03 | secretaries

370 33 1
                                    


-COLD ROMANCE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🤍  🤍

Seoyeon yang fokus menyiapkan kerjanya secara automatik berdiri saat terlihat figura Taehyung yang mendekati mejanya. Taehyung menjeling wajah Seoyeon sekilas dengan jelingan tajam sebelum jari telunjuknya sahaja yang memberi isyarat pada gadis itu untuk masuk ke dalam biliknya.

Laju Seoyeon mencapai buku nota serta pen sebelum berlari masuk ke dalam bilik pejabat Taehyung. Lelaki itu sudah pun melabuhkan punggung di kerusinya.

Panahan mata tajam lelaki itu sudah cukup untuk membuat Seoyeon berasa kecut perut. Mana tidaknya Taehyung masih belum membuka mulut tentang dirinya yang terlewat 20 minit tadi. Habis lahh.

"Kenapa kau nampak takut?" soal Taehyung. Ada nada sinis yang terselit di dalam ayatnya. Seoyeon tidak menjawab malah menundukkan kepalanya kebawah.

"Err.. tak— takde apa-apa"

Seketika, suasana sunyi di antara mereka. Seoyeon sudah pelik mengapa Taehyung tidak menyuruhnya keluar seperti sebelum-sebelum ni. Taehyung pulak sudah bangun seraya berjalan mendekati Seoyeon. 3 butang atas baju kemeja putihnya dibuka satu persatu. Seoyeon mula gugup.

"20 minutes late, huh?" ujar Taehyung. Seoyeon sudah menelan liur. Gadis itu melangkah setapak ke belakang.

"Err m-maaf Encik Kim. Tadi tu.. saya tak sengaja. Saya janji takkan ulang kesalahan yang sama"

Taehyung tersenyum sinis. Anak matanya mula bergerak memerhati segenap inci wajah Seoyeon. Tidak dinafikan gadis ini memang memiliki rupa paras yang cantik dan sempurna.

"Haish apa denda yang aku nak bagi dekat kau eh?" soal Taehyung. Lelaki itu mula mengambil langkah mendekatkan wajahnya pada wajah Seoyeon. Seoyeon yang sudah terlalu cemas rasa seperti hendak lesap dari sini sekarang jugak.

Mulut Taehyung kini betul-betul berada di sebelah telinga Seoyeon membuatkan gadis itu menelan liur kesat. Dadanya berombak kencang. Lebih-lebih lagi apabila aroma Bleu De Chanel yang dipakai Taehyung menusuk ke hidungnya.

"Taehyung—". Suara Taehee menghentikan perbuatan Taehyung. Automatik jejaka itu menjarakkan dirinya dengan Seoyeon. Wajah si adik sudah ditenung dengan geram. Wajah Taehee yang kelihatan terkejut dengan suasana yang kekok secara tiba-tiba bertukar teruja tatkala terpandang figura Seoyeon disebelah Taehyung.

"Eh Seoyeon kan? I'm Taehee. Nice to meet you pretty" sapa Taehee. Tidak lupa juga, dia turut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Seoyeon. Tetapi Taehyung pula yang menyambut hulurannya seraya tersenyum.

COLD ROMANCE | KTH ✔️Where stories live. Discover now