0 4

85 15 4
                                        

   Tibalah waktu malam. Aku akan menyampaikan berita gembira ini kepada Abang dan Kakak ipar aku. Hanya mereka sahaja yang aku ada tika ini. Aku harap mereka tidak akan pernah buang aku seperti mana ibu bapa aku membuang aku. 

Tipu jika aku kata tidak merindui ibu bapa aku sendiri. Aku rindu tapi aku tidak boleh buat apa-apa. 

Aku hanya boleh doakan mereka dari jauh. 

Jahat macam mana sekali mereka pun. Mereka tetap darah daging aku. Mereka juga orang yang pernah jaga aku sehingga aku besar. Walaupun aku tidak bahagia mana. Tapi aku bersyukur sebab aku masih ada ibu bapa.

Aku sentiasa hargai mereka kerana mereka nyawa aku. Hilang mereka hilanglah jiwa aku.

Aku, Abang Eidlan dan kak Syairah berkumpul di ruang tamu kini. Kata mereka, mereka juga ada perkara yang ingin di sampaikan.

"Abang. Kakak. Adik ada benda nak bagitahu ni. Adik harap abang dengan kakak izinkan ya?" kata aku memulakan perbincang kami pada malam ini.

"Apa itu adik? Sedih ke gembira?" soal Kak Syairah.

"Berita gembira. Adik sudah dapat kerja. Abang dengan kakak izin kan adik kerja boleh?" kata aku dengan takut-takut.

"Ehh apa pula tak izin kan. Abang izinkan. Tapi adik kena sentiasa bagitahu abang dengan kakak kalau ada apa-apa perkara yang berlaku," kata Abang Eidlan sambil memandang  ke arah Kak Syairah.

"Betul tu. By the way adik dapat kerja dekat mana?" soal Kak Syairah.

"Adik dapat kerja sebagai PA  pengasas dekat Gallery Art. Dekat dengan farmasi kawasan De'lante. Adik happy sangat-sangat bila dapat. Tapi adik sedih. Sebab tak boleh bagitahu mama dengan papa," kata aku sambil menunduk. Air mata yang bergenang aku kesat perlahan.

"Adik. Adik jangan sedih. Abang dengan kakak kan ada untuk adik. Adik tak payah risau. Nanti abang bagitahu mereka. Kalau adik yang bagitahu nanti adik kena macam-macam lagi,"

"Abang tak suka mereka hina, maki adik. Abang tak suka dengan benda tu. Kalau nak hina dan maki boleh tapi bukan adik abang yang seorang ni," kata Abang Eidlan memujuk aku supaya tidak bersedih lagi. Aku tahu air mata aku hanya sia-sia kerana...

Air mata aku tidak akan pernah berharga di hadapan mereka. 

Aku rasa sakit tapi aku kena kuat.

Sebab...

Orang comel mesti kuat.

"Abang ni. Janganlah buat adik terharu. Abang buat adik rasa nak nangis," kata aku sambil membuat muka cemberut.

"Amboi muncung sangat tu. Awak jaga-jagalah. Singa sudah datang," kata Kak Syairah.

"Awak. Tolong jangan takutkan saya ye sayang. Saya ni takut dengan cubitan dia. Karang keluar taringnya. Saya yang kena," gurau Abang Eidlan.

"Awak ni. Tambah muncunglah adik awak ni," kata kak Syairah sambil menggelengkan kepalanya.

"Sebelum kakak terlupa. Kakak ada nak bagitahu adik juga ni. Akak harap adik pun boleh terima apa akak nak sampaikan ni," kata Kak Syairah dengan serious.

"Apa benda tu kak?" soal aku dengan kerutan di dahi. Aku ingat aku saja yang ingin menyampaikan sesuatu. Aku lupa jika mereka pun ada benda nak di beritahu kepada aku.

"Kakak..." Kak Syairah sengaja membiarkan ayatnya tidak di sambung.

"Kakak tak luculah macam ni. Adik takut pula nak dengar. Kalau benda tak baik. Tak apalah adik tak nak dengar," kata aku sambil menunduk.

"Kakak mengandung dua bulan," kata Kak Syairah sambil tersenyum riang. Manakala aku terkaku.

Adakah aku sedang bermimpi tika ini?

"Kakak. Tak baik tau menipu. Nanti dosa," kata aku sambil mencerlung melihat mereka berdua.

"Ada nampak akak tengah main-main ke adik?" soal Kak Syairah. Abang Eidlan hanya tersenyum melihat isteri dan adiknya ini berborak.

"Wah... Tahniah akak. Adik gembira sangat-sangat. Kakak lepas ni jangan buat kerja rumah tau. Biar adik yang buat. Kalau akak perlukan bantuan apa-apa selepas ini. Bagitahulah adik," kata aku dengan teruja. 

Yeay. Aku akan ada anak buah.

"Teruja sangat tu adik. Adik kahwin lah. Boleh bagi abang anak buah juga. Cari calon cepat-cepat tau. Abang akan jadi wali untuk adik," kata Abang Eidlan membuatkan aku terkejut.

"Abang. Tak nak lah. Adik nak kerja dulu. Bagi banyak duit dulu. Tak nak kahwin awal-awal," kata aku dengan nada risau. Aku nak cari calon dekat mana?

"Alah lepas kahwin pun boleh kerja juga. Tak payah risau. Semua tu boleh je buat," kata Kak Syairah. Memang jodohlah. Dua-dua sekepala. Ni kalau aku lari rumah. Mahu menangis mereka.

"Tak nak lah. Adik bagi kak Syairah bersalin dulu baru adik fikir tentang semua ni. Abang dengan kakak tak payah risau. Kalau ada jodoh tak akan ke mana juga." kata aku bagi menutup topik ini terus di bincangkan.

Aku bersyukur sangat pada hari ini. Aku di bagi perkara yang aku inginkan dan aku selalu pohon dapat pada hari yang sama. Aku harap semua ini berlaku di sebabkan adanya redha Allah.

Jangan terlalu leka dengan dunia juga. Kerana semua ini tak akan kekal sampai bila-bila.

Bila-bila masa sahaja kita boleh kembali kepada Allah semula.

Buatlah perintah Allah selagi kita masih hidup. Jangan terlalu fikirkan hal dunia sampai kita lupa Allah adalah segalanya.

Indeed, Allah loves those who rely upon Him. (Ali 'Imran [3] : 159)

Aku selalu ingatkan diri aku untuk letakkanlah Allah yang pertama dari segalanya. 

Kerana semua perkara datangnya dari Allah.

Keesokkan hari nya aku sudah tekad untuk menghantar borang peribadi yang di beri kelmarin pada hari ini juga.

Aku sungguh tidak sabar untuk memulakan rutin baharu aku selepas ini.

Sampai sahaja aku di hadapan Gallery Art itu. Aku melangkah dengan Bismillah sebelum memasuki ke dalam pejabat Puan Azalea.

"Assalamualaikum Puan," sapa aku kepada Puan Azalea.

"Waalaikumussalam. Ya saya," sahut Puan Azalea.

"Puan maaf jika saya mengganggu Puan. Saya datang nak hantar borang," kata aku sambil tersenyum manis.

"Ehh tak ada apalah sangat. Tak ganggu pun. Duduklah dulu," kata Puan Azalea membalas senyuman aku.

"Sebelum saya tengok resume awak. Saya nak awak perkenalkan diri awak sendiri kepada saya terlebih dahulu," kata Puan Azalea dengan muka yang serious.

"Nama saya Sofiah Nashwa Binti Kamarul Ariffin. Saya berumur dua puluh dua tahun. Saya ada lima adik beradik. Saya anak ke empat. Saya tinggal dengan abang dan kakak ipar saya di Jalan Pelamping," Aku memperkenalkan diri aku dengan secara ringkas. Perasaan aku tika ini sungguh gementar.

Takut juga ada. Muka Puan Azalea nampak sangat orang yang sangat seperti orang yang tegas.

"Baik. Nanti saya akan check semula maklumat peribadi awak. Hari ini awak rehat dahulu. Esok saya nak awak datang kerja pada jam sembilan setengah pagi. And saya nak bawa awak pergi cafe anak saya boleh?" kata Puan Azalea. Aku terfikir sebentar. Adakah sungguh baik aku di depan mata Puan Azalea ini sampai dia percaya aku.

"Err... Saya segan lah Puan," kata aku sambil menggaru kepala aku yang tidak gatal ini.

"Tak payahlah segan-segan. Lagi pun saya tak sempat sarapan tadi. Sudah alang-alang awak ada dekat sini saya ajaklah. Jangan risau saya tak makan oranglah," kata Puan Azalea. Sempat lagi berloyar buruk dengan aku.

"Baiklah Puan. Saya ikut saja." Ujar aku sambil tersenyum kepadanya.





Takdir Cinta Kita | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang