-COLD ROMANCE-
✧༺🤍༻∞ ∞༺🤍༻✧
"Keluarga saya pernah terlibat dalam kemalangan yang agak teruk. Saya sorang je yang selamat. Sejak daripada hari tu, saya jadi trauma untuk naik kereta mahupun kenderaan lain. Tapi saya cuba dan sekarang saya dah berjaya atasi trauma tu. Cuma saya masih takut bila orang bawak laju-laju. Trauma saya belum pulih sepenuhnya. Maaf sebab tak bagitahu Encik Kim awal-awal tentang benda ni" ujar Seoyeon panjang lebar.
Gadis itu tersenyum kelat mengingatkan bahawa hari malang itu lah di mana dia kehilangan dua insan yang amat disayanginya.
Taehyung tergamam mendengar cerita gadis di depannya itu. Sungguh dia diserbu perasaan bersalah kerana sudah membuat gadis ini mengingati semula peristiwa pahit itu.
"Tapi, Encik Kim tak perlu pun rasa bersalah.. Sebab, salah saya juga tak bagitahu Encik Kim awal-awal tentang ni" ujar Seoyeon seraya menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
Taehyung masih lagi berdiam diri. Padahal dia sendiri yang tidak mementingkan masalah peribadi pekerjanya. Jadi dia langsung tidak pernah berniat untuk membuat sesi temu bual dengan Seoyeon lebih-lebih lagi gadis ini datang dari pilihan bapanya sendiri.
"Maaf" ucap Taehyung perlahan. Tetapi masih mampu didengari oleh Seoyeon. Mereka berdua kemudian langsung tidak membuka mulut.
"Uhm.. Encik Kim tak panas ke?" Seoyeon bersuara cuba untuk memecahkan kesunyian yang melanda mereka disebabkan Taehyung yang kekal diam daripada tadi.
"Tak pun. Kenapa kau panas ke?" soal Taehyung. Seoyeon menggeleng sekilas.
"Takde lah, cuma pakaian Encik Kim macam terlalu tebal je. Tak rasa panas ke?" soal Seoyeon. Sebenarnya memang kawasan yang mereka duduk itu memang agak panas kerana cahaya matahari yang memancar tepat di kawasan itu.
Seoyeon mengerling sedikit ke arah Taehyung. Getah rambut hitamnya masih elok tersarung di pergelangan tangan lelaki itu. Tiada pilihan lain. Rambut paras bahunya itu digenggam kemudian diangkat tinggi. Maka terselah lah leher jinjang milik gadis itu.
Wajah Taehyung automatik membahang saat matanya tidak lepas dari memandang Seoyeon. Atau lebih tepat sekali lehernya.
Taehyung secara tiba-tiba berdiri membuatkan Seoyeon terkejut dengan tindakan drastik lelaki itu. Belum sempat Seoyeon membuka mulut, Taehyung terlebih dahulu memintas sambil tangan ligat membuka jaket yang tersarung di tubuh.
"Haah lah, dekat sini boleh tahan panas jugak eh" omel Taehyung. Butang kemejanya dibuka satu yang paling atas.
"Panasnya.." gumam Taehyung. Jaket ditangannya dikibas-kibas.
"Encik Kim pakai kemeja dekat dalam?! Mana tak panasnya kalau pakai macam tu? Aduhh" omel Seoyeon. Pening dibuatnya dengan perangai boss sendiri.
"Kau lupa ke aku ni siapa? I'm Kim Taehyung. Bakal pewaris Kim's Holding. Sebab tu la aku kena sentiasa kekalkan reputasi aku. Buatnya kita terserempak dengan Mr.Noah atau rakan sekerja dia nanti. Ha macam mana?" bebel Taehyung. Seoyeon menggeleng kepala melihat perangai Taehyung. Sampai begitu sekali nak jaga reputasi?
"Macam mana apanya Encik Kim... Tak pernah dibuat orang lah pakai kemeja pergi berjogging. Kalau Mr.Noah nampak rasanya Encik Kim dah kena gelak kot". Taehyung memandang Seoyeon tajam. Rasa tercabar pula dia mendengar kata-kata gadis itu.
"Jangan nak pandai-pandai. You know nothing about being professional" balas Taehyung seraya menjeling wajah Seoyeon dengan jelingan tajam.
"Ha yelah Encik Kim. Ni saya ada bawakkan t-shirt. Tukarlah baju tu" ujar Seoyeon sebelum t-shirt putih dikeluarkan dari beg sandang yang memang dibawanya.
"Eh itu bukan t-shirt aku ke?" soal Taehyung. Pelik dibuatnya. Macam mana t-shirtnya ada dengan Seoyeon?
"Ya. Saya sempat capai dari beg Encik Kim tadi sebelum keluar bilik. Nah". Seoyeon menghulur t-shirt putih itu betul-betul di hadapan Taehyung.
"Taknak". Taehyung menggeleng.
"Ikutlah. Kalau taknak kepanasan, dialu-alukan tukar baju tu"
"Ish meh lah sini". Taehyung berdecit geram sebelum mencapai t-shirtnya yang berada dalam genggaman Seoyeon. Seoyeon menyorokkan senyumannya melihat muka cemberut Taehyung. Dirasakan seperti dia berjaya menurunkan ego lelaki itu.
"Are you sure?" soal Taehyung tiba-tiba. Seoyeon berkerut seraya menjungkitkan sebelah keningnya.
"Apa?"
"Kau pasti nak aku tukar depan muka kau ni? Sekarang? Right here?"
"Ish apa Encik Kim ni! Pergi lah tempat lain!" jerit Seoyeon. Muka merahnya ditutup menggunakan kedua belah tangan.
Taehyung tersenyum sinis sebelum bergerak ke belakang pokok untuk menukar bajunya.
•
•
•Seoyeon ralit memerhati Taehyung yang sedang fokus pada pemanduannya. Memang Taehyung ada suruh Seoyeon yang bawa kereta, tapi gadis itu tidak tahu langsung cara untuk bawa kereta. Pergi ke office pun Seoyeon akan mengambil bas atau teksi sahaja.
"Aku tahulah aku hensem. Tak payah pandang aku macam tu" ujar Taehyung. Matanya masih tidak lepas dari memandang jalan.
"Eh? Err.. saya sebenarnya r-rasa macam terlupa sesuatu. Tapi apa ye?" ujar Seoyeon tergagap-gagap. Gadis itu menggaru kepala yang tidak gatal. Taehyung hanya kekalkan muka dinginnya dan mengabaikan Seoyeon.
"Encik Kim!" teriak Seoyeon membuatkan Taehyung menekan emergency break secara tiba-tiba. Lelaki itu kemudian memandang Seoyeon tajam.
"Kau kenapa?!"
"Sorry. Saya cuma nak confirmkan balik. Necktie Encik Kim ada bawa ke? Nanti dekat airport mesti Tuan Kim tunggu. Macam mana kalau dia nampak Encik Kim tak pakai necktie?" soal Seoyeon. Rupanya perkara itulah yang menyebabkan dia rasa seolah-olah ada sesuatu yang kurang.
"Antara semua secretary yang aku pernah ada, kau sorang je yang berani buat masalah macam ni" ujar Taehyung dingin. Bengang pula dibuatnya dengan Seoyeon ini. Dia punya takut tu macam dia pulak yang akan kena marah.
"Masalah? Tapi saya ingatkan Encik Kim. Benda tu dikira masalah ke?" soal Seoyeon lagi. Taehyung sudah memandang gadis itu dengan pandangan tajam.
"Diam sebelum aku cium kau Ahn Seo Yeon. Kau kenal aku macam mana kan?". Serta merta Seoyeon mengetap bibirnya. Gerun pula mendengar ugutan Taehyung. Lelaki itu bukan boleh dibuat main. Dia boleh tahan gila.
"Necktie aku terlupa nak bawak—"
"Hah?! Habis tu macam mana-". Belum sempat Seoyeon menghabiskan percakapannya, Taehyung terlebih dahulu menutup mulut gadis itu menggunakan telapak tangannya yang besar.
"Shut your mouth. Sekali lagi kau bersuara.. lebam bibir kau aku kerjakan. Kau buat lagi benda mengejut macam ni aku takkan teragak-agak nak pecat kau Ahn Seo Yeon. Bingit tahu tak telinga aku dengar suara kau" marah Taehyung. Setelah memastikan Seoyeon betul-betul mendengar katanya, dia melepaskan tangannya dari mulut Seoyeon.
Seoyeon pula tidak cakap apa terus menjauhkan dirinya dari Taehyung. Seram pulak dengan lelaki depannya ini. Tidak ubah seperti seorang pervert! Ni ke boss dia yang dingin dan singa sebelum ni?!
tbc
YOU ARE READING
COLD ROMANCE | KTH ✔️
Fanfic"Taehyung, kenalkan ini Ahn Seo Yeon. Mulai hari ni dia akan jadi secretary baru kamu" "Taehyung tak perlukan secretary pa. Tae lagi selesa buat semua benda sorang-sorang!" ♡ -this feeling. onl...