꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Yah! Jaemin! Jimi! Aku suruh buat apa tadi?!"
Mereka berdua terkejut dengan sergahan Ten tadi. Nampaknya dia macam marah je, kelam kabut dua ketul tu mengambil kain semula lalu diikat bagi ketat.
"Okay dah ikat....Jangan la marah" kata Jimi perlahan seraya memuncungkan bibirnya takut.
"Aku mana ada marah, aku tegur je" balas Ten lalu dia lihat ke hadapan semula.
Sekarang ni mereka semua sedang menuju ke kampung Anteric. Jaraknya sudah tidak terlalu jauh dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Sebab tulah, Ten mengamuk tak tentu hala...sebenarnya dia risau je.
"Kenapa diaorang kene tutup mata dengan kain?" soal Taeyong kepada Winwin.
"Sebab nak elak dari kene kuasa puak Anteric la. Diaorang kan manusia...senang nak kene tempias"
"Tapi diaorang dua ni" Taeyong lihat Jeno dan Chenle yang sedang berjalan sambil melihat sekeliling hutan itu.
"Weh haah, macam mana aku boleh lupa ada lagi manusia ni" rengek Winwin lalu dia beritahu dekat Ten perkara yang sebenar. Reaksi Ten juga amat terkejut sebab dia pun lupa akan tambahan manusia.
"Berhenti kejap...apa nama dua ketul tu?" tanya Ten seraya menunding jari ke arah dua manusia itu.
"Jeno dengan Chenle" jawab Johnny bagi mewakilkan mereka berdua.
"Korang ada benda apa-apa tak? Yang boleh tutup mata korang tu?" mereka berdua lantas menggeleng kepala bagi menjawab soalan Ten.
"Ha puak Synodic...korang ada tak benda yang boleh tutup mata diaorang dua ni?" soal Ten lagi.
"Kenapa nak kene tutup mata kami?" soal Chenle dengan nada tak puas hati.
"Sebab bahaya tu je. Kau tak nampak kawan korang tu dah kene ikat?" Jeno dan Chenle melihat di mana Ten tunjuk. Rupanya Jaemin dan Jimi sedang melambai mereka berdua tetapi arah yang berlainan sebab tak nampak punya pasal.
"Hey sini sini. Belakang tu kau lambai pokok" Lucas membetulkan posisi mereka dan barulah tepat mereka melambai pada dua ketul lagi manusia tu.
"Aku ada kain....nah" Mark beri pada Chenle dan Jeno selepas dia mengeluarkan kain dari beg sandangnya.
"Kenapa kau bawak kain?" bisik Haechan di telinga Mark.
YOU ARE READING
ժ┃Lelaki Bunian II ⤻ ˡᵉᵉ ʰᵃᵉᶜʰᵃⁿ
Non-Fiction❛ Tiada siapa yang boleh menghalang cinta kita walaupun dunia kita berbeza ❜ ❥