Aku memandang ke arah Afif yang sedang berada dalam dunianya.
"Afif. Lama lagi ke pengurus tu nak datang. Saya rasa nak dekat sejam lebih kita tunggu tak sampai-sampai lagi," aku bersuara untuk memecahkan keheningan antara kami.
Aku sudah mula rasa mengantuk. Tak ada kerja aku nak buat. Lagi satu aku tak selesa bila lama sangat duduk berdua-duaan dengan Afif.
"Saya taktahu. Saya rasa dia nak jumpa kita dekat luar agaknya. Awak lapar ke?" katanya lalu menyimpan telefonya di atas meja.
"Tak. Saya dah makan tadi tengah hari. Sekarang ni saya tak tahu nak buat apa," jawab aku.
"Dia tak ada balas lagi chat saya. Sementara itu baik awak ikut saya pergi ronda-ronda dekat taman depan tu. Ke awak nak tunggu dekat sini je?" soal Afif.
"Saya ikutlah kalau macam tu. Kejap saya nak kemas dulu barang-barang saya tau." aku memberi kata putus. Aku tidak boleh berterusan berada dalam bilik meeting ini. Nanti aku terlelap.
Setelah sampai sahaja kami di taman ini. Banyak jenis ragam budak-budak yang berada di sini. Aku teringat zaman aku kanak-kanak dulu. Aku tak pernah rasa seperti di situasi sekarang.
Bahagianya bila kita ada keluarga yang saling memahami. Bila teringat dapatkah aku pergi ke masa lalu untuk dapat merasa semua ini.
Aku juga ingin merasa kasih sayang daripada ibu bapa sendiri. Walaupun aku tahu keinginan aku mungkin tak akan pernah terjadi.
Aku membuat keputusan untuk duduk di kawasan yang berdekatan dengan tasik.
Alangkah bahagianya aku bila dapat kasih sayang yang cukup. Tapi bila aku akan merasakan semua itu.
Untuk bahagia jauh sekali. Sedangkan ibu kandung sendiri pun melontarkan kata-kata yang perit yang penuh dengan hinaan dan cacian. Apalagi orang lain. Memang aku mungkin di takdirkan untuk tidak akan pernah merasa bahagia. Cukup hanya buat aku rasa hidup di dunia ini menyakitkan.
Tanpa aku sedar ada mata yang sedang merenung aku.
"Sofiah. Awak ada masalah ke?" soal Afif. Aku menghadiahkannya senyuman palsu.
"Tak adalah. Saya okey je. Mungkin penat sikit. Biasalah hari pertama kerja. Tak terbiasa lagi buat kerja banyak," jawab aku untuk menutup segala spekulasi yang boleh di buat olehnya.
"Saya tahu awak ada masalah. Kalau awak ada masalah awak boleh bagitahu saya," kata Afif memujuk aku.
"Saya sebak bila tengok budak-budak yang ada dekat sini. Andai kata saya boleh jadi kanak-kanak kecil semula saya nak semua tu," kata aku tanpa perasaan.
"Awak kena tahu satu benda tau Sofiah. Kadang-kadang memang kita nak benda tu kembali. Tapi awak kena ingat apa masalah sekali pun jangan pernah pandang ke belakang. Lihatlah kehadapan. Mungkin banyak benda yang sedang menanti awak. Cuma Allah bagi sesuatu itu lambat atau cepat sahaja.
Awak jangan pernah putus asa untuk buat sesuatu. Awak kena yakin yang Allah sudah susun takdir hidup kita sebaik-baiknya. Terima apa yang telah buat awak sakit. Jangan pernah pandang ke belakang. Sebab itulah yang akan membuat awak tidak akan pernah keluar dari situasi yang pernah buat awak sakit," kata Afif menasihati aku.
"Tapi kadang kala saya rasa saya yang menyusahkan orang lain. Layak ke saya untuk merasa bahagia Afif? Sedangkan saya yang menyusahkan orang lain," ringan sahaja mulut aku untuk berkata. Barangkali aku sudah mulai rasa selesa dengannya.
"Semua orang layak untuk bahagia Sofiah. Awak tak boleh kata macam tu. Awak tak pernah menyusahkan orang lain. Mungkin awak rasa macam tu di sebabkan awak rasa awak selalu bergantung dengan orang kan?" kata Afif membuatkan aku ingin mengalirkan air mata. Tapi aku tahan.
Aku taknak orang lain melihat air mata aku. Sebab air mata aku mahal.
"Memang itu kenyataan yang benar Afif. Saya selalu bergantung dekat orang supaya saya rasa bahagia," kata aku sambil menunduk.
"Cari Allah Sofiah. Saya jamin awak boleh jumpa kebahagian awak. Kadang memang hidip perlu juga bergantung kepada orang Sofiah. Awak jangan simpan perasaan sedih awak sendiri. Nanti hati awak mati. Dan itu yang membuatkan awak rasa awak tak layak untuk hidup. Awak akan rasa awak tak layak untuk bahagia. Sedangkan kebahagian datangnya semua dari Allah,"
"Cari Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Awak akan rasa nikmat kehidupan yang sebenarnya," sambungnya. Sesungguhnya aku rasa aku terlalu mendambakan kasih sayang manusia. Sedangkan kasih sayang yang sebenarnya datangnya dari Allah.
"Awak tak payah risau. Selagi awak hidup, awak juga akan rasa bahagia. Cuma awak kena sabar. Itu kunci yang sebenar. Awak kena sabar, tawakkal dan serahkan kepada Allah untuk menentukan takdir hidup awak. Dan terima takdir yang Allah dah susun untuk kita." kata Afif lalu meninggalkan aku bersendirian. Mungkin ingin memberi aku masa untuk bersendirian.
Aku meraup muka aku sambil melepaskan keluhan yang berat.
Bila aku sudah rasa sedikit tenang. Aku kembali mencari kelibat Afif.
"Afif. Terima kasih tau sebab nasihat saya. Apapun awak ada dapat info daripada pihak sana tentang meeting kita?" soal aku sambil tersenyum kelat.
"Sama-sama. Saya dah dapat info. Diaorang kata hari ini tak jadi meeting sebab ada beberapa perkara yang mereka tak boleh nak elak. Awak ikut saya baliklah. Dah jam enam ni. Awak dinner dekat rumah saya," kata Afif.
"Tak apalah Afif. Saya nak kena jaga kakak ipar saya dekat rumah. Awak baliklah. Lain kali je," kata aku menolak pelawaannya.
"Okeylah kalau macam tu. Awak balik naik apa?" soal Afif.
"Saya naik bas je. Awak tak payah risau saya dah biasa naik bas. Awak balik lah. Nanti Puan Azalea cari awak pula," kata aku sambil tersenyum.
"Taknak naik sekali?" soalnya kembali.
"Tak apalah Syed Afif. Saya balik sendiri je. Awak pergilah balik tak payah risaukan saya." kata aku menghalaunya. Kalau tidak di halau mahunya sampai ke esok masih tercegat dekat sini.
Lalu aku pun mengorak langkah pergi ke office semula mengambil barang lalu menunggu bas untuk mengambil aku.
Tapi hampa. Tiada satu bas pun lalu di kawasan ini.
Nak taknak aku harus balik jalan kaki. Tak ada solusi yang lain. Nak order grab telefon pula sudah mati.
Kesudahannya aku jalan kaki sahaja. Nasib tidaklah jauh mana rumah dengan tenpat aku kerja ini.
Tiba-tiba hujan mula membasahi bumi. Allahuakhbar!
Sungguh tidak bernasib baik aku pada hari ini. Aku reda sahaja hujan ini. Asalkan sampai ke rumah. Walaupun langkah aku terbatas kerana aku memakai baju kurung. Nak berlari baju terasa sungguh berat pula. Aku menuruskan perjalanan aku.
Aku tersenyum apabila melihat ada sebuah bus stop. Bolehlah aku berteduh sebentar. Sambil menunggu hujan redah.
Apabila hujan sudah redah. Dengan pantas aku berlari untuk pulang ke rumah.
Tidak aku kisah tentang badan aku yang sudah basah ini. Rasa menyesal tolak pelawaan Afif tadi. Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur.
Ni kalau aku sakit memang tak dapat nak turun kerja esok. Apalah nasib hidup kau Sofiah.
Harapnya aku tak sakit.
Balik ini aku harus mandi dan basahkan kepala.
YOU ARE READING
Takdir Cinta Kita | OG
Roman d'amour{ slow update } Perempuan ini adalah perempuan yang mungkin tidak akan pernah rasa bahagia walaupun sedetik. "Terima kasih sebab bantu saya dari... " - Sofiah Nashwa. "Aku tahu. Aku kan lelaki idaman kau," - Syed Emiir Adam . Adakah dia bahagia bil...