12 | jealousy kills

324 35 0
                                    

-COLD ROMANCE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🤍  🤍

"Aku panggil kan? Kenapa tak masuk?" soal Taehyung yang sedang berdiri di tepi pintu biliknya sambil menyeluk kedua tangannya ke dalam poket. Seoyeon yang tersedar dari lamunan kelam kabut mendekati bossnya.

"Ada apa Encik Kim?" soal Seoyeon perlahan. Panahan mata Taehyung menambah gugup dalam hatinya. Buat pertama kali dia rasakan satu perasaan yang sukar diungkap apabila Taehyung merenungnya begini.

"Kau dah makan ke? Kalau belum aku nak ajak kau teman aku lunch. Aku tak sempat nak makan tadi" ujar Taehyung. Seoyeon berfikir sejenak. Dia sudah lunch bersama Yeonjun tadi. Tapi mana mungkin dia boleh menolak pelawaan bossnya seorang ini.

"Err.. sebenarnya saya dah lunch tadi, tapi..."

"Kau lunch dengan siapa?" soal Taehyung. Tonasi suaranya mula berubah.

"Urm.." . Taehyung menyengetkan kepala cuba memandang Seoyeon yang menundukkan kepala itu.

"Dengan aku" suara seseorang menarik perhatian mereka berdua. Kedua-dua mereka menoleh ke arah datangnya suara tersebut.

Yeonjun berjalan mendekati mereka dengan tangan disilangkan ke dada. Taehyung mengerutkan keningnya dan memandang Seoyeon dan Yeonjun silih berganti. Bibirnya terjungkit mempamerkan senyuman sinis.

"Tak cukup mak aku, secretary aku pun kau nak ambik?" soal Taehyung sinis. Yeonjun tersenyum manis.

"Secretary kan? Kau bukannya ada apa-apa hubungan special dengan Seoyeon pun. Jadi suka hati aku lah. Lagipun Uncle takde pun halang aku dekat dengan Seoyeon" ujar Yeonjun. Sengaja ditekankan perkataan 'secretary'.

Senyuman Taehyung mengendur digantikan dengan wajah dinginnya.

"Apa masalah kau Choi Yeonjun?" soal Taehyung dengan suara mendatar. Hatinya terasa dicabar dengan kehadiran semula lelaki bernama Choi Yeonjun ini.

Mendengar suara Taehyung yang mula bergetar, tahulah Seoyeon bahawa bossnya sedang cuba menahan marah. Seoyeon sudah buntu. Apa patut dia lakukan?

"Aku? Bukan kau ke yang bermasalah?" balas Yeonjun masih tidak mahu kalah. Taehyung tergelak tidak percaya.

"Senaraikan sekarang apa masalah yang aku dah buat sampai buatkan kau label aku sebagai orang 'bermasalah'?" soal Taehyung licik. Yeonjun tidak membalas malah masih tersenyum sinis. Matanya dilirikkan ke arah Seoyeon sebagai isyarat pada Taehyung gadis itu masih mendengar segala perbualan mereka.

COLD ROMANCE | KTH ✔️Where stories live. Discover now