1 Januari 2022Sedar tak sedar aku sudah menginjak umur 17 tahun..
Sepanjang tahun 2021 tiada apa yang menarik untuk aku kongsikan. Semuanya terasa kosong.
Lockdown, COVID-19, Omicron, dan tidak lupa juga banjir yang singgah sebagai ujian dari-Nya.
Suram sekali tahun ini,
Terlalu banyak onak dan duri yang harus ditempuh..
Ada yang setia mengorak langkah untuk sampai ke penghujung cerita..
Ada yang tersenyum manis menguatkan diri demi insan yang bergelar keluarga..
Dan tak lupa juga,
Ada yang menangis sendirian kerna lelah menghadapi dunia nyata.
Semua punya ujian yang menguji kesabaran dalam hati.
Lantas di sini aku tanpa adanya rasa syukur untuk semua yang Allah kurnia dengan membicarakan tentang perjalanan tahun lalu dengan keluh kesah.
Teruknya diri ini..
Aku masih bisa menghela nafas dengan tenang.. Namun semua yang aku bicarakan tidak lebih dari satu kata kata yang sia sia.Mempersoalkan mengapa diri ini sering ditinggalkan sendirian.
Menguji keimanan dan kesabaran ku yang setipis kulit bawang.
Tahun 2021 banyak mengajar aku.
Terutamanya tentang persahabatan.
Masih ku ingat ketika sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Aku adalah seorang pelajar yang sering dipinggirkan. Tidak ramai kawan untuk berkongsi rasa.
Semuanya bermula ketika PDPR dijalankan.
Seperti biasa, akulah yang paling bersemangat menyiapkan kerja rumah, lalu menghantarnya kepada cikgu melalui WhatsApp dan Telegram.
Bila sudah selesai, semestinya cikgu menulis nama yang siap tugasan di group untuk mendorong murid lain agar melakukan perkara yang sama.
Tapi selang beberapa hari seterusnya,
Telefon ini yang dulu hanya menyimpan isi perbualan dan nombor ahli keluarga kini dipenuhi dengan nombor rakan sekelas.
Satu persatu dari mereka bertanya khabar dan memperkenal diri dengan ramah.
Sungguh sukar untuk aku percaya.
Perlahan lahan rasa bahagia menjentik tangkai hati. Gembiranya aku tika itu hanya Allah saja yang tahu.
Setiap mesej yang dihantar oleh semua 'sahabat' baru ku itu aku tunjukkan kepada dia yang aku percaya. Keluarga.
Jari menari nari di skrin telefon sambil bibir mengukir senyuman lebar lantas dengan teruja menunjukkan kesemua mesej yang aku terima. Mulut berceloteh tak henti.
Tapi kenyataan sebenar itu membuatkan aku terkedu sepi.
Setiap satu dari mesej yang masih aku belum padam aku baca kembali. Satu persatu...
Bermula dengan sapaan.. Diteruskan dengan pertanyaan.. Dan diakhiri dengan permintaan.
Kerja sekolah.
Lantas aku berfikir sejenak, apa yang membuatkan aku gembira ya?
Gembira bila aku berjaya memuaskan hati mereka dan diri ini sendiri juga?
Kawan, teman, atau sahabat.
Walau apapun istilahnya, beri aku salah seorang dari mereka.
Gila. Aku gila.
Aaa lupakan itu semua. Sekurang kurangnya aku dapat belajar erti sahabat yang sebenarnya.
Bukan hanya untuk memenuhi kepentingan semata.
Tapi adalah seseorang yang kita selesa untuk meluah dan meluangkan masa bersama.
Kita tidak akan dapat merasa manisnya madu tanpa merasakan pahitnya empedu.
Untuk semua yang aku lalui itu, siapa sangka aku akhirnya lebih percaya dengan cinta Allah? Percaya bahawa hanya Dia yang setia. Menggenggam tanganku erat saat aku jatuh tersungkur menyembah tanah.
Disamping menyampaikan rasa sakit yang membelenggu hati pada insani,
Aku lebih memilih untuk bersujud pada-Nya di atas hamparan sejadah.
Mengadu peritnya kenyataan dunia.
Menguatkan lagi ikatan cinta.
Menguatkan lagi rasa percaya.Pada Dia. Allah.
Cukup hanya Allah
2022
YOU ARE READING
Pena Minda
RandomSepasang mata yang Dia kurnia, Hanya tahu memerhati. Hati dan minda menghayati... Lantas jari jemari ini menari-nari dalam sepi. Singgahlah sejenak di sini, Siapa tahu ini yang kau cari.. @NurSyuhadahZf 18 Start : 4 Februari 2022 End : Achieveme...