꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂꧁____________☾︎ꨄ︎☽︎____________꧂
"Aku....aku dekat mana ni? Tsk, Argh!" mengerang Chenle selepas kepalanya berpinar setelah dia bangun secara tiba-tiba.
Dia melihat sekeliling bilik itu yang cerah dengan bantuan cahaya matahari dari luar tingkap. Kelihatan ada lagi satu figura yang dikenalinya sedang terbaring lemah di salah satu katil.
"Je-jeno, palli ireona" kata Chenle dengan perlahan kerana dia juga masih tidak bermaya sepenuhnya.
Dia berusaha turun dari katil dan melangkah dengan cara terhinjut menuju di mana Jeno berada. Lelaki itu masih tidak menyedarkan dirinya lagi.
"Jeno" Chenle menggoncang badan lelaki itu dengan perlahan lalu dia menyentuh pipinya pula dan masih tidak ada tindak balas darinya.
"Haih aku ada dekat mana ni?" gumamnya seraya matanya melilau melihat sekeliling tempat. Dia duduk di sebelah Jeno sambil mengurut kepalanya dengan perlahan.
"Kejap, mana yang lain? JISUNG! SUNGCHAN! RENJUN! JIMI! JAEMIN! YAH! KELUARLAH! TAK LAWAK LA!" jerit Chenle gelisah dalam satu masa dia juga geram. Dia fikirkan kawan-kawannya sedang mempermainkannya tetapi dia salah sangka. Semuanya hilang dan berpisah dalam sekelip mata.
Dia ingin menangis kerana dia terlampau takut dan risau. Chenle pusing menghadap Jeno lagi sekali lalu dia menggoncang badannya buat kali kedua. Kali ni lebih kuat berbanding tadi.
"YAH JENO!!! BANGUN LA!!! ASAL KAU TAK BANGUN NI!!!" akhirnya meletus juga air matanya yang sudah bertakung tadi. Dia menyembamkan wajahnya di atas perut Jeno dan sambung menangis dengan kuat.
"Er, weh jangan la nangis" tegur seseorang seraya menyentuh bahu Chenle dengan lembut. Chenle mengangkat kepalanya dan melihat ada figura berdiri di sebelahnya.
"Ka-kau sa-sape?" soalnya gagap. Dadanya berdetak laju kerana dia takut. Wajah ini dia tidak pernah lihat sesekali pun. Itu adalah firasatnya sahaja.
"Duduk sini dulu. Jangan banyak bergerak, nanti kepala kau sakit" ujarnya lalu dia menarik tangan Chenle dengan lembut lagi sekali dan dia membawa lelaki itu duduk di atas katilnya semula.
"Kau sape ha?!" bentak Chenle geram bila soalannya dari tadi lagi tidak dijawab.
"Bawak bertenang. Aku bukannya nak bunuh kau pun—"
YOU ARE READING
ժ┃Lelaki Bunian II ⤻ ˡᵉᵉ ʰᵃᵉᶜʰᵃⁿ
Nonfiksi❛ Tiada siapa yang boleh menghalang cinta kita walaupun dunia kita berbeza ❜ ❥