30 | the point : love language

289 20 0
                                    

-COLD ROMANCE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🤍  🤍

Setahun kemudian,,

Kehilangan Taehee masih merentap jiwa seorang Kim Taehyung. Namun percaya atau tidak, sudah berbagai cara yang Ahn Seo Yeon lakukan untuk mengembalikan semangat lelaki ini yang sudah dikategorikan mati.

Siapa sahaja yang mampu menerima kehilangan ahli keluarga yang terlalu rapat dengan kita? Tuan Kim turut bersedih atas kehilangan anak bongsunya. Namun tidaklah sesedih Taehyung. Malah lelaki tua itu juga buntu untuk mengembalikan Taehyung yang dulu. Seteruk mana dinginnya Taehyung dahulu, kini lelaki itu tidak ubah seperti mayat hidup. Lebih teruk.

"Taehyung, awak nak makan apa-apa tak? Kita keluar jalan-jalan ke..?". Seoyeon tidak pernah berputus asa untuk mengembalikan Taehyung. Walaupun dirinya kini kerap kali diabaikan oleh Taehyung, tetapi Seoyeon masih cuba dan cuba. Terasa? Sudah semestinya. Namun situasi yang Taehyung alami lebih teruk. Jadi dia cuba untuk tepis perasaan itu.

"Taehyung .. awak dengar tak..?". Seoyeon bersuara lagi. Barulah Taehyung berpaling memandangnya.

"Kau tanya apa?" soal Taehyung kembali. Dingin sahaja wajah lelaki itu. Kadang kala Seoyeon terfikir, masih wujudkah perasaan cinta lelaki itu padanya? Masih wujudkah perasaan sayang antara mereka berdua?

Dengan layanan Taehyung yang sebegini?

"Saya tanya.. awak nak makan apa-apa ke?"

"Taknak" balas Taehyung ringkas. Namun balasan ringkas itu juga mampu membuatkan sekeping hati Seoyeon berkecai.

Seoyeon mengangguk faham. Ditundukkan sahaja kepala memandang lantai apabila matanya mula terasa hangat.

"Seoyeon?". Dengar sahaja suara garau milik lelaki itu. Pantas Seoyeon memandang ke arah lain lalu menyeka air mata. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum mendapatkan semula wajah lelaki itu.

"Ya?"

"W-what is wrong? Are you crying?" soal Taehyung. Dipusingkan satu badannya bagi menghadap Seoyeon.

"Takde lah" nafi Seoyeon walaupun dirinya sudah tidak mampu untuk menahan air mata yang sudah bertakung.

"Hey.. did I.. hurt you?". Taehyung menyoal sambil mengangkat tangan untuk menyeka air mata gadis itu. Namun Taehyung terkedu apabila Seoyeon memilih untuk kebelakang dan menunduk. Dari tindakan gadis itu, tahulah bahawa memang dirinya penyebab Seoyeon menangis.

COLD ROMANCE | KTH ✔️Where stories live. Discover now