11

3 3 0
                                    

Amanina yang sudah penat berjalan melabuhkan punggung di buaian di taman permainan itu.

Fikirannya jauh melayang mengimbau amaran Qash tadi.

"Dia tu aku punya. Jangan rampas hak orang."

Amanina mengeluh lemah.

"Salah aku juga yang terlalu berharap. Terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Kan sendiri yang kecewa." Amanina mengukir senyuman kecil. Ya, betul dia tak patut berharap pada lelaki sempurna itu. Entah apalah yang dia pikir.

"Nina!" Amanina yang mendengar segera menoleh. Luthfil?

"Kau pergi mana hah? Aku call tak angkat."

"Kau pergi mana? Kan aku cakap habis kerja saja tunggu dekat kedai." Nada suara risau amat jelas keluar dari mulut Luthfil.

"Kenapa awak kisah?" Amanina menahan sebak. Luthfil terdiam.

"Kenapa awak layan saya macam patung. Awak ingat saya tak ada perasaan ke?" Setitis air matanya gugur.

"Awak layan saya baik, kadang-kadang terlalu baik. Awak buat tak kisah tapi kenapa awak kisah."

"Awak kasar tapi awak buat saya rasa selamat dengan awak. Awak jahat buat saya macam ni."

"Saya benci awak Luthfil Haris." Akhirnya terhamburlah  semua perasaan yang tersimpan. Air mata laju mengalir seiring denga esakan gadis itu. Hati Luthfil bagai tercucuk mendengar luahan gadis itu.

Luthfil segera memeluk tubuh gadis itu. Habis badannya dipukul Amanina.

"Saya benci awak." Esakan demi esakan kian kedengaran.

"Shh, aku minta maaf okay." Ucap Luthfil sambil mengusap lembut kepala Amanina.

Setelah keadaan gadis itu semakin reda, Luthfil pun bersuara.

"Dah jom balik." Ajak lelaki itu sambil memandang wajah sembab Amanina.

Amanina hanya menunduk memandang ke bawah. Tangan Amanina cuba ditarik oleh Luthfil namun dengan pantas gadis itu menarik tangannya.

"Saya boleh jalan sendiri."

Dengan itu Amanina berjalan masuk ke dalam perut kereta dan mereka pulang ke rumah.

                                      ❤

Seharian ini, Amanina sedaya upaya cuba untuk tidak terserempak dengan Luthfil. Jikalau Luthfil diluar rumah,dengan segera dia akan ke dalam. Gadis itu sedar bahawa dia tidak sepatutnya terlalu berharap pada Luthfil. Dia seakan makan hati dengan rasa cintanya sendiri.

Luthfil yang sedar akan tingkah Amanina yang menjauhinya, di serang rasa bersalah dan bingung.

"Aku ada buat salah ke?" Bisik Luthfil hairan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Lelaki itu melangkah ke arah dapur untuk mencari kelibat Amanina. Dari jauh kelihatan Amanina yang sedang menyusun pinggan mangkuk.

"Nina.."

Amanina hanya berdiam.

"Ah, apa lelaki ni nak?" Getus hatinya. Dia tak tahan lagi untuk berhadapan dengan lelaki sehebat Luthfil. Apatah lagi setelah mengetahui hubungannya dengan Qash.

"Nina.." Kali ini Luthfil bertindak memusingkan badan Amanina.

"Lepaslah." Bentak gadis itu tanpa memandang sedikit pun wajah Luthfil. Bukan kerana benci tetapi kerana tak sanggup. Untuk memadam cinta itu, harus memakan masa. Harus mencipta jarak, antara dia dan Luthfil.

Luthfil kelihatan terkejut. Amanina yang baru saja hendak melangkah ditarik tangannya agar berhenti.

"Kau marah aku ke Nina?"

"Don't act like you care. Tolonglah, berhenti jadi baik dengan saya. Tolonglah Luthfil, saya merayu." Balas Amanina hampa. Suarnya yang serak seakan menahan sebak.

"Okay whatever it is, please aku minta maaf. Aku tak tahu apa salah aku. And aku baik dengan kau bukan sebab terpaksa pun."

Amanina hanya diam. Diam dan diam. Sakit dan rasa sayang dia terhadap Luthfil terlalu dipendam hingga tak ada orang lain yang akan faham betapa sakitnya mencintai Luthfil Haris.

"Please Amanina Filzah, jauh dalam hati aku, aku minta maaf.." Itulah ayat terakhir yang keluar dari mulut Luthfil. Setelah itu laju kaki Amanina meninggalkan ruang dapur yang terasa sesak baginya.

"Kalaulah maaf tu boleh mengundurkan waktu. Kalaulah maaf tu boleh menghapuskan ingatan. Dan kalaulah maaf tu boleh melupuskan rasa." Air mata yang tadi ditahan jatuh perlahan membasahi tanpa segan silu lagi. Dia terlalu banyak jatuh dan mengubatinya sendiri.

ONLY Where stories live. Discover now