18 | a painful start

295 30 0
                                    

-COLD ROMANCE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🤍  🤍

Seoyeon mengalihkan kedudukan. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Fikirannya penuh dengan tanda tanya. Tapi satu pun tidak dapat diteka. Taehyung betul-betul buat dia tidak tentu arah.

"Haish" keluh Seoyeon entah kali yang ke berapa. Akhirnya gadis ini mengambil keputusan untuk duduk dan bersandar di kepala katil sambil merenung kaki yang berada di bawah selimut.

Kotak fikirannya kini menerawang ke kejadian di mana Taehyung menghantarnya pulang.

Flashback..

"Terima kasih—" terdiam Seoyeon apabila Taehyung keluar menonong tanpa menunggunya. Kenapa lelaki itu keluar dari kereta?

Tanpa berlengah Seoyeon turut keluar. Dilihat Taehyung sudah bersandar pada kereta sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Encik Kim nak cakap apa-apa ke dengan saya?" soal Seoyeon. Taehyung diam tidak menjawab. Malah tatapannya hanya singgah di wajah mulus Seoyeon tanpa berniat untuk mengalihkan pandangan. Biarlah gadis itu nak anggap dia angau sekali pun.

"Kalau Encik Kim nak bagitahu saya tentang perkara tadi.. bagitahulah" ujar Seoyeon lagi. Taehyung menarik nafas panjang. Diatur langkah setapak ke hadapan. Tangan kini diubah posisi dan diselukkan ke dalam poket seluar.

"Aku takkan beritahu tentang tu dekat sini. Tapi.. aku nak, malam ni kau jangan tidur dan fikirkan apa yang aku nak cakapkan dekat kau tadi". Taehyung tersengih apabila mendapati riak wajah Seoyeon yang berubah apabila diarahkan supaya jangan tidur.

"Aku bergurau je lah. Jangan lurus sangat. Nanti kau tak tidur, aku pulak yang dipersalahkannya" ujar Taehyung bersama tawa kecil di hujung ayatnya.

"Tapi pasal yang aku suruh kau fikirkan apa yang aku nak cakap tu.. Aku tak bergurau tentang tu". Nada Taehyung kembali sirius. Seoyeon teragak agak sebelum mengangguk perlahan. Taehyung menghadiahkan senyuman sekali lagi sebelum membuat isyarat menggunakan riak wajah supaya Seoyeon masuk ke dalam rumah.

"Encik Kim balik lah dulu"

Taehyung geleng sebelum sekali lagi mengarah Seoyeon masuk ke dalam.

"Ini arahan." potong Taehyung sejurus selepas terlihat Seoyeon yang ingin membuka mulut. Seoyeon mengetap bibir sebelum menunduk hormat dan terus berjalan masuk ke dalam rumahnya.

Tak habis-habis mengugut. Huh.



"Encik Kim" sapaan seseorang membuatkan aku mendongak ke atas. Siapa pulak masuk bilik aku tanpa ketuk nih. Pandangan aku agak samar kerana baru sahaja bangun daripada tidur.

COLD ROMANCE | KTH ✔️Where stories live. Discover now