-COLD ROMANCE-
✧༺🤍༻∞ ∞༺🤍༻✧
Aku berlari sambil memerhatikan sekeliling. Sunyi. Tiada langsung kelibat manusia di sekitar Sungai Han itu.
Taehyung.. Mana kau pergi..
Telefon yang setia berada dalam genggaman aku sekali sekala aku kerling untuk melihat jam yang terpapar di skrin. Aku turut cuba untuk membuat panggilan pada Taehyung. Namun hampa. Hanya suara moderator perempuan itu sahaja yang menjawab panggilan aku.
Setelah 3 jam aku pusing-pusing di satu kawasan Sungai Han. Aku mengambil keputusan untuk balik. Memang betul sangkaan aku, Taehyung tipu.
Kenapa Taehyung?
Perlu ke kau tipu dan susahkan aku sampai macam ni? Taehyung memang seorang lelaki yang susah untuk difahami.
Mulai hari ni, aku telah pun membuat satu keputusan yang mungkin akan menghuru harakan hidup sendiri. Aku dah nekad.
Surat peletakkan jawatan aku kerling. Ya mungkin dengan cara ini boleh membantu aku untuk melupakan Taehyung.
"Saya tak jumpa Taehyung. Maaf". Hanya itu sahaja yang mampu keluar daripada mulut aku pada saat ini. Suara gelisah Taehee dicorong telefon jelas menunjukkan jejaka itu turut merisaukan abangnya.
Tidak dapat dibendung rasa marah dan benci apabila Taehyung sanggup membuat aku seperti patung walhal aku juga mempunyai perasaan.
•
•
•Taehyung mengurut-urut keningnya. Rasa pening akibat terlalu banyak menelan soju semalam masih lagi terasa. Dia baru sahaja dimarahi oleh Taehee tadi. Semakin bertambah sakit kepala dibuatnya.
"Kau buat lagi perangai macam ni.. I swear i'm going to kill you hyung. Dan aku tak cakap banyak memang aku terus bagitahu papa" ugut Taehee dengan menggunakan bapanya. Sejak kecil mereka adik beradik memang takutkan Tuan Kim sekiranya orang tua itu mengamuk.
"Mengadu je kerja" balas Taehyung. Namun nadanya masih perlahan.
"Hyung, Seoyeon.. tak datang ke hari ni? Aku yang minta tolong dia cari kan kau semalam. Perut aku meragam la semalam hyung. Lepas tu Seoyeon seorang saja yang ada dalam kepala aku masa tu" adu Taehee sambil mengusap usap perutnya. Hampir 2 jam dia memerapkan diri di dalam bilik air akibat perut yang terasa ingin membuang itu.
"Apa jadi semalam hyung? Waktu Seoyeon telefon aku.. suara dia macam baru lepas menangis. Dia jumpa kau ke tak sebenarnya?" soal Taehee lagi. Agak bengang apabila si abang hanya mendiamkan diri daripada tadi. Apa ingat dia invisible ke dekat depan ni?
YOU ARE READING
COLD ROMANCE | KTH ✔️
Fanfic"Taehyung, kenalkan ini Ahn Seo Yeon. Mulai hari ni dia akan jadi secretary baru kamu" "Taehyung tak perlukan secretary pa. Tae lagi selesa buat semua benda sorang-sorang!" ♡ -this feeling. onl...