4

15 6 6
                                    

"Nah, makan." Amanina memandang makanan di hadapannya itu. Takoyaki?

"Makan saja lah. Tak ada banyak gerai makanan dekat kawasan macam ni." Balas Luthfil apabila melihat gadis itu membeku.

"Kau tak nak? Ke nak aku suap?"

"Eh, saya boleh makan sendiri." Kata Amnina menahan tubir mata.

Satu gigitan takoyaki yang berjaya masuk ke dalam mulutnya membuatkan air matanya tumpah.

Luthfil yang melihat berasa kaget dan risau. Entah kenapa dirinya begitu lemah dan sensitif dengan gadis ini. Lagi-lagi dengan air matanya itu.

"Eh asal? Tak sedap eh? Kau nak makan benda lain ke?"

"T-tak. Sedap sangat. Dah lama saya tak makan." Tutur Amanina perlahan.

Gerak hatinya berkata bahawa dia selamat bersama lelaki itu, membuatkan dia lagi percaya kepada Luthfil.

"Ouh, kalau macam tu makan lah." Balas Luthfil lega.

"Kau ni makan takoyaki pun nak nangis." Sanggah Luthfil. Amanina hanya tersenyum nipis.

"Erm, awak.."

"Hmm."

"Terima kasih selamatkan saya tadi."

"Hmm."

"Tu saja dia jawab. Dasar hati batu." Bisik Amanina perlahan namun sempat juga mendarat di telinga Luthfil.

"Hati batu tak selamatkan orang." Perli Luthfil pula dan Amanina hanya membuat muka.

"Buatlah muka tu, ingat comel ke?"

"Lah, saya memang comel semula jadi. Awak tak tahu?" Dengan selamba Amanina membalas sambil menyuap sebiji takoyaki masuk ke dalam mulutnya.

"Ish, makan pun comot." Pantas tangan Luthfil mencapai sehelai tisu dan tanpa sedar tangan yang beralaskan tisu itu menyentuh hujung bibir Amanina.

Amanina yang sedang selera makan tercengang. Matanya membulat. Dengan mulut yang penuh lagi.

Untuk beberapa saat pandangan antara mereka saling berpaut. Wajah Amanina bertukar merah.

"Ehemm." Amanina berdehem.

Luthfil mula menjauhkan wajahnya. Dia pun hampir hilang dek tenggelam dalam penangan mata Amanina.

"Se-sedap takoyaki ni." Entah kenapa Luthfil yang tadi cara percakapannya penuh dingin kini bertukar gagap. Nervous kut?

"Hmm, awak nak tanya."

Luthfil yang melangkah dari katil mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini eh? Awak pun sewa hotel eh?" Soal Amanina penuh ragu.

Memang kebetulan Luthfil datang menyelamatkannya, tapi dimanakah titik persamaan itu?

"Ouh. Haah."

"Eh kau tinggal sini berapa hari?" Dalih Luthfil.

Amanina hanya diam. Dia tidak tahu. Dia berasa serik untuk mengingati kejadian yang menimpa dirinya.

"Kau lari rumah ke?" Soal Luthfil lagi.

"Ma-mana awak tahu?"

"Logik la budak macam kau duduk dekat hotel pelacur macam ni."

"Pelacur?"

"Kau tak tahu? Kau patut tahu untuk keselamatan diri kau." Katanya yang berura-ura untuk bangun.

"Kalau nak selamat ikut aku." Sambung Luthfil lagi.

Amanina akur dan laju bangun mengekori lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa, tetapi dia yakin lelaki ini pasti akan melindungi dia. Dia pasti lelaki ini kiriman tuhan untuk dia. Dia yakin.

"Kenapa kau nak bunuh dia?"

Cik Rozi yang mendengar soalan tersebut kelihatan sedikit terkejut.

"Kau tu pembunuh upahan saja. Jadi kau tak perlu tahu sebabnya. Buat sahaja kerja kau. Duit pun dapat kan?"

Lelaki itu hanya tersenyum sinis.

"Tapi budak tu dah lari kan?"

"Jadi tak ada apa lah yang aku kena bunuh. Simpan sahaja lah duit kau tu, Cik Rozi." Balas lelaki itu lagi. Langkahnya diatur ingin keluar dari kawasan rumah itu.

"Heh, apa aku kisah. Asal dia tak ada dekat sini pun dah cukup bagus." Balasnya sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Nina, Nina. Bodohnya lah kau ni. Tapi bagus juga kan? Dapat lah aku wasiat ayah angkat kau tu." Balas Cik Rozi sambil ketawa jahat. Dah macam ahli sihir dah.

"Anak angkat?" Bisik satu suara.

ONLY Where stories live. Discover now