Malam ini Umi mengadakan makan-makan ringkas seperti jamuan ditepi pantai. Anak-anak yatim tersebut berasa seronok dan teruja. Mungkin jarang agaknya mereka merasa dunia luar.
"Cantik!" Bisik Amanina sambil memandang pemandangan matahari terbenam tersebut. Terasa hilang beban didalam kepala.
"Umi nak tolong apa lagi ni?" Soal gadis tersebut. Wajahnya yang suram sejak kebelakangan ini seringkali juga dipersoal oleh Umi. Namun dia tidak mahu merisaukan Umi dengan perkara yang remeh sahaja.
"Kak Nina! Jomlah jalan-jalan." Ajak Danish bersungguh-sungguh sambil menarik tangan Amanina.
Umi hanya tersenyum melihat tingkah Danish. Amanina memamdang Umi sambil mengukir senyum.
"Ha, pergilah temankan si Danish tu Nina. Nanti merajuk pula bila akak kesayangan dia Umi ambil." Gurau Umi manakala Danish hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
Dengan itu laju kaki comel itu melangkah. Kami berjalan-jalan di pesisir pantai. Fikiran Amanina jauh melayang sedar sedar sahaja mereka berhenti di sebatang pokok kelapa yang sudah tumbang mungkin disebabkan angin yang kuat.
Amanina menghenyakkan punggungnya diatas batang pokok kelapa tersebut. Sedang dia asyik melayan lamunannya, dia sedar bahawa Danish sudah tiada disisinya.
"Danish?!" Laung Amanina panik. Langkah kakinya juga tidak teratur.
"Danish?!"
Amanina terus dan terus melangkah tanpa hala tuju untuk terus mencari Danish. Jelas riak wajahnya itu menunjukkan bahawa dia risau.
"Danish jangan main-main deng.." Kata-kata Amanina terhenti apabila melihat Danish yang berada dibelakang kaki Luthfil. Dia seakan terpegun melihat Luthfil yang segak berkemeja putih dan berslack hitam. Jarang lelaki itu berpakaian seperti itu.
Danish yang tadi berada di belakang kaki Luthfil, melangkah ke hadapan lalu menarik tangan Amanina untuk mendekati Luthfil. Entah dari mana muncul pula gitar disangkut kemas di bahu lelaki tersebut. Mungkin dia yang tak perasan.Danish mula lari entah kemana. Namun mata Amanina sengaja memandang pasir di kakinya itu.
Saat gitar itu mula dipetik, saat gitar tersebut mula memainkan melodi, gadis itu mendongak. Menatap sepasang mata Luthfil yang seakan menzahirkan satu rasa.
Tiada, tiada lain yang kucinta
Hanya dirimu yang kupuja
Ohh...
Di mana saja pun kau berada
Di sini ku selamanya
Biarpun beribu batu yeah
Oh yeah
Aku kan setia menunggu
Biarpun harus ku merindu
Hanya satu I asked of youBaby, baby
Jangan, jangan tinggalkan aku
Baby, baby
Jangan, jangan merajuk sangat
Sampai ku tunggu
Sampai kau rindukanku
Sumpah sakit baby
I love you
Hari demi hari berganti
Yeah oh yeah
Sentiasa aku di sini
Menunggu saat kau sedariAku yang kau cintai
Amanina terpaku mendengar suara serak basah Luthfil menyanyi merdu. Hatinya seakan cair dan terpaut sekali lagi kepada Luthfil.
Pada masa yang sama dia berasa geram dengan tingkah lelaki ini. Setiap tingkahnya seakan menggoda hatinya agar terus jatuh kepada Luthfil.
Oleh kerana terlalu geram, dia menggenggam pasir lalu mencampakkannya kepada Luthfil. Lelaki itu yang sedang khusyuk bermain gitar terus tersentak dan bersuara.
"Hoi, apa kau ni?!" Marah Luthfil.
"Saya kenapa? Awak tu kenapa?"
"Kau tu yang kenapa? Asyik nak marah aku saja." Lelaki itu seakan menunjuk rajuknya.
Amanina datang mendekati lalu memukul lengan Luthfil.
"Ni sebab awak baik dengan saya."
Pukulan kedua..
"Ni sebab awak buat saya suka dekat awak berkali-kali."Pukulan ketiga..
"Ni sebab awak bagi harapan dekat saya...tapi sebenarnya awak dah ada Qash."Pukulan keempat..
"Ni sebab awak handsome sangat malam ni."Akhirnya, Amanina menangis tersedu-sedu, melepaskan apa yang terlalu disimpannya selama ini. Sedih, marah, geram.
Luthfil tersenyum kecil melihat tingkah gadis ini. Baru dia tahu bahawa gadis ini marah atau lebih tepat lagi cemburu dengan Qash. Pada masa yang sama, hati dia pedih melihat air mata yang seringkali jatuh di pipi gadis ini.
Perlahan-lahan, Luthfil menarik gadis tersebut kedalam pelukannya. Tangannya mengusap perlahan belakang gadis itu.
"Just let it go, girl. Sometimes it's okay to break down and cry." Itulah dia. Umpama jampi yang hanya akan menusuk kedalam hati Amanina.
"Aaagh, Luthfil Haris! Kuasa apa yang awak ada ni?" Jerit gadis itu di dalam hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/286577608-288-k201265.jpg)
YOU ARE READING
ONLY
RomanceIn a world full of lies, the only truth is you. "Saya benci awak." - Amanina Filzah. "Don't act like aku ni boyfriend kau. " - Luthfil Haris. Pertemuan antara Luthfil dan Amanina menyelamatkan hidup gadis itu. Pertemuan itu menyebabkan hati diant...