Setibanya di hadapan rumah abang Eidlan. Abang Eidlan mengejutkan aku.
"Adik. Bangun dik. Kita sudah sampai," kejut Eidlan kepada aku.
"Emm... Ini rumah abang Ed ke?" soal aku dalam keadaan mamai.
"Yelah. Takkan pulak rumah makcik Senah," sempat Abang Eidlan berloyar buruk dengan aku.
"Alah abang ni. Sudah lah nanti abang tolong angkat beg adik tau," kata aku sambil tersengih-sengih lalu terus berlari memeluk kak Syairah yang sedang menunggu di depan pintu.
"Wah kau. Aku pula yang kena angkat semua ni... Senang kau ehh," bebel abang Eidlan. Aku hanya ketawa sahaja.
"Akak. Assalamualaikum," aku memberi salam lalu apabila aku hendak menyalam tangannya dia hanya sambut huluran tangan tu itu separuh sahaja lalu di menarik tangannya semula.
"Akak... Kenapa?" soal aku.
"Akak tak suka saya ada dekat rumah ni ke?" soal aku sambil memandang mukanya.
"Ya memang aku tak suka kau ada dekat sini sekarang. Buat semak rumah orang je," balasnya dengan nada yang dingin.
"Err... Tak apa kak, kalau kakak tak suka saya ada dekat sini. Saya boleh cari rumah sewa," kata aku sambil menunduk.
"Haih... Adik ni akak nak bergurau pun tak boleh. Rancangan akak gagal," kata Kak Syairah sambil berpeluk tubuh. Aku tercengang.
"Akak ni. Tak baik tau buat Nashwa macam ni. Nashwa ingat akak benci Nashwa tau," kata aku lalu memuncungkan mulut aku. Saja buat-buat merajuk.
"Adik ni sudahlah tak payah nak berdrama depan pintu ni. Jom masuk... Akak dah masak dah," kata Kak Syairah.
"Iya lah. Kejaplah biar adik tolong abang angkat barang adik. Kesian dia angkat sorang-sorang," balas aku. Ketika aku ingin berlalu pergi menolong abang aku tangan aku di tarik oleh Kak Syairah.
"Ehh... Biar je dia angkat sorang-sorang. Dia lelaki kita perempuan. Biar je dia," kata Kak Syairah lalu menarik tanganku masuk ke dalam rumah.
Aku hanya diam memerhati rancak perbualan abang Eidlan dan kakak Syairah berborak di meja makan.
"Adik. Kenapa diam je?" soal abang Eidlan bila aku hanya diam.
"Haa... Tak ada lah. Seronok adik tengok abang dengan kakak berborak," jawab aku sambil tersenyum paksa.
"Adik kalau ada masalah cerita je jangan pendam," kata kak Syairah.
"Ehh mana ada masalah. Adik okey je kak," nafi aku lagi.
"Adik. Kau boleh tipu orang lain tapi bukan abang. Abang tengok dari mata adik. Abang sudah tahu adik ada masalah. Cuba cerita," kata Abang Eidlan lagi.
"Ishh... Adik okeylah jangan risau yaa?" kata aku sambil senyum.
"Degil laa awak ni dik. Akak cari jodoh untuk adik nanti baru tahu," ugut kak Syairah.
"Ehh. Wahh akak. Mana boleh main macam tu. Tak adil lah," protes aku sambil muncungkan mulutku.
"Biarlah... Siapa suruh adik degil. Takpe nanti akak cari ye," kata kak Syairah sambil menjelirkan lidahnya. Dan semua yang berada di meja itu ketawa.
Perasaan aku tika ini rasa...
Rasa bahagia walaupun hanya sebentar sahaja.
Seusai siap membersihkan dapur dan meja makan aku naik ke atas dan masuk ke dalam bilik yang aku akan duduk buat sementara waktu. Aku terfikir tak akan bila Abang Eidlan dan Kak Syairah dah ada anak. Aku masih tinggal di rumah ini. Mereka ada keluarga mereka sendiri dan aku harus berdikari untuk meneruskan hidup aku.
Aku menyusun buku-buku yang sempat aku bawa dari rumah mama dan menyusunnya dalam almari. Setelah itu, aku menyusun pulak pakaian aku yang masih di dalam beg ke dalam almari pakaian.
Tetapi tangan ku berhenti apabila melihat satu frame gambar kesemua keluarga aku walaupun... Aku tiada dalam gambar tersebut.
Tiba-tiba mata aku menjadi kabur kerana air mata aku tiba-tiba keluar tanpa di pinta. Aku rasa sakit sangat hati aku bila teringat kejadian di masa itu.
Flashback (gambar keluarga)
"Ngah sinilah ambil gambar sama-sama. Nanti anak aku dah takde dekat sini. Inilah moment yang akan jadi kenangan bila kita berkumpul satu family," kata Tuan Kamarul Ariffin iaitu ayah aku.
"Kejaplah. Aku urus anak aku ni sekejap," kata Abang Tuan Kamarul. Anaknya baru masuk dua tahun.
"Okey jom semua gambar," kata Tuan Kamarul.
"Ehh kejap. Kau sini budak. Kau dengar cakap aku ya. Kau jangan masuk dalam gambar. Kau orang luar bukan family aku ataupun lebih tepat lagi bukan anak aku," kata ayah kepada aku.
"Arif. Kau ni sudah melebih ni sampai anak sendiri pun tak nak bawa masuk gambar sekali," kata Pak Ngah.
"Biarlah dia. Dia takkan pernah wujud dalam hidup aku. Budak ni patut aku buang masa dia lahir kau tahu," kata Tuan Kamarul.
"Kau ni... Dia kecil lagi. Kalau ya pun tak sayang jangan seksa dia tinggal dengan kau. Kau jaga tapi kau seksa. Nak ada anak tapi dera anak," kata Pak Ngah dengan berbaur sindiran.
"Kau sudah lah. Jom gambar. Biar je dia ni. Tak penting pun. Kalau aku bawa masuk dalam gambar silap-silap ada yang malang. Dia ni memang anak yang bawa bala." kata Tuan Kamarul. sambil menunjal kepala aku.
End Flashback
Sakit sangat bila teringat kata-kata ayah aku. Aku bawa gambar ni pun sebab aku takut aku rindu mereka. Walaupun mereka dera aku, fitnah aku, hina aku macam-macam, mereka tetap ayah dan ibu aku.
Air mata yang mengalir semakin deras apabila suara ayah dan ibu aku berlayar dalam ingatan.
Jujur aku rindu mereka tapi aku sudah tak sanggup untuk bertahan dekat rumah itu. Bila kebenaran sudah terungkap dan bukti aku kukuh yang aku tak bersalah. Aku akan kembali ke rumah itu dengan hati yang terbuka.
"Assalamualaikum adik. Boleh akak masuk?" Kak Syairah mengetuk pintu bilik aku. Lesap segala apa yang ada di fikiran aku tika ini.
"Waalaikumussalam akak. Boleh kejap ya," kata aku lalu bergegas menyapu air mata yang mengalir tadi dan pergi ke arah pintu bilik untuk membuka.
"Adik okey tak ni?" soal kak Syairah. Risau.
"Ehh okey je. Kenapa nampak macam tak okey ke?" kata aku.
"Taklah. Tapi mata Adik merah itulah akak tanya tu," ujar Kak Syairah.
"Ohh... Adik mengantuk akak tulah merah tu," ujar aku menafikan yang aku nangis tadi.
"Haa iya lah. Kalau adik mengantuk rehatlah sekejap. Nanti akak kejut," kata Kak Syairah. Baik sungguh Kak Syairah ni. Andai Ibu aku macam ini. Pasti aku sudah lama rasa bahagia.
"Ehhh okeylah tapi kenapa akak datang ni?" soal aku.
"Tadi akak ingat nak ajak adik pergi pasar beli barang basah," jawab kak Syairah.
"Ohh. Jomlah pergi kalau akak nak," kata aku.
"Tak apalah esok pagi kita pergi ya. Selepas solat Subuh," kata Kak Syairah.
"Ohh... Okey. Apa-apa akak panggil je tau," kata aku.
"Okey. Jangan lupa solat tau. Penat, banyak kerja macam mana pun jangan pernah tinggal Solat. Itu kewajipan kita sebagai umat Islam." kata Kak Syairah. Aku hanya mengangguk menjawab katanya sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Takdir Cinta Kita | OG
Romance{ slow update } Perempuan ini adalah perempuan yang mungkin tidak akan pernah rasa bahagia walaupun sedetik. "Terima kasih sebab bantu saya dari... " - Sofiah Nashwa. "Aku tahu. Aku kan lelaki idaman kau," - Syed Emiir Adam . Adakah dia bahagia bil...