Sabtu dan Ahad.
Aneh ya.
Cepat saja berlalu pergi..Esok, hari sekolah.
Kerja rumah bertimbun, jadual kelas tambahan seakan tidak menemui penghujung nya.Dan,
Aku seperti biasa cuba mengejar semua meskipun mereka sibuk bergurau senda.Kerna akhirnya, tetap aku yang menikmati hasilnya.
Mereka berbicara tentang nikmat dunia tatkala masih remaja.
Namun sayangnya,
Tak kena masa.Tinggal beberapa bulan sahaja lagi,
Aku dan mereka bakal berjuang di dewan peperiksaan. Memerah minda demi memperoleh keputusan yang memuaskan.Mereka kata itu mustahil untuk aku.
Tidak.
Mustahil bagi mereka. Bukan untuk diri ini.Kerna aku.. Punya impian setinggi gunung, sedalam lautan.. Dan seluas langit untuk dicapai.
Mimpi yang acap kali berlegar dalam kotak minda ini,
sememangnya perlukan doa yang diiringi dengan usaha. Meski ianya bukanlah mudah, itu tidak bererti aku akan menoktahkan diri di pertengahan cerita. InsyaAllah, aku pasti berjaya!
YOU ARE READING
Pena Minda
RandomSepasang mata yang Dia kurnia, Hanya tahu memerhati. Hati dan minda menghayati... Lantas jari jemari ini menari-nari dalam sepi. Singgahlah sejenak di sini, Siapa tahu ini yang kau cari.. @NurSyuhadahZf 18 Start : 4 Februari 2022 End : Achieveme...