꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Aik, 3 orang je ke?" tanya Jisung kepada Jungwoo selepas dia mengira mangsa barunya.
"Kau nak berapa orang langsung?" soal Jungwoo dingin sambil menyilangkan kedua belah tangannya.
Jisung menjeling Jungwoo menyampah, lalu dia mengasah pisau pisau nya yang bakal digunakan nanti.
Jimi melihat mereka bertiga yang buat kerja masing-masing, dia ambil langkah berjaga-jaga masuk ke dalam bilik penyimpanan mangsa mereka lalu dia terus meluru pergi ke arah Mark.
"Kau okay?" tanya Jimi risau.
"Hm, kau jangan risau" jawab Mark perlahan.
"Perut kau?"
"Sakit la sikit, kuat betul Jungwoo sepak aku. Tsk, sakit gila" rengek Mark selepas dia tidak sengaja menekan perutnya sendiri.
"Apa plan kau?" soal Mark ingin tahu. Mungkin dia boleh bantu.
"Aku cadang nak sedarkan si Jungwoo tu dulu, sebab dia banyak berkepit dengan aku, jadi susah kalau aku nak buat kerja"
"Macam mana kau nak sedarkan dia?"
"Entah la, kalau aku tak dapat sedarkan dia. Kau boleh buatkan?"
"Buat apa?"
"Kau tolong sedarkan dia. Boleh?"
"Kenapa aku?"
"Sebab kau adik dia la, haish. Tak kan suami pulak kot"
"Yelah, nanti aku cuba"
"Argh, tak de tak de nanti. Aku nak kau buat sekarang jugak"
"Tapi macam mana?"
"Macam ni" Jimi bangun dari duduknya lalu dia keluar dari bilik itu. Tidak lama kemudian, dia masuk semula tapi kali ni bukan sendirian. Dia bawak geng.
"Kau nak apa?" tanya Jungwoo kasar. Mark mulanya terkesima dengan perubahan drastik abangnya itu. Kalau tidak, suaranya 24 jam akan manja dengannya tapi kali ni lain pulak.
"Ak-aku...." Mark menoleh lihat Jimi sambil membesarkan kedua belah matanya. Dia buntu, tak tahu nak tanya apa.
"Asal?" lagi sekali Jungwoo bersuara. Kali ni dia duduk cangkung di hadapan muka Mark sambil beri pandangan dinginnya.
"Ak-aku...." Jimi menepuk dahinya setelah lelaki ini daripada tadi lagi gagap. Susah sangat ke nak cakap?
"Aku apa?" tanya Jungwoo lagi, dia masih dapat kawal emosinya. Mark menelan air liurnya dengan kasar lalu dia renung anak mata Jungwoo dengan dalam.
YOU ARE READING
ժ┃Lelaki Bunian II ⤻ ˡᵉᵉ ʰᵃᵉᶜʰᵃⁿ
Non-Fiction❛ Tiada siapa yang boleh menghalang cinta kita walaupun dunia kita berbeza ❜ ❥