# Hawa

45 1 0
                                    


Aku tatap dia penuh rasa,
Bersama setiap persoalan yang berlegar di minda.

Hingga kini aku masih tidak punya jawapan.

Aku tahu aku juga sama seperti mereka,
Kadang kaki ini juga melangkah tak tentu arah..
Kadang perilaku diri ini juga terpesong jauh dari perintah-Nya.
Dan kadang aku juga sesat tanpa ingin bertanya dan berusaha..
Membiarkan diri hanyut hingga jauh daripada gapaian mereka semua.

Namun itu semua tidak bisa dijadikan alasan untuk lari dari kewajipan yang sudah ditetapkan oleh-Nya.

Untuk kau kaum hawa yang dilahirkan dengan nama Islam.

Apa kau tidak pernah rasa bersyukur dan bangga??

Sehingga membuatkan kau terus hanyut tanpa khabar berita.

Oh atau.. Kau ingin menyatakan bahawa;

"Aku juga mahu jadi seperti mereka, bebas memperagakan pelbagai fesyen terkini.. Mendedahkan kecantikan yang sekian lama tersembunyi.. Dan mendekati dia sang pujangga yang mencuri hati ini. Jadi, jangan salahkan aku jika aku memilih untuk memalingkan diri dari agama yang aku anuti sejak dulu. Itu kerna aku terpedaya dengan bicara mereka yang mengatakan bahawa Islam itu agama yang sempurna."

Apa benar itu yang berada dalam mindamu? Hey, dengarkan aku terlebih dahulu.

Islam itu satu agama yang sangat indah. Dan bisa juga dikatakan serba serbi sempurna.. Malahan ia sebenarnya tidak bisa diucapkan melalui perkataan semata.

Hai kaum hawa,

Islam itu bukan menghalang kita daripada menunjukkan diri di mata dunia.
Islam itu merupakan satu agama yang melindungi maruah kita sebagai kaum hawa dalam pelbagai cara.

Apa kau suka bila auratmu terlihat dan dijadikan santapan buat lelaki ajnabi?
Apa kau suka bila kau dijadikan sebagai mainan mimpi?
Apa kau suka bila kau dijadikan sebagai bayangan pemuas nafsu di malam hari sedangkan kau sedikit pun tidak pernah merelakan diri?

Sebentar,
Jangan terlalu mudah menghakimi dan meletakkan semua kesalahan kepada kaum Adam.

Kerna mereka memang punya rasa.
Memang benar mereka harus menundukkan pandangan tapi ambil masa walau hanya sebentar cuma untuk berfikir sebaiknya.

Jika kau berada di tempat mereka..
Mampu kah kau menundukkan pandangan saat kau melihat satu benda yang mampu memuaskan nafsumu?
Mampukah kau memejamkan mata menolak bisikan syaitan yang mendera jiwa?

Urmm? Jawab aku. Jangan pula kau menjadikan iman dan akhlak sebagai kayu ukuran.

Sebelum kau melontarkan kata bahawa semua lelaki adalah sama.

Kita kaum hawa juga pernah terbabas seperti mereka.

Kadang hati ini sakit.
Bila saja ada bicara yang tidak baik daripada mulut kaum hawa.

Kata 'mereka'

Lelaki semua tidak pernah mencintai. Di mata mereka hanyalah nafsu semata.

Lantas hati ini terasa dicarik perlahan. Sudah tentu ia menyakitkan.

Ayah dan abangku juga seorang lelaki.

Dan paling pasti.

Rasulullah juga seorang lelaki.
















Fikirkan itu.

Kaum Adam ataupun Hawa. Kedua-duanya tidak pernah lepas daripada terus bergelumang dalam dosa.



2022





Pena MindaWhere stories live. Discover now