awak.Saya akan kahwin dengan awak.Mesti awak gembira kan?"
Tanpa sedar,air mata mengalir di pipi Harraz.
"Harraz.S-saya tahu awak d-dengar semua ni.Jadi,tolong.Tolong lawan semua ni.K-kuatkan semangat awak.T-tolong lawan semua ni demi cinta kita.Please,Harraz."
Air mata Mikayla akhirnya mengalir jua.Entah kenapa hatinya berkali kali berkata yang dia tidak mahu kehilangan jejaka itu.Seakan-akan ada satu ikatan yang menguatkan rasa itu.
Tiba-tiba,
Beepp!Beepp!Beepp!Beeppp!
Ventilator tiba-tiba berbunyi.Dada Harraz berombak kencang.Mikayla bingkas bangun dan tekan button emergency.
"Doktor!Nurse!Tolong!"
Jerit Mikayla.
Beberapa minit kemudian,
"Cik,tolong keluar sekejap."
Arah seorang nurse.
"Tolong.Tolong selamatkan Harraz."
Rayu Mikayla sebelum dia berlalu pergi.
Skip times
"Doktor.Macam mana dengan keadaan Harraz? Semuanya baik-baik je kan, doktor?"
Mikayla segera menerpa ke arah doktor sebaik sahaja doktor keluar dari wad.
"Alhamdulillah,Encik Harraz berjaya melepasi tahap kritikal.Cuma,buat masa sekarang dia masih belum sedarkan diri.Mungkin ia akan mengambil masa dalam seminggu dua untuk kembali sedar."
"Terima kasih doktor.Terima kasih sangat-sangat.Saya dah boleh jumpa dia ke?"
Soal Mikayla.
"Buat masa sekarang,biarkan dia berehat dulu.Jangan ganggu pesakit."
"Baik doktor.Terima kasih sekali lagi."
"Saya minta diri dulu."
Skip times
Mikayla memesan coffee di cafe.Hatinya begitu gembira apabila Harraz sudah stabil.Tak lama lagi dia mesti akan sedar.
YOU ARE READING
Harraz Hazriel || SLOW UPDATE
Romance[Slow update] "Benarkah cinta itu indah?Atau itu hanya sekadar khayalan?" -🥀- "Izinkan aku menjadi sebahagian dari hidupmu.Akan ku jadikan kau bidadari syurgaku buat kini dan selamanya." -Harraz Hazriel ...