8

8 4 1
                                    

"Kenapa kau nak bunuh dia?!" Kali ini tiada nada natural, tiada nada berlembut.

"Eh, kau ni kenapa eh?" Cik Rozi pun ikut sama keras suaranya.

"Kenapa apa? Kau nak bunuh dia sebab nak harta suami kau kan?" Dengan sinis pembunuh upahan itu membidas. Cik Rozi kelihatan terkejut.

"Hei, kau jangan nak menuduh lah." Nafi Cik Rozi.

"Jangan nak tipu aku lah. Sekelip mata saja aku boleh tahu."

"Kau nak apa dari aku sebenarnya."

"Kau jangan kacau budak tu lagi. Orang tamak harta macam kau ni memang patut terima balasan."

"Eh kau siapa? Cakap tak cermin diri."
Walaupun Cik Rozi terkesan dengan kata-kata lelaki itu dia tetap tidak mahu kalah.

"Kau pun apa kurangnya, pembunuh upahan." Sindir Cik Rozi.

Lelaki itu berasa bengang dan berlalu meninggalkan Cik Rozi. Sambil berjalan membelakangi Cik Rozi sempat dia membalas.

"At least, aku tak akan bunuh keluarga aku sendiri."

Dan lelaki terus berjalan meninggalkan Cik Rozi yang menahan marah. Habis darahnya mengelegak.

"Hesy, semak betul lah. Dah kenapa semua orang nak bela budak Amanina ni." Bengang Cik Rozi.

                                      ❤

Selepas menikmati hidangan tengah hari bersama anak-anak yatim itu, Amanina meringankan tulang menolong apa yang patut. Sedap juga lauk yang dihidang oleh Umi. Dia berasa bahagia dan seronok melayan kerenah anak-anak kecil itu. Layanan Umi juga begitu mesra seumpama seorang ibu.

Sedang tekun dia mencuci pinggan mangkuk itu, ada satu suara menegur.

"Tumpang jap." Luthfil berkata lalu mencuci tangannya dengan sabun. Kedudukan antara mereka yang sedikit rapat membuatkan jantung Amanina menyanyikan lagu rock.

"Ahh, jangan blushing. Jangan blushing." Bisik Amanina di hati. Bergetar hatinya hanya tuhan yang tahu.

"Ish, dia ni pun memang tak ada singki lain dah ke kat rumah ni?" Sambung Amanina lagi.

"Okay dah." Luthfil berkata membuatkan Amanina menghela nafas kecil.

"Kenapa dah lama tak nampak dia eh? Dia kerja ke?" Desis Amanina.

"Ish yelah. Tak kan nak pandang muka aku ni 24 jam."  Hati dan akal saling menyangkal. Ini yang susah bila hati dan akal tak sejiwa.

"Suka duduk sini?" Soal Luthfil di belakang Amanina.

"Lah, ingat dah tak ada. Nasib aku tak cakap kuat-kuat je tadi." Bisik Amanina perlahan.

"Ha, erm suka."

"Umur kau berapa?"

"19."

"Ish, banyak tanya pula mamat ni. Pergi lah cepat.. Dia tak tahu ke dah nak melompat keluar dah jantung aku ni." Amanina meroyan sendiri.

"Woi, Nina."

"Ha, apa dia?"

"Aku tanya kau. Kau nak kerja tak? Mana tahu kau bosan ke duduk sini." Balas Luthfil. Amanina yang sudah mencuci pinggan segera menoleh.

"Eh, nak. Mesti best kan?" Suara gadis itu yang sedikit riang membuatkan Luthfil tersenyum kecil.

"Ha, nanti aku carikan lah kau kerja." Amanina yang baru hendak melangkah terus berhenti dan menyoal.

"Tapi kan awak kerja apa eh?"

"Ouh.. Aku...kerja bisnes dengan kawan." Luthfil menggaru tepi kepalanya yang tidak gatal.

"Dah lah Umi panggil tu."

"Ouh okay lah." Dengan itu Amanina segera melangkah meninggalkan Luthfil di kawasan dapur sendirian.

"Kalau dia tahu.. habislah aku." Luthfil berkata dengan nada suara yang risau.

"Tapi sampai bila aku nak sorok? Dia perlu tahu."

Luthfil melepaskan keluhan berat.

"If you know the truth, would you stay?"

ONLY Where stories live. Discover now