0 3

48 19 4
                                    

   Aku masih terfikir. Macam mana aku boleh terlibat kemalangan langgar lari tu. Tidak mungkin orang yang langgar tidak senjaga. Jikalau berlaku atas hanya kebetulan sahaja orang itu akan turun untuk membantu.

Tapi orang itu terus lari dan menghilangkan diri. Dan lebih peliknya. Tiada sesiapa yang dapat mengesan nombor plat kereta itu.

Aku masih terfikir. Adakah ini ada hubung kaitnya dengan kes yang berlaku dalam 15 tahun yang lepas.

Jikalau benar, kenapa harus sekarang. Kenapa harus di waktu bila aku sudah dapat rasakan bahagia. Aku memang tidak di takdirkan untuk bahagia ataupun aku memang tidak akan pernah layak untuk bahagia.

Aku penat Ya Allah.

"Assalamualaikum awak. Saya datang nak letak ubat dekat luka awak," kata doktor lelaki yang merawat diri aku.

"Awak?" panggil dia. Aku tersentak bila ada yang sedang memanggil aku.

"Cik Sofiah Nashwa. Maaf jika saya ganggu awak. Tapi saya nak minta izin untuk rawat luka awak. If you have a problem, mind to share with me?," kata doktor lelaki itu. Aku melihat namanya Dr. Adam.

"Ehh saya minta maaf. Saya tak sedar bila awak ada dekat sini," kata aku sambil menunduk.

"Tak apa. Saya okey je. Boleh saya rawat awak sekarang? Kalau awak nak meluah, awak luah je okey," kata Dr. Adam

"Tak apa saya okey je. Doktor boleh rawat saya sekarang." balas aku lalu melihat ke arah lain. Perasaan apakah yang aku rasa tika ini?

Dalam pada waktu Dr. Adam merawat aku. Aku perasan matanya tidak alih dari melihat aku. Aku harap ini hanya perasaan aku. Tidak mungkin orang mahu melihat muka aku yang sebegini rupa.

Bukan hendak menghina. Tapi aku sudah selalu mendengar kata-kata orang terdekat aku. Bahawa aku tidaklah cantik seperti orang lain.

"Awak okey ke?" soal Dr. Adam dengan lembut.

"Saya okey je. Awak tak payah risau. Awak buat je kerja awak. Saya tahu banyak kerja lain lagi awak kena buat. Jangan bazirkan masa awak untuk rawat saya lama-lama. Dan tak ada ke nurse perempuan yang boleh rawat saya. Kenapa mesti awak," kata aku dengan nada yang kosong. Aku takut jika ini semua mengundang fitnah dari orang sekeliling.

"Okeylah. Sudah siap. Nanti awak jangan lupa makan ubat tu. Awak tak sihat lagi. Nanti untuk tukar balutan luka awak tu, saya suruh nurse perempuan yang buat." kata Dr. Adam sambil menyusun barang yang di guna. Lalu keluar tanpa sebarang pamit.

Dia terasa ke apa aku cakap tadi.

Biarlah.

Aku dengan hidup aku.

Dia dengan hidup dia.

Aku tidak suka hidup dalam keadaan yang suka berharap.

Bila kita terlalu berharap kita akan sakit jika tidak ada sinarnya.

Jangan pernah berharap kepada sesuatu yang tidak pasti kekal ataupun tidak.

Aku termenung sambil menunggu abang aku mengangkat barang-barang aku ke kereta.

"Adik. Adik okey tak ni?" soal Kak Syairah.

"Ehh adik okey je kak. Tak payah risau." Balas aku sambil tersenyum kelat.

Aku tidak tahu kenapa fikiran aku tika ini resah. Aku tidak mahu perasaan yang sangat asing bagi aku masuk ke dalam hati ini. Aku takut untuk berharap.

Jikalau aku masih tidak dapatkan cinta dari ibu bapa aku sendiri. Aku tak akan cari cinta lain selain orang yang penting bagi aku. Itupun jika aku masih bertahan untuk mencari cinta mereka berdua.

Takdir Cinta Kita | OGWhere stories live. Discover now