0 2

39 20 0
                                    

     Keesokan paginya aku bangun untuk solat Subuh dan bersiap untuk mengikut Kak Syairah pergi ke pasar untuk membeli barang basah.

"Assalamualaikum dik. Sudah siap ke?" soal Kak Syairah.

"Waalaikumussalam kak. Kejap ya kak adik nak ambil purse adik dulu," jawab aku lalu kembali ke dalam bilik untuk mengambil purse.

"Nanti akak nak masak banyak ke?" soal aku bila kami berdua sudah dalam perjalanan hendak ke pasar.

"Iya. Nanti family akak nak datang. Adik kenal ke adik kembar akak tu?" soal kak Syairah.

"Err... Yang kak Syaurah tu ke?" soal aku. Aku lupa-lupa ingat.

"Iya dia lah tu. Family akak datang sebab nak bincang pasal perkahwinan Kak Syaurah. Sepatutnya akak datang tempat mak ayah akak tapi diaorang kata nak makan dekat rumah akak. Tulah akak nak masak ni," terang Kak Syairah.

"Ohh faham. Nanti adik tolong akak masak ya?" soal aku dengan teruja.

"Okey. Akak okey je." kata kak Syairah lalu dia kembali fokus terhadap pemanduannya.

Setelah sampai sahaja di rumah. Laju sahaja tangan kami berdua membuat kerja untuk masak makan malam hari ini.

"Akak. Akak nak masak apa ni?" soal aku. Aku nak tahu apa yang hendak di masak.

"Akak kira nak masak udang masak butter tapi... Akak rasa tak cukup bahan. Akak lupa beli butter tadi," jawab Kak Syairah.

"Ohh... Kalau macam tu biar Nashwa jelah pergi beli. lagipun Nashwa nak beli sesuatu dekat kedai. Akak ada nak kirim apa-apa lagi?" kata kata.

"Itu je. Sebab tadi dah beli bahan yang lain. Kalau ada apa-apa akak call Nashwa okey. Tapi Nashwa pergi kedai naik apa?" kata Kak Syairah.

"Tak apa Nashwa tempah grab je. Akak jangan risau okey." jawab aku. Aku pun berlalu pergi ke atas untuk mengambil purse dan menempah grab.

Setelah tiba aku di pusat membeli belah ini terus sahaja aku membeli bahan masakan yang di perlukan oleh kakak iparnya.

"Emm... Jenama butter mana yang kak Syairah nak ni?" aku bermonolog sendiri.

"Ambil jelah jenama mana-mana asal butter," bukan aku lah kalau  aku yang tanya. Aku juga yang jawab.

"Assalamualaikum kak. Kakak saya nak minta tolong sikit boleh?" soal seorang budak kecil dari belakang aku. Comelnya.

"Waalaikumussalam iya. Kanapa tu adik comel? Nak minta tolong apa hmm?" soal aku sambil tersenyum.

"Adik nak ambil gula-gula dekat atas tu tapi tak sampai... Kakak ambilkan boleh?" kata budak itu. Petah sungguh dia berkata.

"Ehh boleh... Kejap tau," kata aku sambil tersenyum lalu mengambilkan gula-gula yang dia mahu.

"Nah. Nama adik siapa? Adik datang sini sama siapa?" soal aku lalu memberikan gula-gula tersebut. Tak akan budak kecil ini datang ke kedai sendiri. Pati ada orang lain yang temankan.

"Nama adik Farish. Farish datang dengan kakak. Kakak ada dekat depan tengah pilih barang untuk rumah," kata Farish.

"Ohh... Okeylah kalau macam tu. Akak kena pergi ni sayang. Ada rezeki kita jumpa lagi tau." kata aku sebelum dia beredar ke kaunter pembayaran. Dan Farish turut berlari ke arah kakaknya.

Sebelum aku beredar dari pusat beli belah ini Sofiah ternampak seorang nenek ni. Nenek tu sedang duduk sambil menunggu orang beli keropoknya. Rasa simpati mula menyerbu di dalam hati seorang Sofiah Nashwa. 

"Assalamualaikum nek. Nenek saya ada sedikit duit untuk nenek. Nenek baliklah rumah sekarang ni cuaca tak baik sangat." kata aku lalu menyerahkan duit seratus ringgit kepada nenek itu.

Tanpa di balas terima kasih aku berlalu dengan senyum kerana aku perlu cepat untuk kembali ke rumah. Dalam tidak sedar ada yang memerhati gelagat seorang Sofiah Nashwa sambil tersenyum.

 Comel!

Apabila aku hendak melintas jalan dia tidak perasan jika ada kereta yang laju sedang menuju ke arah aku. Lalu serta merta pandangannya berubah gelap.

BAM!

Orang yang memerhati tadi terkejut dengan apa yang berlaku dia hadapan matanya sekarang ini. Kereta yang melanggar Sofiah tadi lari begitu sahaja. Nasib malang belum sempat dia menghafal number plate kereta tersebut tadi.

Laju sahaja kakinya melangkah ke arah Sofiah. Nasib dia sorang doktor dan tahu apa perlu di lakukan. Dan laju sahaja dia menelefon rakan sekerjanya bahawa ada berlaku kemalangan. Tetapi dia rasa lambat lagi untuk Ambulance datang... Pantas sahaja dia bawa Sofiah ke hospital. Mujur sahaja hospital tidak jauh dari tempat pusat berbeli belah ini.

Sofiah di  bawa masuk ke ruangan emergency kerana takut ada apa-apa cedera parah di bahagian kepalanya.

Sementara itu ahli petugas lain turut membantu untuk menelefon ahli keluarga Sofiah.

"Awak. Saya risaulah dekat adik awak. Kalau saya halang dia untuk pergi. Mesti benda ni tak akan berlaku," kata Kak Syairah dengan nada yang risau.

"Sayang. Jangan macam ni. Kita doa yang baik-baik untuk adik saya okey?" pujuk abang Eidlan kepada isterinya.

Tipu jikalau dia tidak risau dengan keadaan adiknya. Tapi jikalau dia sedih situasi yang berlaku sekarang akan jadi lebih rumit. Apa pun dia tetap berdoa untuk adiknya. 

Sudah puas dia nampak adik dia sakit sebelum ini. Tapi untuk sekarang tidak lagi. Sekarang waktu untuk adiknya kecapi bahagianya sendiri.

Aku tersedar dari lena. Berat sungguh kepala aku tika ini. Rasa di hempuk dengan sebuah benda yang sangat berat.

Mencelik sahaja yang terlihat hanya satu ruangan kosong yang sunyi. Aku melihat tangan yang terasa sakit akibat air yang di masukkan. 

"Abang," panggil aku.

"Ehh adik. Ada rasa sakit ke? Abang panggil doktor sekejap ya," kata abang Eidlan dengan cemas.

"Abang. Tak apa. Adik okey. Jangan panggil. Adik nak air minum je," kata aku sambil tersenyum. Nmapak sungguh muka abang aku yang sedih itu.

"Abang. Kak. Tak payah lah sedih-sedih. Adik okey je lah," kata aku untuk meyakinkan mereka.

"Adik. Macam mana kak tak risau. Adik kena langgar tau. Kalau ada benda yang bahaya berlaku tak ke bahaya tu. Ini semua salah akak sebab bagi adik pergi juga masa tu," kata kak Syairah.

"Comellah akak ni. Janganlah risau adik okey je kan kan?" kata aku sambil bergurau.

"Adik tak lawak lah. Apa puji-puji orang ni. Tak baiklah," kata kak Syairah sambil tersipu malu.

"Amboi awak. Pantang di puji. Kembang semangkuk ya," sindir Abnag Eidlan.

"Biar lah. Kita nak bermanja dengan adik awak," kata kak Syairah sambil peluk tangan aku.

"Ehh itu adik saya ya. Bukan awak. Sepatutnya saya yang bermanja dengan dia," kata Abang Eidlan. Cemburu lah tu.

"Biarlah. Adik awak. adik saya juga," yakin kak Syairah berkata.

"Suka hati awak je nak claim adik saya tu adik awak," kata abang Eidlan. Taknak kalah juga. Nak bergaduh manja pun tolonglah jangan dekat dengan aku. Sendu kau tahu tak.

Tahu lah aku ni tak laku. 

"Abang dan kakak kesayangan saya. Tolonglah jangan bergaduh di sebegini waktu. Nak bersweet pun dekat dengan kita. Tahulah adik single," kata aku sambil menjeling kedua orang itu. Mereka boleh tersengih memandang aku.

Takdir Cinta Kita | OGWhere stories live. Discover now