꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Dah siap...sakit lagi tak?" Jimi menggeleng kepalanya seraya tersenyum memandang Hyunjin.
"Mianhae, aku tak sengaja nak panah kau"
"Gwenchana, kau kan tak sengaja. Banyak kali dah kau minta maaf, aku tak marah pun la" ujar Jimi lembut dan ia membuatkan jantung Hyunjin berdegup kencang.
"Habis dah drama?" sampuk Yangyang seraya mencekak pinggangnya.
"Dah, ish sebok je" rungut Hyunjin seraya mengemas semula kotak ubat itu. Jimi gelak kecil lalu dia berdiri di sebelah Yangyang.
"Jom pergi depan" ajak Yangyang lalu mereka berdua berjalan seiring menuju ke ruang tamu rumah itu.
"Ha habis dah rawat?" tegur Ten dan Jimi mengangguk kepalanya.
"Sini duduk" pelawa Lucas seraya menepuk tempat duduk di sebelahnya.
"Kenapa korang nak pergi Anteric?" soal Han.
"Nak cari orang hilang" jawab Winwin bagi mewakilkan gadis itu. Lagipun diaorang dah tahu hal sebenar kan, apa salahnya kalau tolong jawabkan.
"Orang hilang? kejap...orang? Manusia ke?" gelabah Winwin dibuatnya selepas Han terus dapat tangkap. Hebat betul lelaki ni.
"Bukan....maksud aku....bunian la...ha bunian, bukannya manusia" Winwin melepaskan nafas lega lalu dia memandang ke arah Hendery yang sedang menepuk belakangnya dengan perlahan.
"Adik korang jugak ke?" memang kampung sini suka soal orang banyak kali eh? Tadi Hyunjin, ni Han pulak.
"Aniya, kawan-kawan saya" laju je Jimi jawab. Dia tak nak susahkan yang lain. Biar la dia tolong jawab kan pulak.
"Nak kami tolong?" semua mata memandang ke arah Seungmin.
"Apa? Salah ke?" protes Seungmin selepas dia mendapat renungan dari mereka semua.
"Tak pe, kami boleh kot cari sendiri. Kamsahamida sebab teringin nak tolong kami" ujar Xiaojun lembut. Dia tak nak ah libatkan orang lain, nanti susah nak kene jaga walaupun dirinya nak sangat mereka ni join tapi tu la...tak nak menyusahkan.
"Memang dekat dunia ni tak de perempuan ke macam mana? Risau aku tengok" tanya Jimi pelik. Dia juga perasan benda ni dah lama sebab dia langsung tak nampak keberadaan seketul jantina perempuan pun.
YOU ARE READING
ժ┃Lelaki Bunian II ⤻ ˡᵉᵉ ʰᵃᵉᶜʰᵃⁿ
Non-Fiction❛ Tiada siapa yang boleh menghalang cinta kita walaupun dunia kita berbeza ❜ ❥