10

16 4 9
                                    

Panjang leher Amanina mencari kelibat Umi. Rupanya di dapur.

"Umi!" Amanina laju memeluk Umi dari belakang.

"Eh, Nina? Dah balik?"

"Haah." Jawab Amanina sambil melepaskan tubuh Umi.

"Seronok tak date?" Amanina mencebik.

"Eyy, Umi.. Mana ada date lah." Umi tergelak melihat wajah cemberut gadis itu.

"Yalah, anak Umi. Tak boleh nak gurau." Balasan daripada Umi menyayat hati Amanina.

"Umi.."

"Ya, sayang."

"Terima kasih sayang Nina." Lagi sekali Amanina memeluk erat tubuh tua itu.

"Terima kasih jaga Nina...layan Nina macam Nina ni anak Umi." Sebak hati Umi mendengar ayat Amanina.

Amanina yang tidak pernah menerima kasih dan belaian ibu setelah ibunya meninggal.

"Tak apa lah Nina. Semua Umi anggap macam anak. Nina pun anak Umi." Balas Umi syahdu.

"Tahu tak, Luthfil tu pun anak yatim dekat sini dulu."

"Eh, bukan Luthfil anak Umi ke?"

"Tak ada lah. Bukan anak kandung pun. Tapi Umi dah anggap macam anak Umi sendiri dah."

"Ouh.. Habis ayah Luthfil?" Soal Amanina sambil melepaskan pelukan dan duduk di sebuah kerusi sebagai tanda berminat untuk mendengar cerita Umi.

"Ayah Luthfil meninggal sebab kena bunuh dengan perompak."

"Innalillah." Kelihatan wajah Umi berubah riak.

"Nina, jaga Luthfil baik-baik tau. Dia sebenarnya orang yang baik. Baik sangat."

"Apa maksud Umi?"

"Satu hari nanti, Nina akan tahu." Balas Umi.

"Dah jom lah tidur. Dah malam dah ni." Sambung Umi lagi dan mereka berdua pun pulang ke bilik dan menikmati nikmat tidur.

Hari pertama kerja memang sibuk. Macam-macam perkara yang dipelajari Amanina. Penat memang penat tetapi dia seronok.

"Woi, budak baru. Kemas lah meja tu. Kerja makan gaji buta pula." Arah seorang pekerja disitu yang bernama Qash.

"Ouh, o-okay." Terkebil-kebil Amanina dimarahi Qash. Mentang mentang Iqram keluar semua kerja disuruh gadis itu. Sekarang ni siapa yang makan gaji buta?

Amanina yang sedang lap meja lain tadi segera akur dengan arahan Qash.

"Hey, apa hubungan kau eh dengan Abang Luthfil?" Dengan tiba-tiba Qash menyoal.

"Mana ada apa-apa."

"Habis tu yang dia beria sangat nak cari kan kau kerja tu apa?"

"Ouh, dia cuma mahu tolong saya saja. Tak lebih dari itu. Lagi pun saya sedar diri saya siapa." Amanina berkata lemah. Remuk hatinya bila memikirkan jarak perbezaan antara dia dan Luthfil.

"Baguslah kalau sedar. Untuk pengetahuan kau, Luthfil tu aku punya. Jadi tak payahlah nak rampas hak orang lain." Hati Amanina bagaikan ditoreh kaca. Luka dan sakit yang begitu dalam. Sakit sangat. Dia menahan sebak.

"Ouh, jangan risau saya tak kan ambil hak orang." Tutur Amanina. Dengan segera dia menoleh ke belakang agar Qash tidak melihat air matanya yang tumpah. Qash tidak melihat Amanina yang lemah.

Amanina pun melangkah laju keluar dari kedai itu dan berjalan tanpa arah tuju.

                                     ❤

"Amanina mana?" Soal Luthfil dengan penuh berang.

"Abang.." Suara Qash yang mendayu dayu itu menambah rasa rimas lelaki itu.

"Ey semak lah kau. Mana Nina ha?" Bentak Luthfil membuatkan Qash hilang sabar.

"Nina! Nina!" Jerit Qash.

"Apa istemewa Nina tu hah? Qash ni apa? Tunggul ke?"

"Hey, perempuan kau dengar sini. Aku tak pernah dan tak akan suka kau lah. Tolong jangan kacau aku lagi boleh tak?" Terang Luthfil yang sudah hilang sabar dan terus laju meninggalkan kedai itu.

"Aduh, Nina angkat lah." Luthfil yang dari tadi cuba menghubungi Amanina masih tidak dapat mengesan di mana keberadaan gadis itu.

Sudah puas dia pusing mencari Nina, di sekitar tempat kerja Nina sudah berapa kali dia pusing. Dia yakin Amanina tak pergi jauh.

Tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh yang amat dia kenali di kawasan tempat permainan itu.

"Nina!"

Gadis itu menoleh. Ya, itu Amanina.

ONLY Where stories live. Discover now