𝕥𝕚𝕘𝕒 𝕓𝕖𝕝𝕒𝕤²☀︎︎

121 29 18
                                    


꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂

"Arkkk!....haish!" Chenle lantas memegang kepalanya yang tiba-tiba sahaja sakit. Situasi ni macam hari pertama dia sedarkan diri di rumah bunian yang menolongnya.

Chenle melihat sekeliling tempat itu dan dia dapati ada dua orang sedang terlentang di atas lantai sambil tangan dan kaki terikat di dinding dengan gari besi.

Matanya masih samar-samar untuk melihat dengan lebih jelas. Dia menggosok dan mengelip kedua belah matanya sebanyak yang mungkin agar penglihatannya kembali pada yang asal.

Dalam bilik ini hanya diterangi dengan satu mentol sahaja. Itupun berwarna keorengan. Sukar untuk melihat dengan jelas memandangkan cahaya pun tidak boleh membantu dirinya.

"JISUNG!!!!!" jerit Chenle tiba-tiba. Dalam fikirannya, hanya ada wajah rakan baiknya. Siapa lagi kalau bukan Jisung yang telah buat dirinya muntah sehingga tak bermaya lemah.

"PARK JISUNG!!! MANA KAU!!!?" jerit dia lagi tapi tiada satu pun balasan dari luar bilik itu. Chenle menghembus nafas beratnya lalu dia cuba meronta ingin lepaskan dirinya.

Rupanya, dia pun kene benda yang sama. Tangan dan kakinya terikat dengan gari besi. Makin sukar untuk bergerak tapi dia berusaha lebih. Gerakannya makin liar sehinggalah dia kehabisan tenaga.

Chenle lihat kaki dan tangannya sudah berbirat teruk dengan hiasan berwarna keunguan. Dia tergelak sinis dan tiba-tiba dia menitiskan air matanya hampa.

"Jaemin....Jeno....Jimi....mana korang? Aku takut" luah Chenle pendek. Bilik itu hanya bergema dengan suara tangisan lelaki itu. Dia dah tak mampu nak buat apa melainkan menangis dan luahkan sesuatu.

——————✯✯✯✯——————

"Haechan, kau nak pergi mana?"  Johnny menghalang gelagat adik bongsunya itu. Dia tahu lelaki ni frust tapi kene la bawak bersabar.

"Tepi hyung....Haechan nak cari Jimi" Haechan menolak badan Johnny agar jauh darinya tapi lelaki itu langsung tidak berganjak sama sekali.

"Kita cari sama-sama eh. Jangan pergi sorang-sorang. Cukuplah Jaehyun dengan Jungwoo hilang. Aku tak nak kau pulak yang hilang" pinta Johnny sambil memegang bahu Haechan. Dia merayu agar lelaki itu tenang dan bersabar, memang perit tapi tu la..kene la berani tempuhi.

"Mianhae hyung. Haechan terbawak-bawak emosi pulak" Haechan menunduk wajahnya bersalah. Dirinya sukar untuk mengawal emosi jika keadaan sebegini berlaku.

 ժ┃Lelaki Bunian II ⤻ ˡᵉᵉ ʰᵃᵉᶜʰᵃⁿWhere stories live. Discover now