Di pagi hari yang cerah. Seorang Sofiah bahagia bila dia masih di beri peluang untuk melihat muka bumi ini. Jika tidak mungkin dia ada di alam sana. Tetapi dia sangat bersyukur di berikan peluang untuk hidup lagi.
Sofiah bukanlah wanita yang di kejar oleh banyak lelaki, dan dia juga bukan perempuan yang layak di dekati oleh sesiapa pun. Kehidupannya begitu sepi. Begitu suram. Dan dialah manusia yang tidak pernah akan merasa apa itu kasih sayang.
Tetapi hidup harus di teruskan bagi melanjutkan kehidupan untuk menjumpai garis penamat yang membawa kepada kebahagiaan.
Dia yakin Allah tak akan uji hambanya melebihi apa yang tidak termampu.
Dia juga ingin merasa bahagia. Tapi mungkin tidak akan pernah berlaku dalam hidup seorang Sofiah Nashwa.
Seorang Sofiah membesar tanpa rasa bahagia. Kadang dia turut terfikir, adakah sinar kehidupan yang bahagia buatnya?
"Woi," tersentak aku mendengar jerkahan itu. Hilang segala khayalan yang sungguh perit untuk di terima.
"Kau ni. Jangan susahkan aku boleh tak?" kata Puan Dayana Afiina lalu di tarik rambut aku dengan kasar sehingga luar bilik. Itulah mama aku. Yang takkan pernah anggap aku sebagai anaknya.
"Arghhh. Mama sakit. Tolong jangan buat Nashwa macam ni mama," aku merintis kesakitan. Sakit sangat bukan hanya pada kulit kepala tetapi hati aku juga rasa seperti di siat-siat.
"Tahu pulak kau sakit. Kerja rumah kau tak buat. Suka hati je kau goyang kaki dekat bilik kau yang kotor tu sama macam diri kau yang hodoh, kotor dan berbau," ujarnya dengan hinaan yang hari-hari aku hadap dan dengar.
"Iya mama. Nanti Nashwa buat. Jangan buat Nashwa macam ni. Sakit mama," rayu aku kepada Puan Dayana.
"Kau ni memang dari dulu tak pernah tak susahkan aku. Sumpah aku menyesal lahirkan kau," katanya dengan nada yang sangat marah.
"Mama. Stop it. Sampai bila mama nak seksa adik Ed ma. Kalau mama tak sayang biar Ed jaga dia. Kami tak akan duduk sini lagi," tersentak aku apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut abang aku yang tak pernah nak bela aku selama ini.
Sepanjang aku hidup tak pernah aku mendengar mana-mana adik beradik aku yang lain membela aku.
"Abang Eidlan. Jangan tinggi suara dekat mama. Nashwa taknak abang marah mama sebab Nashwa," kata aku sambil menangis teresak-esak.
"Tolong bagi aku peluang untuk kau rasa bahagia ada keluarga Nashwa. Aku tak sanggup kau asyik kena dera dengan mama," kata Eidlan sambil menunjuk tangannya ke arah Puan Dayana.
"Kau dah melampau ni perempuan. Sampai anak aku bela kau berbanding dia sokong aku dera kau sampai kau mati," kata Puan Dayana sambil memukul tubah badan aku. Lalu Eidlan menarik tubuh badan aku dari genggaman Puan Dayana yang sedang menarik rambut aku.
"Mama. It's too much. Kalau mama betul-betul tak sayang dia, lepaskan dia ikut Eidlan pergi rumah Eidlan. Cukuplah mama seksa dia selama ni. Sakit hati Eidlan bila mama buat anak mama yang tak pernah bantah cakap mama. Tak pernah lawan kata mama. Mama pukul dia tanpa rasa belas kesian sikit pun," katanya buat air mata aku tak henti keluar. Ujian apa lagi kali ini. Aku sudah penat.
"Sudahlah mama. Eidlan pun penat. Kalau mama letih nak buat kerja rumah nanti Eidlan cari pembantu rumah seramai tiga orang. Jangan mama buat dia sebagai orang gaji lagi. Cukup mama." Sambungnya lagi lalu menarik tangan aku untuk masuk ke dalam bilik dan dia menyuruh aku mengemas semua baju ke dalam beg.
"Eidlan keluar dulu. Mama jaga diri dan tolonglah berubah mama. Hidup kita ini bukan lama. Bertaubatlah selagi masih bernyawa." Kata Eidlan lalu memimpin tangan aku untuk keluar dari kediaman itu dan menuju ke keretanya.
"Sudah lah. Jangan nangis lagi. Abang sudah penat tengok adik abang nangis tiap hari," kata Eidlan lalu mengosok kepala aku. Lalu terbitnya senyuman dari bibir cantik aku untuk membalas senyumannya.
"Sofiah Nashwa yang abang kenal tak pernah lemah. Dia selalu caria. Dia selalu murah dengan senyuman manisnya. Nanti duduk rumah abang buat macam rumah sendiri tau. Kak Syairah okey je kalau adik tinggal dengan kitaorang," kata Eidlan. Syairah tu adalah isterinya. Sudah dua tahun mereka mendirikan rumah tangga walaupun mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata mereka yang pertama tetapi mereka redha sebab setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Yang penting jangan pernah berhenti untuk selalu doa. Aku turut doakan buat mereka. Semoga mereka selalu di berkati oleh Allah.
"Iya abang. Sudah lah tu fokus dulu memandu jangan asyik bercakap je mulut tu. Nanti sampai rumah abang nak bebel pun bebel lah." kata aku lalu tersenyum.
Rasa bahagia. Walaupun aku tidak yakin sampai bila semua ini bertahan.
YOU ARE READING
Takdir Cinta Kita | OG
Romansa{ slow update } Perempuan ini adalah perempuan yang mungkin tidak akan pernah rasa bahagia walaupun sedetik. "Terima kasih sebab bantu saya dari... " - Sofiah Nashwa. "Aku tahu. Aku kan lelaki idaman kau," - Syed Emiir Adam . Adakah dia bahagia bil...