9

10 4 10
                                    

"Ni kenalkan kawan aku, Iqram." Lelaki yang bernama Iqram itu hanya tersenyum.

"Iqram, ni Amanina." Amanina membalas senyuman lelaki itu.

Kelihatan Iqram menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan gadis itu. Amanina kelihatan serba salah untuk menyambut huluran itu. Namun dengan tiba-tiba Luthfil yang menyambut huluran itu.

"So, kau akan kerja dengan Iqram dekat kedai makan ni." Sambung Luthfil sambil melepaskan tangannya.

"Nice to meet you, Amanina. So nanti awak akan kerja dengan saya. Kita ada lagi beberapa orang pekerja dekat sini. Nanti saya kenalkan." Amanina hanya mengangguk.

"Bila saya boleh start Iqram?"

"Hari ni pun boleh start." Amanina mengukir senyuman teruja mendengar balasan Iqram.

"Kalau macam tu saya kerja seka.."

"Esok dia baru start Iqram." Belum sempat gadis itu membalas pertanyaan Iqram, Luthfil terlebih dahulu membuat keputusan. Amanina mencebik.

"Kitorang nak pergi date kejap." Amanina bagaikan tersekat air liur. Tubuhnya terasa kaku.

"Date? Aku salah dengar ke apa?" Bisik Amanina namun terasa tangannya ditarik seseorang.

"Hesy, lepaslah. Mana boleh pegang." Marah gadis itu.

Melihat lelaki itu tidak melepaskan genggaman tangannya, terus dia bersuara.

"Iqram nak salam tak bagi. Dia pegang boleh pula." Omel Amanina.

Tanpa amaran, Luthfil berhenti melangkah dan berpusing membuatkan Amanina berhenti betul-betul dihadapan wajahnya. Amanina yang terkejut mencuba untuk menjarakkan dirinya namun ditarik semula oleh Luthfil.

"Hey, apa awak ni? Malu lah orang tengok." Kelihatan ada beberapa pasang mata yang memandang mereka yang berada di tepi jalan itu.

"You know dear? Aku saja yang boleh pegang kau dan tetap aku saja yang boleh sentuh kau. Faham." Bisiknya perlahan. Terasa haruman dan nafas Luthfil begitu dekat dengan Amanina.

Setelah terasa genggaman itu semakin longgar, Amanina mengambil kesempatan untuk menjauhkan dirinya.

"Ey, perasan.. Si-siapa kata sa-saya awak punya." Balas gadis itu untuk menutup gugupnya.

Luthfil tersenyum sinis. "Aku lah dear."

"Ish, cepatlah nak pergi mana ni." Dalih Amanina yang sudah tidak sanggup dengan perubahan ketara lelaki ini.

Harini sweet, esok sour. Nasib hari-hari hensem. Eh, tiber.

"Jom, naik kereta." Luthfil membuka pintu untuk Amanina.

"Cepat pilih." Rambang mata Amanina melihat koleksi baju yang cantik dan menarik matanya.

"Buat apa?"

"Kau kan tak ada baju. Ke kau nak pakai baju aku hari-hari." Luthfil menyakat gadis itu yang sudah terkebil-kebil menahan malu.

"Dah pilih cepat. Lagi pun Umi yang suruh."

"Tapi... " Amanina berasa serba salah. Banyak yang dia terhutang dengan Luthfil, dengan Umi, dengan semua orang.

"Serba salah lah saya." Amanina menunduk.

"Tak apa, nanti kau dah kerja dah dapat gaji, kau bayar lah balik." Balas Luthfil separa memujuk.

"Hmm, okay." Dalam tak rela, dia menurut. Kehendak Umi kan, Amanina turutkan saja.

Setelah beberapa jam, membeli belah, Mereka singgaj di kedai yang menjual alat-alat peranti dan gadjet.

Amanina hanya menunggu di luar kedai, sementara Luthfil membeli barangnya di kedai tersebut.

"Nah." Entah bila Luthfil keluar, tiba-tiba di keluar menghulurkan sebuah telefon baharu kepada gadis tersebut.

"Untuk apa?"

"Kau kan tak ada phone. Lepas ni senang aku nak contact kau." Amanina kelihatan serba salah untuk menerima phone tersebut.

"Ambil saja. Ni aku belanja sempena kau dapat kerja."

"Terima kasih." Amanina menyambut huluran lelaki itu.

"Sama-sama sayang." Balas Luthfil membuatkan Amanina terkejut.

"Ha?"

"Nothing, dah jom balik."

"Wei, dia panggil aku sayang ke tadi? Ke aku salah dengar." Bisik hati Amanina.

"Why he so pelik harini." Amanina merungut kecil.

Tanpa sedar ada sepasang mata yang seronok memerhati pergerakan mereka.

"Klik." Gambar yang diambil itu dibelek penuh teliti.

"Hmm, apa eh hubungan lelaki tu dengan Amanina?"

ONLY Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang