BAB 10

1.9K 105 8
                                    

Haziq,Harith dan Hayden balik ke rumah pada pukul 4.00 petang.

"Ha!Ziq,Rith,Ayden.Baru balik."kata Mama mereka.

"Haah,Ma.Tadi lepak dengan diorang kejap.Ni mana menatu Mama?"tanya Harith.

"Ouh.Dia pergi rumah dia kejap tengok mak dia lama tak datang.Risaulah."kata Mama.

"Ouh.Ayah dia kan ada."kata Hayden pula.

"Ayah dia tu bukan jenis yang duduk rumah.Asyik berjudi saja.Nuryn dengan mak dia tulah tempat minta duitnya.Geram tau Mama dengan ayah dia tu."kata Mama mereka.

"Seriuslah.Tah-tah mak dia kena pukul."kata Hayden.

"Ish,kamu ni kesitu pula.Mama risau pasal Nuryn ni, hujan dah lah lebat dia tu dah lah jalan kaki tadi Mama suruh dia balik sini semula bawak mak dia tu."kata Mama mereka nampak riak risau di wajah tua itu.

"Assalamualaikum."kata seseorang.Pintu utama rumah dibuka terjenggul wajah Nuryn yang basah kuyup dan Mak Jah disebelahnya.

Baju yang basah itu menampakkan bentuk badan Nuryn.Semua jejaka di situ memandang ke arah mereka membuatkan Nuryn lagi berasa tidak selesa.

"Ya Allah,Jah.Kenapa muka kamu ni.Ni laki kamu pukul kan?"kata Mama.

Haziq mendekatkan dirinya pada Nuryn dia dapat melihat Nuryn tidak selesa dibuka jaket kulit milik dia dihulurkan pada Nuryn.Nuryn melihat dia memandang Haziq sebelum dia mengambil jaket tersebut.

"Jomlah masuk.Nuryn kamu pergi mandi dulu."kata Mama.

"O-okay."balas Nuryn.

Mama dan Haziq menunjukkan Mak Jah naik ke bilik tetamu.Nuryn awal-awal sudah disuruh oleh Mama untuk mandi.

"T-terima k-kasih.Puan dan Tuan."kata Mak Jah.

"Ish,kamu ni apa tuan puan ni panggil Haziq ni Ziq je.Saya ni panggil Imah je."kata Mama.

Mak Jah senyum lalu menganguk.
Haziq menyuruh ibu mertua dia itu membersihkan diri dahulu.Dia dan Mama dia sudah keluar dari bilik itu.Dia berjalan ke bilik dia.

"T-terima k-kasih a-awak."kata Nuryn.

"Hmm."itu saja respon Haziq dia membuka baju di hadapan Nuryn.Nuryn terus menutup mata.Haziq melihat itu hanya tersenyum kecil dia mengambil tuala dia masuk ke dalam bilik mandi.

Nuryn sudah merah muka selepas telapak tangannya itu dibuka.Dia bangun mencapai tudung sarung hitam lalu keluar dari bilik itu.

Dia ke bilik ibunya dahulu.Dia masuk melihat ibunya baru selesai mandi.

"Ibu duduk sini dulu ye?Mama yang suruh Ibu duduk sini dulu."kata Nuryn.

Mak Jah hanya senyum dia menganguk kecil.Mak Jah bangun untuk menunaikan solat Asar.Nuryn sudah solat tadi di bilik.Dia pergi ke balkoni tetapi tidak keluar hujan turun dengan lebatnya.

"NURYN!HAZIQ!TURUN MAMA NAK BINCANG SESUATU!!"Nuryn yang mendengar jeritan itu agak terkejut.Cepat-cepat dia keluar dari bilik turun ke bawah.Dia melihat Haziq juga baru keluar dari bilik.

Turun ke bawah dia melihat di meja makan Mama,Papa,Hayden,Harith dan Iqah duduk di situ.Haziq turun tangan di masuk ke dalam poket seluar.

"Sapa yang jerit tadi?"tanya Haziq,dingin.

"Hayden yang jerit."kata Harith.

Haziq berjalan ke arah Hayden kepala adiknya itu dia ketuk kuat.

"Aduh,Sial lah kau,Rith.Sakit do kau ni adik sendiri kot!"kata Hayden sambil muncungkan bibirnya.

Nuryn tersenyum melihat perangai adik-beradik itu.Tak lama selepas itu Mak Jah turun.

"Jah,sini.Saya nak bincang sesuatu.Nuryn,Ziq duduklah."kata Mama.

"Akak sini duduk sebelah Iqah."kata Iqah.Nuryn hanya menurut sahaja.Haziq mengambil tempat di sebelah Harith.

"Ni Papa nak cakap.Hujung minggu ni Papa nak buat doa selamat sempena abang kamu dah kahwin.Semua tahu tapi Mak Jah tak tau.Jadi korang boleh ajak kawan-kawan kamu Papa dah ajak saudara-mara semua.Esok diorang akan ke sini. Papa dengan Mama dah ajak kawan-kawan kami."kata Papa.

"Yup,we know.Kitaorang dah ajak Fawwas,Alex,Irzad,Farish.Pastu Ayden dah ajak kawan-kawan Ayden yang lain."kata Hayden.

Papa menganguk.

Majlis itu akan berada pada hari Sabtu maksudnya adalagi 3 hari lagi dari sekarang.

"Kenapa Papa ajak saudara-mara awal sangat maksudnya mereka akan ada kat sini berapa lama?"tanya Haziq.

"Diorang tidur sini dalam 6 hari.Isnin minggu depannya balik lah diorang."kata Papa.

"Mak Ngah and Pak Su pon?"tanya Haziq berharap keluarga Mak ngah dan Pak Su diorang tidak tidur di sini.

"Yes!"jawab si papa.Tan Sri Luth Mikael tau anak nya ini anti sungguh dengan anak perempuan Pak su dan mak Ngah mereka.

"Haih!"keluh Haziq.

"Redho lah,Brother."kata Harith sambil tersenyum.

Mereka semua pergi ke ruang tamu.Mereka menunggu azan Maghrib berkumandang.Mereka akan solat berjemaah bersama-sama.

JANGAN LUPA VOTS!

TQ AND BYE!

EDITING|𝙼𝚁𝚂 𝙷𝙰𝚉𝙸𝚀 𝙻𝚄𝚃𝙷𝙵𝙰𝙽 𝙼𝙸𝙺𝙰𝙴𝙻[𝙲]✓Where stories live. Discover now