꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Ahjusshi Park, ni Jimi ni"
"Mari sini masuk" pelawa lelaki berusia itu selepas dia membuka pintu rumahnya untuk Jimi.
"Apa dah jadi ni ahjusshi?" soal Jimi selepas mereka berdua sudah duduk di sofa yang berada di ruang tamu.
"Kejap, yeobo sini kejap. Jimi datang ni" lelaki tua itu memanggil isterinya yang berada di dapur. Dia tidak sedar akan kehadiran tetamunya.
"Eoh Jimi, dah lama tak nampak kamu. Makin lawa"
"Ahjumma sihat?"
"Sihat je macam selalu"
"Memandangkan Jimi dah ada dekat sini. Kami nak bagitahu sesuatu ni" lelaki itu berkata dan Jimi hanya diamkan diri untuk mendengar setiap cerita dari dia.
"Ahjusshi nak Jimi jangan takut tau, sebab—" Ahjusshi Park memandang isterinya sekilas lalu dia memandang gadis itu pula.
"Sebab eomma appa kamu hilang"
"BWO?! HI-HILANG?!" berdiri terus gadis itu kerana terlalu terkejut akan berita itu.
"Macam mana ahjusshi tahu eomma appa saya hilang?" tanya Jimi dengan takut dan gelisah.
"Sebab dah seminggu ahjusshi tak nampak eomma appa kamu. Kami cuba telefon apa semua tak jawab. Bila pergi tempat kerja diaorang, tak ada langsung kelibat mereka. Kami ada report polis dan polis pun tengah cari eomma appa kamu"
"Tak mungkin...tak mungkin hilang...diaorang ada je dekat sekitar ni" Jimi pantas mengeluarkan telefonnya lalu dia menelefon ibu bapanya tapi satu panggilan pun tidak diangkat. Makin takut gadis itu dibuatnya.
Dia melihat mesej pulak dan memang betul last seen dia seminggu yang lepas. Macam mana dia boleh tak perasan? Patutlah mesej tu tak dibalas langsung.
"Jimi" panggil ahjumma Park. Dia cuma ingin menenangkan gadis itu yang sudah berpeluh teruk. Jimi pun sudah tidak keruan bila dengar berita ini.
"Saya nak pergi rumah kejap" ujar Jimi dan dia terus keluar dari rumah jirannya itu lalu meluru ke rumah sebenarnya.
Selepas menekan nombor pin rumahnya, pintu terbuka luas. Isi dalam rumahnya terlalu gelap dan tiada satu pun lampu yang dipasang. Memang nampak seperti tidak berpenghuni.
YOU ARE READING
ժ┃Lelaki Bunian II ⤻ ˡᵉᵉ ʰᵃᵉᶜʰᵃⁿ
Literatura Faktu❛ Tiada siapa yang boleh menghalang cinta kita walaupun dunia kita berbeza ❜ ❥