# Lelah

15 1 0
                                    

Harapan mereka terlalu tinggi.

Aku usaha sedaya yang aku mampu.
Menahan lelah di waktu siang.
Walau terasa seperti ingin tumbang menyembah tanah.

Wallahi aku penat.
Malangnya, sedikit pun mereka tidak peduli.

Mereka kata aku langsung tidak berusaha.
Sering bersikap sambil lewa.

Aku cuba lagi. Berjuang menahan kantuk tika semua hanyut dibuai mimpi lena.

Meski jari jemari ku terasa seakan ingin patah. Aku masih mencuba untuk menggenggamnya erat.

Wallahi aku penat.

Masih saja. Semuanya tidak pernah cukup kan?

Ya Allah.. Hamba mu ini terlalu lelah.
Aku takut aku tewas dalam menempuh ujian Mu.

Ingin sekali ku dengar bicara mereka. Atau mungkin saja melihat perilaku mereka yang menunjukkan bahawa mereka peduli.

Sekali. Sekali sahaja.
Apa harapan hambaMu ini terlalu berat ya Allah?

Allah.. Damaikan hati ini.
Bantu aku ya Allah.
Hentikan tangis ini. Hilangkan rasa sakit ini.
Di mana lagi aku harus mengadap selain kepada Mu ya Allah??

Allahu.. Aku penat. Penat. Penat. Penat.
Wallahi penat.

Pena MindaWhere stories live. Discover now