꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Naik satu kereta je la"
"Mana muat siot. Kereta Jaemin dah la kecik lepastu sempit"
"Woi! Kau kutuk kereta aku?! Lepasni kau jangan naik dah"
"Aku pun ada kereta la!"
"Ada aku tanya?!"
"Senyap ah kau!"
"Kau ah senyap!"
"Bising je tahu!"
"Aku tahu ah kau kalah! Pengecut!"
"Jaemin tiber!"
"Kau yang tiber! Aku pulak yang kene!"
"Haish, pagi buta dah gaduh. Aku cadang je tadi. Tak sangka boleh sampai jadi macam ni" Renjun menguak rambutnya ke belakang. Stress dapat kawan macam ni. Dia cuma cadang je naik satu kereta tapi dah bertekak pulak 2 manusia tu.
"Hey Jaemin! Chenle! Senyap! Senyap! Jangan ganggu orang lain nak tidur. Haish, aku humban dalam mangkuk jamban jugak nanti" ugut Jeno geram. Sekarang ni baru pukul 5 pagi sebab tu la risau orang lain akan terjaga disebabkan jeritan dua manusia itu sahaja.
"Tak pe tak pe, sekarang ni naik je dua kereta. Dah dah jom cepat" Jimi berkata selepas Jaemin dan Chenle senyap melarikan diri dari Jeno.
Selepas menghidupkan enjin kereta, mereka terus bergerak ke destinasi mereka. Mengambil masa 1 jam sahaja dari rumah itu.
"Argh, dah sampai" Jisung mengeliat badannya selepas dia keluar dari perut kereta Jimi.
"Mana Jaemin?" tanya Sungchan pelik. Kereta milik lelaki itu masih tidak kelihatan.
"Sesat kot? Ke habis minyak?" teka Chenle selepas dia habis membuat regangan agar badannya lebih selesa semasa mendaki nanti.
"Cuba telefon" arah Jisung dan Jimi mengeluarkan telefonnya lalu dia menelefon lelaki itu.
"Ha dia kata apa?" Jimi menyimpan telefonnya dan memandang Jisung semula.
"Dia kata lagi 5 minit dia sampai" mereka bertiga mengangguk kepala tanda memahami.
"Tu ha Jaemin" tepat sahaja 5 minit berlalu, kelibat kereta putih melintasi depan mereka lalu diparkir sebelah kereta milik gadis itu.
YOU ARE READING
ժ┃Lelaki Bunian II ⤻ ˡᵉᵉ ʰᵃᵉᶜʰᵃⁿ
Sachbücher❛ Tiada siapa yang boleh menghalang cinta kita walaupun dunia kita berbeza ❜ ❥