Air mata mengalir perlahan. Sedar saja Amanina dari tidur, dia berasa begitu asing, sunyi. Serta merta ingatannya mengimbas kejadian semalam.
"Ayah,.." Tiada apa yang difikirkannya lagi. Dia berasa begitu kusut.
"Kenapa?.. Kenapa Nina masih hidup? Nina.. Nina patut mati je kan."
Amanina yang tadi berada di atas katil kini meringkuk di atas lantai. Rambutnya yang tadi kemas telah pun menjadi serabai. Bilik yang tadinya tersusun rapi kini tunggang terbalik jadinya.
"Nina... penat... Nina dah... tak larat." Esakannya semakin kuat. Dia berasa begitu jatuh. Jatuh jauh ke dalam lubang hitam.
"Tolong Nina.. Tolong bunuh Nina..."
"Semua orang tak sayang.... Nina." Mengingatkan ibu dan kakaknya itu membuatkan perasaan marah membuak-buak. Matanya terpandang akan sebuah pasu bunga. Pantas tangannya menggapai.
"Nina benci semua orang!!" Jerit Amanina seraya mencampak pasu bunga yang tadi berada di dalam genggamannya.
"Nina?" Kedengaran suara Umi yang risau dan gelisah di luar.
"Nina?" Ketukan pintu tidak diendahkan lansung oleh Amanina. Gadis itu seperti bukan dirinya sendiri. Tangisannya yang sayu memenuhi ruang.
"Pergi, jangan kacau Nina!!"
"Semua orang tak sayang Nina!"
"Aaagh, Nina nak mati!!"
Serentak itu, Amanina mengambil serpihan kaca dari pasu bunga yang pecah itu lalu dipandang tajam.
Di luar bilik itu, keadaan begitu getir dan huru hara.
"Umi, kenapa dengan Kak Nina." Soal Danish bimbang. Riak wajahnya seakan menahan tangis.
"Tak ada apa sayang, Kak Nina tak sihat." Umi berusaha memujuk Danish. Apa yang budak kecil itu faham tentang situasi ini?
"Danish tolong Umi ya?" Danish mengangguk.
"Danish call Abang Luthfil cepat. Suruh dia datang sini." Tanpa membuang masa, Danish menuju ke telefon rumah anak yatim itu dan mendail nombor Luthfil.
"Hello, siapa ni?" Suara di talian mengubah riak wajah Danish.
"Abang... Ni Danish."
"Eh, Danish. Kenapa Danish?"
"Kak Nina.."
"Kak Nina jerit." Danish yang tidak berapa mengerti menjelaskan perkara yang berlaku dan menyuruh Luthfil datang dengan kadar segera.
"Ninaa! Bawa mengucap Nina." Suara Umi kedengaran serak di luar bilik itu. Umi masih tidak berputus asa mengetuk pintu bilik yang berkunci itu.
Keadaan Nina makin teruk. Nina hanya memandang tajam serpihan kaca itu. Dia tidak sanggup."Nina dan tak tahan.." Esaknya lagi. Habis merah matanya.
Beberapa saat kemudian,
"Ninaa! Buka pintu ni Nina." Jerit satu suara garau iaitu suara Luthfil.
"Buka Nina." Jerit lelaki itu lagi.
"Umi ada kunci spare?" Soalnya dengan nada perlahan.
"Jap Umi cari." Tanpa membuang masa, Umi laju mencari kunci spare bilik itu.
Luthfil semakin resah. Ah, dia tidak boleh tunggu!
"Bukk." Pintu itu berjaya dipecahkan oleh Luthfil. Dia berasa terkejut melihat Amanina yang memegang serpihan kaca itu. Dengan pantas dia merampas kaca itu dan mencampaknya jauh.
"Apa kau buat ni Nina!" Marah Luthfil.
Amanina hanya menangis dan tangisannya semakin kuat membuatkan Luthfil menarik gadis itu ke dalam pelukannya.
"Shh, aku ada." Bisik Luthfil lembut di telinga Amanina membuatkan gadis itu berasa semakin sebak.
Luthfil mengusap lembut kepala Amanina membuatkan gadis itu semakin tenang.
"It's okay, aku ada."
Umi yang baru datang melihat Amanina selamat dalam pelukan Luthfil menghembus nafas lega. Umi tidak tahu kenapa gadis itu bersikap demikian akan tetapi dia bersimpati dengan nasib gadis itu.
❤
"Makan lah sikit." Semenjak bangun dari tidur setelah kejadian hampir membunuh diri itu, sikit pun Amanina tidak menjamah nasi.
Bercakap pun tidak, dia hanya menggeleng. Seperti menggunakan bahasa isyarat pula.
"Hmm." Luthfil mengeluh perlahan. Wajah gadis yang sembab itu direnung kesian.
"What's on your mind girl?" Desis hatinya penuh tanda tanya.
Tiba-tiba akal Luthfil mendapat satu idea yang bernas.
"Jom!"
Amanina memdongak memandang Luthfil yang sudah pun berdiri. Keningnya terangakat menjadi tanda soal.
"Kita pergi....jalan-jalan."

ANDA SEDANG MEMBACA
ONLY
Любовные романыIn a world full of lies, the only truth is you. "Saya benci awak." - Amanina Filzah. "Don't act like aku ni boyfriend kau. " - Luthfil Haris. Pertemuan antara Luthfil dan Amanina menyelamatkan hidup gadis itu. Pertemuan itu menyebabkan hati diant...