Chapter 4

91 16 0
                                    

Malam semakin larut.Ketika mereka semua leka bergurau-senda,Mikayla termenung di meja seorang diri.

"Harraz Hazriel.Are you the one that i'm looking for?"

Persoalan itu masih lagi berlegar-legar di fikiran Mikayla.

"Oit.Buat apa dekat sini sorang-sorang?Semua tengah sibuk membakar.Jomlah join sekali."

Tiba-tiba Eisha muncul di hadapan Mikayla.Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan dengan Mikayla.

"Eh,tak apa.Pergilah.Aku saja nak ambik angin dekat sini."

Mikayla mengukir senyuman tipis.

"Fikir pasal Riel eh?"

Eisha menongkat dagunya di atas meja.Dia tersenyum manis ke arah Mikayla.

"Me?Thinking about Riel?Urgh, nonsense."

"What? What's wrong with that?Tak salahkan kalau kau fikir tentang Riel."

"Ish,dahlah.Kau ni,merepek je."

"Lah,betul apa aku cakap.Aku tengok,Riel tu dah lain tau sejak kau muncul dalam hidup kitorang."

"Lain?Apa yang lainnya?"

Mikayla mengerutkan dahinya.Sesekali dia memandang ke arah Harraz yang sedang leka menikmati suasana malam.

"Contohnya,dia selalu usik kau.Setahu aku lah,Harraz jarang tau nak mengusik perempuan.Lagi-lagi yang baru kenal."

"Usik?Dah,that's not a joke.That's a bullying.You know,what?He called me short just now.Urgh,that's annoying."

Mikayla membuat rolling eyes lalu mencebik.Panas hatinya apabila teringat tentang gelaran yang diberi oleh Harraz sebentar tadi.Rasa macam nak hiris-hiris je mulut dia tu.Sesuka hati panggil orang pendek.

"Lah,untunglah dia nak bercakap.Biasanya dia tu susah tau nak bercakap.Orang tanya sepatah,dia jawab sepatah.Geram je kadang-kadang tau.Tapi nak buat macam mana,dah itu perangai semulajadi dia."

"Untung?Sakit hati ada lah.Rasa macam nak cili-cili je mulut dia tu.Setiap kali dia bukak mulut je,mesti nak sakitkan hati aku.Eeee,tumbuk kang."

Mikayla merungut lagi.Kalau ikutkan hati,rasa nak bagi tendangan percuma je dekat mamat tu.Suka buat orang sakit hati!

"Haish,apa-apalah Cik Mikayla oi.Aku pergi sana dulu eh.Kalau nak apa-apa panggil je."

Eisha bingkas bangun lalu membetulkan sedikit rambutnya yang panjang itu.

"Anyways,aku lupa nak bagitahu.Setakat ni,tak ada siapa lagi yang berjaya ubah sikap Harraz.But,I don't know if one day there's someone who'll made it."

Eisha tersenyum manis lalu berlalu pergi.

"Whoa,apa yang riuh sangat ni.Dari tadi aku dengar si Aryan ni je yang duk pot pet pot pet macam makcik-makcik."

Eisha mengusik Aryan sambil merangkul erat bahu Ellisha.

"Ya allah.Iya,weh.Dari tadi si Aryan ni duk pot pet pot pet tak henti-henti.Pening aku mendengarnya."

Ellisha menggeleng kepala.

"Si Aryan ni duk cerita yang kononnya masa dia dekat Italy haritu,dia ni 'hot stuff'.

Ayra menekankan sedikit suaranya pada perkataaan hot stuff.

"Dia kata,ramai awek berebut dia.Tapi,dia reject.Katanya nak isteri melayu."

Ujar Ellisha pula.

"Ehem,ehem.Saya masih di sini ye wahai makcik-makcik bawang sekalian."

Tiba-tiba Aryan berdehem kuat.

Harraz Hazriel || SLOW UPDATE Where stories live. Discover now