Prolog

503 33 8
                                    

Rayban hitam yang tergantung pada baju dicapai lalu diletakkan elok pada sepasang mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayban hitam yang tergantung pada baju dicapai lalu diletakkan elok pada sepasang mata. Rambut yang terjuntai sesekali dikuak ke belakang.

"Bila kau nak balik ni Akim? Tak nak tengok along kahwin ke? Ke kau dah lupa along?"

Bunyi kuat yang terhasil melalui gabungan suara manusia di lapangan terbang membuatkan airpod pantas disumbat ke dua-dua belah kotak pendengaran.

"Ala alongku sayang. No cry-cry. Nanti Akim sampailah. Dah ada kat airport ni."

Mata masih fokus terhala pada pemandangan sekeliling yang sangat dirinduinya. Dah berapa tahun dia tinggalkan Malaysia. Dah berapa tahun dia tinggalkan semuanya di Malaysia termasuk keluarga kesayangannya.

Tup-tup dapat info along dah nak kahwin. Yang dia hairannya, sejak bila pulak along bercinta? Bukan itu je, along bertunang bila pun dia tak tahu!

Ke selama ni along sengaja tak pernah kongsi? Nak buat kejutan la katakan. Manalah tahu. Tak boleh agak jugak dengan seketul singa jantan tu.

Akim tersengih sendiri memikirkan tanggapan dia yang kadang-kadang logik dek akal jugak. Hai along, gatal jugak kau sebenarnya. But that's my along!

Sempat juga dia dengar along bermadah untuk seketika sebelum panggilannya mula harus diletakkan.

"I'll call you later alongku sayang. Takut grab dah sampai ni."

Panggilan along diletakkan. Serentak itu, kedengaran satu suara yang seakan menyapanya.

"Excuse me."

Akim pantas mencari gerangan tuan empunya suara tu. Rayban hitam diturunkan. Gerangan tersebut masih tak kelihatan. Dia yang salah dengar ke, atau halimunan yang panggil ni?

"Dompet encik tercicir." Tangan yang mula menghulur dompet miliknya membuatkan Akim baru sedar tentang kewujudan tuan empunya suara itu. Akim menunduk sedikit. Fuh, patut tak nampak. Sekecil-kecil alam rupanya. Tak lah kecil sangat, tapi kecil la bagi dia yang tinggi ni.

"Thank you, sweetie. By the way—" Belum sempat Akim nak lakukan sesi suai kenal, perempuan tu dah pun laju tinggalkan dia yang dah tercengang berdiri.

Damn. Sehensem dia pun perempuan tu tak pandang!

Haih, nasib dia tak ada girlfriend lagi walaupun beberapa tahun dah menetap di bumi Itali. Senanglah dia nak mendekat dengan perempuan sini. Tak macam dekat Itali, nak tackle perempuan pun susah. Ni semua sebab perempuan rasa persaingan dengan dia la ni.

Ya lah, kat sana dia popular jugak dalam kalangan..er..lelaki? Perempuan pun ya, tapi entah lah, demografi kadar lelaki yang minat dia lebih ramai berbanding perempuan. Haih, nasib je dia tak terpesong. Astaghfirullahalazim. Marah ibu nanti!

Akim mengheret bagasi putih miliknya kearah grab yang ditempah. Masuk sahaja ke dalam perut kereta, senyuman nipis dihulur sebelum tangan mula menggagar mencari sesuatu di dalam begnya.

"Nah, untuk pak cik. Saya ada beli buah tangan sikit dari Itali." Pemandu grab yang kelihatan sebaya abahnya itu tercengang sedikit sebelum lambat-lambat mula mengambil buah tangan yang diberi.

"Terima kasih, dik." Akim hanya senyum. Posisi tubuhnya dibetulkan untuk lebih selesa. Kemudian, dia termenung untuk seketika. Bagaikan ada sesuatu yang kembali menghambat fikiran.

"Adik baru balik Malaysia ke?" suara yang menyapa itu membuang jauh lamunannya. Senyuman manis dihadiahkannya segaris.

"Haah pak cik. Dah lama saya tak balik sini. Lama sangat. Tahun ni baru saya jejak ke Malaysia balik. Semua pun dah banyak berubah."

"Ya dik. Bandar KL ni dah banyak berubah."

"Manusia pun sama.." ujar Akim perlahan. Hanya untuk pendengaramya.

Dahi pak cik grab itu mula berkerut, tapi dia hanya senyum. Tidak ingin menyoal lebih.

Seusai grab mula meluncur keluar dari kawasan parkir, Akim mula membuang pandang ke luar cermin kereta. Kali terakhir dia jejak kaki di Malaysia, semasa dia berumur 20 tahun. Sekarang, dia dah berumur 24 tahun. Ya, sangat lama.

Sampaikan dah lupa macam mana rupa ahli keluarganya.

Oh, tak. Yang tu semestinya dia tipu. Gila ke lupa ahli keluarga sendiri? Tiap minggu kot dia akan bervideo call dengan ibu, abah dan along. Anak bongsu kan, biasalah. Clingy lebih sikit.

Dalam perjalanan pulang, papan billboard besar dan megah di tepi jalan menarik pandangan mata Akim.

Aster High.

Tak dinafikan, sekolah menengahnya itu memang popular sehingga kini. Lagi-lagi sekarang hampir berlangsungnya pembukaan sekolah itu, jadi pendaftaran pelajar mesti sedang dibuka. Bukan calang-calang orang yang boleh menjadi pelajar Aster High. Kredibiliti dan kokurikulum diutamakan.

Di Aster High jugaklah tempat dia ditemukan dengan kawan-kawannya.

Tapi di situlah juga mereka berakhir. Berakhir tanpa kata, berakhir dengan duka. Sampai bila luka lama ni boleh sembuh? Sampai bila?

Itali. Hanya sekadar rumah persinggahan yang merupakan tempat dia pergi sembuhkan luka di hati.

Kalau kita kekal ada, plot hidup kita mesti menarik kan? Janji kita akan kekal kita. Tapi tak. Sekarang kita pun tak ada.

Janji kita pergi mana?

Bam!

Bunyi tembakan itu mengejutkan Akim dari lamunan. Pemandu grab disebelahnya masih tenang memandu walaupun terpaksa berhadapan gangguan.

"Tenang dik, kat KL memang macam ni. Dah tak aman macam dulu. Kalau dalam tv polis kejar penjenayah kat atas jalan, realiti kat KL pun dah jadi macam ni."

Akim hanya mengangguk faham. Walaupun luarannya nampak tenang, dadanya mula berentak hebat. Terasa sesak. Tangannya dapat dirasakan mula berpeluh. Bagaikan dejavu..

Dia tak nak memori tu kembali..dia tak nak.

KITA : CamaraderieWhere stories live. Discover now