Amanina terpisat-pisat menggosok matanya. Sedar-sedar dia sudah tertidur. Akalnya pantas mendapat idea.
"Nina tak akan mati, ayah." Dengan pantas dia mencapai beberapa keping not RM 50. Dia tidak berfikir panjang, yang pasti nyawanya harus selamat.
Saat dia hendak menguak pintu biliknya yang kecil itu, dia seakan terpaku.
"Kunci?"
Amanina mula menggelabah. Dia berjalan ke hulu dan ke hilir memerah idea untuk keluar dari rumah itu.
Beberapa saat kemudian dia seakan terdengar suara ibu dan kakaknya.
"Kau dah kunci pintu bilik Nina?" Soal Cik Rozi sambil meninjau ninjau ke luar rumah.
"Settle."
"Tapi kan maa. Maa panggil siapa nak bunuh si Nina ni?" Soal Aarisya sambil bercekak pinggang.
"Adalah. Mama mintak tolong kawan tolong carikan."
"Kejap lagi dia sampai lah tu." Sambung Cik Rozi lagi.
Amanina yang mendengar lagi bertambah risau dan gelisah. Dia harus memikirkan cara untuk keluar dari rumah ini. By hook or by crook.
"Aaa fikir Nina.. Fikir." Tiba-tiba satu idea datang menjelma di fikirannya. Pintu yang berada di depan matanya di pandang tajam.
"Satu dua tiga."
"Bukk!"
"Ahh, sakitnya." Kepalanya digosok perlahan.
"Apa tu?!" Kakak dan ibunya yang terkejut akan bunyi itu lantas menuju ke arah bilik Amanina.
"Maa, bunyi apa tu ma?" Soal Aarisya bimbang.
"Mati dah ke budak tu?" Mulut Aarisya mengeluarkan statement yang kurang bijak.
"Ish, apa kau merepek." Tepis Cik Rozi.
Amanina yang mendengar perbualan mereka yang semakin mendekat pantas bersembunyi di dalam almari.
Setelah pintu dikuak, mereka amat terkejut melihat ketiadaan Amanina.
"Mana pula dia lari?!" Marah Cik Rozi bengang.
"Pergi tengok kat dapur. Mama tengok dekat ruang tamu." Dengan pantas langkah Aarisya dilajukan.
Setelah melihat tiada pun bayang-bayang Cik Rozi dan Aarisya, Amanina segerak keluar dari tempat penyembunyiannya.
Dengan laju dia melangkah keluar dari rumah itu. Meninggalkan rumah yang banyak memyimpan segala kenangan dia bersama ayah. Menyimpan kenangan dia disaat dia membesar. Dengan berat hati dia melangkah pergi dari rumah tersebut.
"Nanti Nina datang lagi ayah."
Tanpa sedar ada sepasang mata yang memandang. Mata itu mengekor susuk tubuh Amanina sehingga hilang dari pandangan matanya.
Aarisya yang baru hendak melangkah keluar terkejut melihat susuk tubuh lelaki itu. Dia kah pembunuh upahan yang dimaksudkan cik Rozi?
"Maa ada orang datang." Jerit Aarisya.
Terkocoh kocoh langkah Cik Rozi. Silap-silap boleh jatuh tergolek.
"Mana budak tu?" Soal lelaki itu dengan suara garaunya.
"Dia... Dia dah lari."
"Lari?... "
❤
Mata Amanina tertancap pada pandangan di hadapan matanya ini. Hotel lama yang kelihatan lusuh dan tidak ramai penghuninya. Dia mendongak memandang langit pula. Gelap, mendung.
Tanpa perancangan lanjut, Amanina mengatur langkah masuk ke dalam hotel tersebut. Nama pun hotel lama mesti murah juga bayarannya kan?
Amanina menuju ke kaunter yang berada di ruang tersebut. "Saya nak tempah untuk satu malam."
"300." Ringkas dan tidak ramah sungguh pekerja disitu.
Nama hotel ini pun dia tidak tahu. Yang penting dia ada tempat berteduh satu malam pun jadi lah. Melayang RM 300 nya untuk sewa satu malam. Dah lah bawa duit cukup-cukup.
Sedang dia menaiki lift, kelihatan ada pasangan kekasih yanh sedang berpeluk sakan dan bermesra. Amanina hanya mengendahkan sahaja.
Sampai di biliknya, terus dia masuk dan merebahkan badannya di atas katil."Krukk"
Perutnya menjerit minta diisi. Sejak semalam dia tidak menjamah sebutir nasi pun. Duit pun dah habis. Mata dia yang terpandang akan air mineral lantas menggapainya.
"Boleh lah ni. Buat alas perut." Seusai dia minum, dia kembali memjamkan mata. Mengusir segala kepenatan dan kekecewaan hatinya itu. Semua yang berlaku hanya dalam sekelip mata. Terlalu banyak dan pantas.
"Tuk, tuk."
Amanina tidak mengendahkan ketukan tersebut namun beberapa saat kemudian, ada seorang lelaki yang sedikit berumur datang mendekatinya membuatkan dirinya terkejut.
"Ahh, awak siapa?!"
YOU ARE READING
ONLY
RomanceIn a world full of lies, the only truth is you. "Saya benci awak." - Amanina Filzah. "Don't act like aku ni boyfriend kau. " - Luthfil Haris. Pertemuan antara Luthfil dan Amanina menyelamatkan hidup gadis itu. Pertemuan itu menyebabkan hati diant...