0 6

28 1 0
                                    

   Aku terkaku melihat sosok tubuh dia yang berada di hadapan aku.

"Allah sees it all, he sees the restlessness of your heart and the anguish of your nights, keep it going and never lose hope. Yakin Allah sudah rancang yang terbaik untuk diri kita," kata sosok itu.

"Tapi kenapa harus di waktu saya sudah rasa bahagia?" soal aku dengan tangisan aku.

"Because Allah does not want his servent to forget him. Allah will never test a person beyond his ability. You should be pleased with everything you get today," kata Dr. Adam.

 Dr. Adam yang ada di hadapan aku kini. Aku tidak tahu dari mana datangnya dia tadi.

Aku rasa malu tika ini. Kenapa harus Dr. Adam yang ada di waktu hati aku sedang runsing.

"Terima kasih sebab nasihat saya. Saya pergi dulu." kata aku sebelum bangun semula untuk masuk kembali ke dalam cafe tersebut tadi.

Dr. Adam hanya melihat seorang Sofiah berlalu meninggalkan dirinya.

"Awak saya minta maaf atas tindakan mama saya tadi. Saya tak sangka dia akan marah sampai macam tu sekali. Awak maafkan dia ya?" kata aku setelah aku menapak semula kedalam cafe ini untuk berjumpa dengan perempuan tadi.

"Ehh... Tak apa. Saya maafkan. Biasalah tu. Silap saya juga,' kata pekerja tersebut sambil tersenyum.

"Nama awak Amiera Nabihah?" soal aku. Aku rasa aku kenal ini siapa.

"Ehh... Macam mana awak tahu nama saya?" soal Nabihah.

"Awak Sofiah Nashwa?" soal dia lagi. Lalu aku mengangguk sambil kami berpelukan.

"Lamanya tak jumpa kau. Aku minta maaf sebab lost contact dengan kau," kata Nabihah.

"Apa pula. Aku yang lama tak jumpa kau. Habis sahaja SPM aku langsung tak jumpa kau. Aku minta maaf. Kau sendiri kenal mama aku macam mana," kata aku sambil tersenyum nipis.

"Tak apa aku faham. Lepasni bolehlah kita tinggal sekali. Kau tak kahwin lagi kan?" soal Nabihah.

"Kau ni. Awal sangatlah nak kahwin pun. Calon pun tak ada lagi ni," kata aku sambil ketawa.

"Awak berdua kenal ke?" soal Fazlea.

"Kenal kak. Dia kawan saya masa sekolah menengah dahulu," jawab Nabihah.

"Tak sangkanya. Mesti kamu berdua rapatkan dulu?" soal Fazlea.

"Rapat kak. Sampai sudah pernah bercadang untuk kahwin pada hari sama. Buat majlis sama-sama. Tapi tulah masing-masing tak ada calon lagi," jawab Nabihah lagi.

"Kakak nak jadi kawan awak berdua boleh? Bosanlah bila tak ada kawan ni. Terasa sendu tau," kata Fazlea.

"Ehh boleh sahaja. marilah join," kata aku pula. Untuk hilangkan rasa kekok bila bersama dengan Fazlea. 

"Sebelum saya lupa. Saya nak minta maaf atas perbuatan mama saya tadi kak. Saya taktahu pula dia akan bertindak macam tu sekali," kata aku lalu tersenyum.

"Tak apalah Sofiah. Kakak okey je. Biasalah tu. Customers always right." Ujar Fazlea membuatkan kami bertiga tergelak bersama.

Betullah. Bila kita bersangka baik dengan Allah. Allah akan berikan kita perkara yang baik.

Jangan pernah bersangka buruk dekat Allah. Allah adalah perancang yang baik. Dia sudah aturkan hidup kita.

Jika Allah jauhkan kita dari sesuatu maka bersangka baiklah kemungkinan Allah mahu berikan yang legih baik untuk kita.

Jangan pernah mengeluh.

Terima apa sahaja yang berlaku bukan bermakna lemah tapi kita kuat. Dan jika tidak berjaya mungkin belum masanya lagi.

Takdir Cinta Kita | OGWhere stories live. Discover now