꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Mark! Mark! Morkkkkk!!"
"Haish, bangun la gila!"
"Woi! kau tak dengar ke aku jerit ni!?"
"Woi Mark!!"
"Aku merajuk dengan kau sebab kau tak layan aku!"
"Okay, dia betul-betul pengsan"
"Mark bangun!"
Haechan mengeluh apabila jeritannya hanyalah sia-sia sahaja. Dia cuba memanjangkan kakinya di sebelah kanan untuk cuba menyepak kaki Mark.
"Argh, sikit lagi!" Haechan rasa dia dah penat dan dia terus tak jadi nak mengejut Mark yang masih tak sedar diri.
"Kau dah kenapa terjerit-jerit macam mak ayam ni?" tegur seseorang selepas dia menutup pintu bilik itu.
"Ni ha, aku nak kejut dia ni. Tapi dia tak sedar langsung. Korang bagi dia ubat gegat ke?"
"Lawak ke ubat gegat?!"
"Dah tu, korang bagi apa?"
"Mana la aku tahu. Bukannya aku yang bawak balik dia ni, orang lain yang bawak"
"Sape?"
"Su—"
"Eh dia dah sedar ke?" kelam kabut Haechan dan Hyunjin apabila ada seseorang masuk ke dalam bilik itu.
"Ark! sakit! sakit! sakit!" jerit Haechan setelah Hyunjin menarik telinganya sehinggakan terangkat badannya tinggi.
"Padan muka kau! Nak aku tarik lagi ke?!" Haechan menjeling Hyunjin sebelum dia menyembamkan wajahnya pada lututnya. Nak nangis le tu.
"Dia buat apa dekat kau?" soal Changbin kepada Hyunjin.
"Dia sepak kaki aku sebab tu aku tarik telinga dia. Sikit lagi nak putus"
"Kau pun jangan la tarik ganas sangat. Putus betul-betul satgi, mampus kau situ la kene terkam dengan boss"
"Yelah yelah, aku dah lepas dah pun. Ha asal kau masuk sini?"
"Aku nak masuk pun tak boleh ke?"
"Tak de la, aku cuma tanya je. Yelah, korang mana nak lawat aku dekat sini. Korang semua jaga pintu depan, kuangajo betul"
YOU ARE READING
ժ┃Lelaki Bunian II ⤻ ˡᵉᵉ ʰᵃᵉᶜʰᵃⁿ
Non-Fiction❛ Tiada siapa yang boleh menghalang cinta kita walaupun dunia kita berbeza ❜ ❥