Wajah Amanina kemerahan mengimbas kejadian semalam. Ah, malu!
"Nina.." Gadis itu mengangkat wajahnya. Wajahnya sembab akibat tangisan semalam.
"Kau cemburu ke?" Soal Luthfil sambil menyembunyikan rasa gembira dihatinya.
"Ma-mana ada.." Nafi Amanina. Punggungnya bagai tidak senang duduk apabila lelaki yang berada dihadapannya ini merenungnya dalam.
Pagi-pagi lagi, Danish sudah berpesan bahawa lelaki ini menunggunya di halaman rumah. Baru sahaja hendak merasa hari cutinya dengan aman. Dan, ya disinilah mereka sekarang. Di kedai makan."Datang kedai makan, ajaklah makan. Ni tenung-tenung orang pula." Bisik Amanina perlahan.
"Apa sayang?" Gadis itu bagai terkena renjatan elektrik. Lelaki dihadapannya ini tersenyum manis.
"Ta-tak ada apa."
"Apahal dengan mamat ni?" Bisiknya sedaya upaya mengawal suara.
"Kau memang nak cakap sorang-sorang eh?" Kali ini lelaki itu makin mendekatkan mukanya. Nasib ada meja makan, kalau tidak rasanya jarak mereka pasti dekat.
"Awak tu, memang nak pandang saya je ke?"
"Haah, kenapa tak boleh?"
Amanina segera menggeleng laju.
"Why?" Lelaki itu tersenyum sinis. Amanina hanya diam mengetap bibirnya.
"I love to see beautiful scenery." Dada Amanina bagaikan hendak pecah menahan debaran. Gi...laa.
"Hmm, kenapa awak ajak saya datang sini." Soal gadis itu sambil melarikan pandangannya.
"Esy, mula lah tu. Tak habis-habis baik dengan aku. Care pasal aku. Ffuh, okay Nina. Don't fall for him!" Bentak Amanina di dalam hati.
"Auch!"
Amanina mengaduh perlahan. Terasa dahinya dijentik kuat. Dia memandang lelaki itu seakan tidak percaya.
"Apa masalah awak ni?" Kali ni Amanina sudah malas untuk berlembut. Ya, memang lelaki ini yang menyelamatkan nyawanya tetapi andai dia membiarkan dirinya terus jatuh suka pada lelaki itu makin parah jawabnya.
"Kau tu yang berangan." Balasnya selamba menambahkan lagi amarah Amanina.
❤
Selesai bersarapan pagi, kini mereka dalam perjalanan yang gadis itu tidak tahu hala tujunya. Sepanjang perjalanan Amanina hanya memilih untuk mendiamkan diri.
"Kau tahu kita nak pergi mana?"
Amanina menggeleng.
"Kenapa tak tanya?" Soal Luthfil lagi seolah ingin meneruskan perbualan mereka.
"Kalau aku tanya bukannya reti nak jawab." Bisiknya perlahan.
Luthfil mengeluh. Saat lampu isyarat merah menyala, dia memperlahankan kenderaannya. Secara tiba-tiba dia mendekatkan dirinya dengan gadis tersebut.
"A-apa awak ni?" Soal gadis itu gelisah lalu menutup matanya rapat.
"Klak."
Terdengar bunyi tali pinggang keledar itu terpasang. Perlahan-lahan, dia membuka mata. Namun, wajah Luthfil dan dirinya masih berjarak seinci.
"Aku dengan Qash tak ada apa-apa lah. Jangan merajuk." Bisik Luthfil lembut. Terasa hembusan nafasnya menyetuh lembut pipi gadis tersebut.
Wajah Amanina bertukar merah. Debaran hatinya yang tadi menanggung amarah kini bertukar....gembira mungkin?
"Maksudnya Qash tu bukan siapa-siapa pun dalam hati aku. Jangan salah faham, sayang."
Hati Amanina berbunga pada masa yang sama gugup yang menggunung. Sayang? Adakah lelaki ini memainkan perasaanya?
"A-awak lampu hi-hijau. Dah boleh jalan." Tegur Amanina menutup gugup.
Luthfil kembali memandu manakala Amanina membuang pandangannya ke luar tingkap. Jauh dia termenung hingga kelamaan lena yang mengambil alih. Entah kemana Luthfil membawanya masih tidak dia ketahui.❤
Tubuh Amanina disebelah dipandang dengan pandangan yang lembut. Wajah gadis itu yang lena dibuai mimpi dipandang lama.
"Hati aku hanya ada kau Nina. Tapi mungkin aku tak boleh nak zahirkan apa yang aku rasa."
"I will make you mine..dear. "
"Aku cintakan kau."
Terpisat-pisat mata Amanina. Eh dah sampai?
"Dah sampai ke?" Mata gadis itu melilau. Shopping mall?
"Kita buat apa dekat sini?" Soal gadis itu yang masih mamai.
"Dating." Laju Luthfil keluar dan membuka pintu untuk Amanina.
"Dating?"
"Jadi girlfriend aku untuk harini?"
"Hah?!"
![](https://img.wattpad.com/cover/286577608-288-k201265.jpg)
YOU ARE READING
ONLY
RomanceIn a world full of lies, the only truth is you. "Saya benci awak." - Amanina Filzah. "Don't act like aku ni boyfriend kau. " - Luthfil Haris. Pertemuan antara Luthfil dan Amanina menyelamatkan hidup gadis itu. Pertemuan itu menyebabkan hati diant...