Dalam aku fokus menyiapkan kerja yang di berikan oleh Puan Azalea. Ada orang menegur aku.
"Awak PA baru Puan Azalea ke?" tegur perempuan yang baru sahaja tiba di dalam pejabat.
"Ya saya. Awak nak jumpa Puan Azalea? Boleh saya tahu nama awak apa?" soal aku sambil tersenyum.
"Ya. Saya nak jumpa dia. Nama saya Aura Medina. Boleh saya masuk sekarang?" soal Medina.
"Saya kena tanya dulu ya," kata aku lalu mengetuk pintu bilik kerja Puan Azalea.
"Come in," balas Puan Azalea.
"Ya kenapa Sofiah?" soal Puan Azalea.
"Ada orang nak jumpa Puan. Nama dia Aura Medina," kata aku.
"Ohh... Panggil dia masuk." kata Puan Azalea lalu aku memanggil Medina dan menyambung kerja aku yang tergendala tadi.
Terdengar beberapa orang berbisik tentang Medina. Aku sendiri tidak tahu apa yang di bisiknya.
Aku pelik juga. Ada apa-apa ke yang terjadi sampai hampir ke semua staff bercerita tentang Aura Medina.
Sejujurnya aku nak puji. Dia cantik. Aku perempuan pun terpegun dengan kecantikkannya. Mesti ramai suka.
"Terima kasih sebab awak layan saya dengan baik tadi. Suara awak lembut je. Apapun keep fighting." kata Aura Medina lalu meninggalkan aku.
"Sofiah. Masuk bilik saya sekarang," panggil Puan Azalea.
"Baik Puan," jawab aku dengan pantas aku bangun dari tempat duduk aku untuk berjumpa dengan Puan Azalea.
"Ada apa Puan?" soal aku setelah menapak masuk ke dalam bilik kerjanya..
"Saya nak awak ikut saya nanti. Saya nak awak tulis apa yang di beritahu. Saya dapat join meeting tu sekejap je. Sebab saya ada hal yang perlu di uruskan. Selebihnya awak uruskan boleh?" terang Puan Azalea.
Aku sudah berdebar. Hari pertama kerja sudah di beri tugas untuk berjumpa dengan orang asing. Semoga aku dapat tahan debaran aku semasa meeting berlangsung.
"Boleh Puan In Shaa Allah. Ada apa-apa lagi?" soal aku.
"Tak ada itu sahaja. If you need a help just call me." kata Puan Azalea. Aku hanya mengangguk lalu beredar ke tempat meja aku semula.
Dapatkah aku untuk menguruskan semua itu nanti. Sungguh terasa berat untuk melakukan kerja yang di berikan ini. Aku bukan biasa untuk berjumpa orang.
Tapi tidak mengapa aku akan ambil peluang ini. Walaupun hati aku berbelah bagi.
Debaran kian terasa apabila Puan Azalea hanya hantar aku sebagai wakil baginya.
Macam mana aku nak uruskan semua ini nanti. Aku bukannya mengetahui sangat apa yang perlu di buat.
Tak apa kau kena cuba. Kalau tak cuba sampai bila nak ada pengalaman.
"Hai. Good Afternoon Mr. Arzeyn. My bad for coming late," tegur aku kepada Mr. Arzeyn. Nasib baik aku sedikit fasih untuk speaking. Kalau tidak buntu otak aku untuk bercakap.
"It's okey. Asalkan datang dari tak datang kan?" aku tercengang. Lah boleh berbahasa Melayu pula. Punyulah aku struggle speaking tadi.
Aku dan Mr.Arzeyn pun mulakan perbincangan kami.
"Thankyou for placing my artwork at your Art Gallery. Your studio is very awesome," kata Mr. Arzeyn apabila meeting kami hampir selesai.
Alhamdulillah semua di permudahkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Cinta Kita | OG
Romance{ slow update } Perempuan ini adalah perempuan yang mungkin tidak akan pernah rasa bahagia walaupun sedetik. "Terima kasih sebab bantu saya dari... " - Sofiah Nashwa. "Aku tahu. Aku kan lelaki idaman kau," - Syed Emiir Adam . Adakah dia bahagia bil...