Jejak sahaja kaki aku ke dalam cafe ini membuatkan aku sedikit teruja melihat cafe ini. Terlalu elegant. Aku rasa seperti berada di tempat yang sangat penuh dengan kilauan permata. Dari segi warna dan barangan yang ada di cafe ini sungguh tampak menarik. Rasa nak tidur dekat dalam cafe ini pun ada.
Aku harap aku boleh kembali ke sini nanti bila aku sudah ada teman sehidup semati aku. In Shaa Allah.
"Nashwa. Sinilah duduk. Saya nak pergi toilet sekejap. Awak tolong jaga bag saya boleh?" panggil Puan Azalea.
"Ehh... Boleh sahaja Puan. Maaf saya teruja sedikit tadi," kata aku sambil menunduk.
"Apa pula awak ni. Tak ada apa-apalah. Saya okey sahaja. Jangan segan-segan ya. Awak order sahaja apa awak nak. Nanti saya yang akan bayar." kata Puan Azalea. Seraya itu meninggalkan aku berseorangan di meja itu.
Aku berasa amat janggal bila berada di tempat mewah seperti ini. Bukan tidak pernah pergi tapi tempat ini terlalu moden. Aku rasa seperti tak layak. Bagi orang yang sederhana macam aku datang ke sini.
"Maaf saya lambat sedikit. Boleh pula perut saya meragam tadi. Kenapa awak tak order lagi?" kata Puan Azalea setelah kembali ke meja kami semula.
"Saya tak tahu nak order apa Puan. Saya tak biasa datang ke tempat macam ni," jujur aku berkata.
"Tak apalah. Saya orderkan awak ya. Tapi awak okey ke apa sahaja makanan?" soal Puan Azalea sambil membelek menu yang ada.
"Saya okey sahaja. Puan pilihkan saya boleh?" rasa serba salah aku mula menerjah diri aku. Sepatutnya aku yang pilihkan. Ini tidak. Orang lain yang pilihkan.
Adakah aku sedang menyusahkan orang kain tika ini?
Semoga Allah balas baik budi Puan Azalea.
"Boleh sahaja. Awak tak menyusahkan saya pun. Jangan risau ya." kata Puan Azalea lalu memesan dua makanan.
Sedang kamu menjamu selera. Ada satu suara yang menyapa gegendang telinga kami berdua. Suara itu membuatkan aku menoleh melihat ke arahnya.
"Assalamualaikum ummi. Kenapa ummi datang tak bagitahu Faz. Faz boleh bagi ummi duduk dekat bilik Faz," kata Fazlea. Lalu menghulurkan tangannya untuk menyalam tangan Puan Azalea.
"Waalaikumussalam tak apalah. Lagipun ummi datang dengan PA ummi ni. Kamu tak payah risaulah. Ummi okey sahaja," kata Puan Azalea lalu menyambut salam anaknya.
"Ohh... Ini ke PA yang ummi cerita dekat kami tu?" soal Fazlea. Aku menyalamnya. Lalu dia memeluk aku dengan erat seperti sudah kenal lama.
"Iya. Dia lah ni," kata Puan Azalea membalas pertanyaan anaknya.
"Cantiknya ya Allah. Manis senyuman dia ummi. Nama awak siapa?" soal Fazlea kepada aku. Nampak sungguh ramah anak Puan Azalea ini.
"Nama saya Sofiah Nashwa kak," jawab aku.
"Nama pun cantik seindah mukanya juga," kata Fazlea dengan teruja.
"Mana adalah kak. Saya biasa-biasa sahaja," kata aku sambil tersenyum.
"Pandaikan ummi pilih. Ni Faz datang dengan siapa?" soal Puan Azalea kepada anaknya.
"Faz datang dengan Opah. Suami Faz yang hantar," jawab Fazlea. Sudah kahwin rupanya. Rupa macam sebaya aku.
"Kenapa tak bagitahu ummi Opah ada datang sini?" soal Puan Azalea.
"Mak yang tak bagi dia baeritahu kamu. Kamu ni risau sangat Aza. Mak okey sahaja," kata Mak Puan Azalea.
"Aza bukan apa. Aza risaulah mak. Mak datang sini tak bagitahu pun. Ni mak datang sini dengan siapa? Jangan kata mak drive sendiri," soal Puan Azalea. Aku hanya memerhati sahaja mereka berborak. Aku seakan pernah melihat muka nenek ini. Tapi aku tidak pasti di mana.
"Kamu ni. Mak nak drive macam mana kalau mata mak sudah kabur. Mak suruh Emiir ambil mak," terang Mak Puan Azalea lagi.
"Ni siapa Aza?" soal Mak Puan Azalea.
"Ni pekerja Aza. Kenalkan nama dia Sofiah Nashwa. Dan ini mak saya, Puan Mariam," kata Puan Azalea kepada aku dengan Puan Mariam.
"Ohh... Ayu nya. Kamu okey ke? Diam je," soal Puan Mariam. Dia tersenyum melihat perempuan di hadapannya kini.
"Ehh... Okey je Puan. Saya segan," jawab aku tanpa berdalih lagi. Sungguh kekok suasana tika ini.
"Janganlah panggil Puan. Panggil Opah je," kata Puan Mariam. Ya Allah kenapalah mereka terlalu baik dengan aku.
"Baik Opah. Saya minta maaf kalau saya diam je. Saya tak tahu nak borak tentang apa," kata aku sambil tersenyum janggal.
"Kau tak pandai nak buat kerja ke? Kalau pekerja tu buat cara pekerja. Lain kali jalan tu tengok-tengoklah. Mata kau letak dekat kaki ke?" teriak salah seorang pelanggan yang ada. Aku kenal ini suara siapa.
"Maafkan kami. Pekerja saya tidak sengaja. Jika Puan nak kami ganti semua makanan ni, kami boleh ganti," kata Fazlea kepada pelanggan itu. Pekerja yang tadi di marahi hanya diam sahaja.
"Kau ingat kau boleh pujuk aku dengan gantikan makanan baru ke? Lain kali ajar sikit pekerja tu buat kerja baik-baik. Ini tidak. Rasanya sudah buta agaknya," sindir pelanggan itu.
Pantas aku berdiri untuk meleraikan segala perbalahan tadi.
"Mama. Jangan buat malu diri mama sendiri. Mama sendiri yang buat makanan tu jatuh. Sofiah nampaklah mama buat apa-" terpotong kata-kata aku tadi oleh kerana tangan yang hinggap di pipi aku.
"Kau jangan nak ajar aku anak buangan. Aku dengan hidup aku. Kau dengan hidup kau. Acah-acah nak redakan semua ni tapi tak ingat apa yang kau buat. Kau pembunuh. Sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau lah. Jijik," kata Puan Dayana. Ya Allah. Ujian apa lagi kali ini.
"Mama. Tolong jangan mulakan dekat sini. Mama kita keluar dulu. Mama nak hina. nak tuduh macam-macam dekat luar. Tak baik orang lain dengar," kata aku sambil memaksa tangannya keluar dari cafe ini.
"Kau ni tak habis-habis lagi menyusahkan aku tahu tak. Kenapalah aku nampak batang hidung kau lagi. Kalau kau ni kecil lagi senang aku nak buang dalam tong sampah," kata Puan Dayana. aku memejamkan mata aku. Sakit dan perit untuk menerima ayat yang keluar dari mulut tua itu.
"Mama. Tak kisahlah apa sekali pun. Sofiah janji. Sofiah tak akan tunjukkan muka Sofiah lagi lepas ni. Tapi tolong jangan malukan diri mama sendiri di khalayak ramai. Mama buat macam tu mama tak dapat apa-apa pun. Tolong berubahlah mama," kata aku berbaur nasihat. Aku tidak mahu mama aku malu.
"Kau ni dari dulu asyik nak nasihat aku. Kau rasa kau tu baik sangat ke? Aku benci kau sumpah." kata Puan Dayana. Seraya itu menolak aku hingga aku terjatuh di atas lantai itu dan meninggalkan aku bersendirian di sana. Ya Allah sumpah sakit. Air mata yang mengalir tidak dapat aku hentikan. Sungguh sakit. Aku beralih sedikit ke arah dinding berdekatan tempat aku di tolak.
Kenapa harus di saat aku sudah jumpa kebahagiaan aku. Aku di uji sebegini semula.
Ya Allah kau jadikan lah aku orang yang sentiasa redha dengan ujian mu ya Allah.
Tiba-tiba satu suara garau menyapa gegendang telinga aku. Membuat aku aku menoleh ke arahnya.
YOU ARE READING
Takdir Cinta Kita | OG
Romance{ slow update } Perempuan ini adalah perempuan yang mungkin tidak akan pernah rasa bahagia walaupun sedetik. "Terima kasih sebab bantu saya dari... " - Sofiah Nashwa. "Aku tahu. Aku kan lelaki idaman kau," - Syed Emiir Adam . Adakah dia bahagia bil...