20 | mistakes

285 29 1
                                    

-COLD ROMANCE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🤍  🤍

My biggest mistakes?

Loving you.



Aku membontoti langkah Yeonjun. Sungguh lelaki ini melayan aku dengan sangat baik. Namun entah mengapa, kepala aku masih teringatkan dia.

"Seoyeon? Kau dengar tak ni?". Aku mengerdipkan mata beberapa kali sebelum memberi sepenuh perhatian pada Yeonjun.

"Ye dengar. Eh tak, sorry. Apa tadi?" soal aku. Aku sendiri tak tahu apa yang aku cuba sampaikan. Yeonjun sudah mula gelakkan aku.

"Aku tanya kau nak makan apa?"

"Oh.. Urm, sama dengan Encik lah. Saya tak kesah mana-mana pun boleh" aku membalas. Yeonjun angguk tanda faham sebelum membuat pesanan.

Kami menikmati sarapan dengan senyap tanpa bersuara. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga sahaja mengisi kesunyian.



Mulut pekerja lain sudah ternganga luas menyaksikan perkara yang berlaku di hadapan mereka ketika ini. Ada yang langsung tidak terkejut kerana sudah tahu perkara itu akan terjadi. Dan ada juga di antara mereka yang membuat muka tidak puas hati melihat kerana mereka rasakan Bit Na terlalu mentah untuk dipasangkan dengan Taehyung.

Ye perkara yang membuatkan mereka semua terkejut adalah Bit Na kini sedang memeluk lengan Taehyung dan berjalan masuk ke pejabat bersama dengan lenggok tubuhnya yang sangat menyakitkan mata.

Taehyung? Wajahnya masih dingin dan tiada rasa untuk memarahi semua pekerjanya supaya teruskan membuat kerja daripada menjaga tepi kain orang. Kenapa? Kerana memang dia mahu semua orang tahu hubungan antaranya dan Bit Na.

"Unnie!" teriak Areum apabila terlihat kelibat Seoyeon yang baru melangkah masuk ke dalam pejabat bersama Yeonjun di sisi.

Yeonjun turut menoleh apabila mendengar suara riuh semua pekerja serta suara nyaring Areum.

"Ye ada apa Areum?" soal Seoyeon. Areum mengambil nafas sebelum memberitahu hal yang ingin dikatakan. Seoyeon membuat riak biasa.

"Biarla diorang bahagia.. Kita siapa nak halang betul tak? Lagipun Encik Kim tu dah terlalu lama menyingle. Bagi lah dia peluang nak rasa ada girlfriend..". Seoyeon tertawa sendiri dengan kata-katanya. Yeonjun dan Areum sudah berpandangan sesama sendiri. Yakin bahawa tawa yang meletus itu bukanlah ikhlas dari hati seorang Ahn Seo Yeon.

COLD ROMANCE | KTH ✔️Where stories live. Discover now