00 | prologue

905 45 1
                                    


-COLD ROMANCE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🤍  🤍

File yang berteraburan di atas meja dipandang sepi. Dirinya kini langsung tiada tenaga untuk meneruskan kerja-kerja yang berlambak ini. Rambut diraup kebelakang. Seketika, dia menyandarkan tubuh pada kerusinya sebelum mata dipejam rapat. Mindanya perlukan rehat setelah lama digunakan.

"Hyung!!" teriak seseorang membuatkan mulutnya mengeluarkan decitan halus. Lantas mata yang tadi ditutup kini dibuka. Terpaparlah wajah si adik dihadapannya.

"Kalau papa tahu kau tidur waktu kerja, habis kau hyung" ujar si adik. Taehyung hanya merenung adik lelakinya dengan pandangan dingin. Ya. Lelaki ini terlalu dingin sehingga ramai yang takut akannya. Melihat sahaja renungan lelaki itu sudah mampu membuatkan mereka gerun. Namun tidak dapat dinafikan bahawa renungan itu juga mampu mencairkan hati para gadis.

"Kau nak apa?" soal Taehyung dingin. Adiknya dihadapan hanya dipandang dengan pandangan kosong.

"Kau ni selalu layan aku kasar. Betul ke aku ni adik kau hyung? Ke aku ni adik angkat?" soal Kim Taehee dengan pandangan tidak puas hati. Bibirnya dicebik. Dari dahulu lagi Taehyung melayannya begitu. Namun dia tetap sedar bahawa perkara itu bukanlah sebab untuk dia membenci Taehyung.

"Ye, papa kutip kau dekat lorong. Baru tahu ke?". Taehyung menyengetkan kepala sebelum menjungkitkan sebelah keningnya. Tergamam Taehee dibuatnya.

"S-sumpahlah?" soal si adik. Matanya sudah memerah. Tidak padan dengan umur 21. Perangai masih seperti budak 12 tahun.  Taehyung tidak menjawab malah dia mengangguk sekilas bagi menjawab pertanyaan Taehee. 

"Kalau aku tahu kau tipu aku, aku ambik Honda kau" kata Taehee dengan suara mendatar. Taehyung mengangkat bahu seraya menjungkitkan kening. Bukannya dia kesah. Keretanya sudah terlalu banyak. Setakat hilang satu? Dia boleh beli baru lah.

"Papa panggil kau suruh masuk bilik dia". Taehee lantas memberitahu tujuan mengapa dia berjumpa dengan abangnya itu. Tidak mahu berlama-lama dengan Taehyung. Nanti makin banyak pulak dirinya ditipu oleh lelaki itu.

Taehyung mengangguk sekilas sebelum bangun seraya mencapai coatnya yang tergantung. Langkah diatur menuju ke bilik bapanya yang terletak di tingkat atas.

Tiba sahaja di bilik bapanya, pintu diketuk sebelum dibuka. Kakinya melangkah terus ke arah sofa dan diduduk tanpa diarah. Tuan Kim memandang anak sulungnya itu seraya menggeleng kepala berkali-kali. Tidak tahu hendak buat apa dengan perangai keras kepala anaknya itu.

"Kenapa papa nak jumpa Tae?" soal Taehyung. Lengan kemeja putihnya dibetulkan sedikit sementara menunggu bapanya memulakan perbualan.

COLD ROMANCE | KTH ✔️Where stories live. Discover now