1

22 10 6
                                    

"Amanina!" Satu suara nyaring menyentak lamunan Amanina. Dia segera menoleh dan melangkah dari anjung rumah ke dalam rumah. Langkah yang tadi perlahan kini dilajukan mengikut arah suara yang didengar. Jantung yang tadi berdegup perlahan kini menjadi laju seperti menyertai acara lumba lari.

"Ya, Ibu." Amanina kini berdiri tegak persis kadet tentera dihadapan ibunya. Kening ibunya terangkat sebelah. Pandangan matanya yang tajam bak helang.

"Dapur dah kemas?"

"Dah ibu."

"Ruang tamu?"

"Dah."

"Bilik Aarisya?"

Amanina menelan air liurnya. Perit.

"Be-belum." Tergagap ayat yang dilontar oleh Amanina.

"Belum?" Naik satu oktaf suara ibu. Lantas si ibu mendekati tubuh kecil Amanina dan menarik telinganya.

"Kenapa belum?! Kan dah banyak kali aku cakap?!" Berang suara si ibu menyentakkan hati Amanina.

"Aa-aarisya tidur lagi i-ibu." Balas Amanina sedaya upaya menahan air matanya daripada mengalir. Cengkaman ibu benar-benar menyakiti Amanina.

Akhirnya, cengkaman ibu dilepaskan. Tetapi dengan sebuah amaran.

"Lain kali buat saja apa yang aku suruh." Bisik Ibu penuh rasa amarah.

Lalu ditinggalnya Amanina yang menahan tangis keseorangan disitu. Tanpa segan silu, air mata yang ditahan tumpah jua.

Amanina mengesat perlahan air matanya.

"Nina penat." Hanya dua patah ayat yang keluar dari bibir mungil milik Amanina.

Tanpa membuang masa, langkah diaturkan ke bilik Aarisya, iaitu kakaknya.

"Tok-tok."

1 saat, 2 saat.

Sepi dan tiada balasan pun dari kakaknya.

"Hmm, masuk sajalah." Bisik Amanina perlahan. Dengan lafaz bismillah, dia menguak perlahan pintu bilik itu.

Kelihatan bilik kakaknya itu begitu bersepah dan tidak terurus. Baju-baju yang bersepah, bekas-bekas makanan ringan yang tidak terbuang. Itu belum kira bau lagi.

"Kak Risya, Nina nak kemas bilik ni."

Tiada balasan mahupun nyahutan dari gadis yang masih diulit lena itu. Tanpa menghiraukannya, Amanina menjalankan kerjanya.

Seusai mengemas dan menyediakan makan tengah hari buat ibu dan kakaknya, Amanina hanya berehat di dalam dalam bilik sahaja. Ya, macam berkurung.

Baca novel, berangan dan kadang-kadang bercakap dengan kucing? Tiada yang menarik tentang Amanina. Gadia polos yang tidak tahu kenapa layanan ibu dan kakaknya begitu dingin semenjak dia kecil. Malah menjadi lagi teruk setelah pemergian ayahnya.

Amanina baru sahaja tamat sekolah dan macam biasa, jadilah dia seorang penganggur. Keputusan SPM dia tidaklah begitu cemerlang. Bak kata orang, cukup-cukup makan.

"Krukk."

"Lah lapar." Amanina tersengih mendengar suara manja perutnya itu. Sudah lapar ya.

Langkah diatur perlahan menuju ke ruang dapur. Semasa hendak menuju ke dapur, dia melintas di hadapan bilik Aarisya. Telinganya menangkap seperti orang sedang berbisik.

"Macam mana ni ma?" Rungut Aarisya.

"Shh! Diam nanti budak tu dengar." Bisik Ibu nya atau lebih dikenali sebagai Cik Rozi.

"Macam mana kalau peguam ayah datang rumah lepastu bagitahu pasal wasiat tu? Budak tu pun dah nak masuk 19 tahun dah."

"Alah, kau sabar lah. Tahu tak susah aku nak pikir ni. Kau ingat kalau budak tu tahu, dia nak bagi kita harta tu? Silap-silap kita yang dihalau nya." Terang Cik Rozi gusar.

Di satu sudut, Amanina berasa keliru dengan apa yang didengarnya.

"Wasiat?" Bisiknya sendiri.

"Alah, ma. Senang kita bunuh saja dia." Amanina tergamam mendengar apa yang keluar dari mulut kakaknya itu. Tanpa sedar setitis air matanya menitis.

"Bunuh? Eh kau gila eh? Aku tak nak masuk penjara." Balas Cik Rozi tidak sanggup.

"Alah, ma. Ni Risya la. Siapa kata kita yang kena bunuh?"

"Maksud Risya?"

Amanina yang tidak sanggup mendengar digagahi juga. Dia harus tahu. Dia perlu tahu.

"Kita upah orang untuk bunuh Nina Lepastu kita cakap la ni kemalangan. Kan?" Balas Aarisya sambil tersengih sinis.

Rancangan Aarisya itu disambut dengan senyuman lebar Cik Rozi dan hamburan tangis Amanina.

Amanina yang tidak sanggup terus berlari masuk ke dalam biliknya. Tersedu sedan dia dibuatnya.

"Bunuh?" Amanina berkata syahdu.

"Ayah, tolong Nina. Nina dah tak tahu nak buat apa. Ayah... " Akhirnya, Amnina terlelap disebabkan banyak sangat menangis.

ONLY Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang